Nadra tersenyum lebar apabila tayar keretanya sudah menyentuh halaman rumah Encik Aidi dan Puan Nadia. Sengaja dia tidak memberitahu ibu bapanya tentang kepulangannya. Surprise sikit. Bagasi di tempat duduk belakang di tarik keluar sebelum diangkat menuju ke anjung rumah."Assalamualikum" Nadra memusingkan tombol pintu rumah itu sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.
"Waalaikumsalam! Nad! Bertuah punya budak, balik tak bagitahu" Puan Nadia yang keluar daripada dapur itu meluru ke arah anak sulongnya yang sedang tersenyum lebar.
"Saja nak buat kejutan" Nadra tersenyum lebar.
"Kejutan la sangat, nasib baik Mak ada dekat rumah. Kalau dah gerak pergi Negeri Sembilan tadi macam mana?" Puan Nadia menayangkan wajah garangnya.
"Ala, kalau dah pergi ya tak apa. Nad boleh je duduk sorang-sorang, macam tak biasa kena tinggal" Nadra mencebikkan bibirnya.
"Ni nak ikut tak pergi Kuala Pilah? Kalau tak nak ikut, malam ni tidur sorang la kamu dekat sini" Puan Nadia menaikkan kedua-dua keningnya.
"Eh, nak ikut laaa" Nadra pantas menuju ke biliknya untuk bersiap ala kadar.
"Mak! Tidur sana ke?!" Laung Nadra dari dalam bilik.
"Ha'ah, bawa baju jalan tu lebih sikit. Sebab lepas balik Kuala Pilah, Mak nak pergi Melaka" Puan Nadia mengeleng-geleng perlahan. Suka betul balik tak bagitahu.
Nadra memasukkan barang-barang yang hendak dibawa ke dalam kereta mini coopernya. Sekali-sekala melabur minyak kereta, tak salah kot.
"Mak, ayah mana?" Soal Nadra sambil memandang ke sekeliling luar rumah. Pintu rumah sudah dikunci oleh Puan Nadia.
"Ayah kamu tu, kalau tak ada dekat rumah ada la tu dekat kandang lembu tu, ziarah anak-anaknya dulu sebelum pergi" Puan Nadia mencebik sekilas.
"Owh, anak-anak eh" Nadra tergelak kecil.
"Amboi, sejak bila pula awaknya beranak keluar lembu?" Encik Aidi yang datang daripada belakang rumah menyampuk. Puan Nadia hanya mencebik.
"Ayah!" Nadra menyalami tangan Encik Aidi.
"Ni bila sampai?" Soal Encik Aidi sambil menilik anak perempuannya itu dari atas hingga ke bawah.
"Baru je sampai, lepas tu Mak ajak pergi Kuala Pilah. Tu yang keluar balik. Hehe" Nadra tersenyum lebar.
"Ha jom la, dah lambat ni, nanti sampai sana malam sangat pula" Encik Aidi sudah berjalan menuju ke kereta hilux hitamnya.
"Eh, ayah. Takpe, kali ni naik kereta Nad pula" Nadra menarik tangan Encik Aidi menuju ke keretanya.
"Ala, takpe la. Ayah bukan pandai pun bawa kereta Nad" Encik Aidi berura-ura mahu menuju ke kereta Hiluxnya.
"Takpe, Nad drive. Ayah tunjuk jalan je" Nadra membuka pintu sebelah pemandu untuk Encik Aidi manakala Puan Nadia sudah selamat duduk di tempat duduk belakang sejak 5 minit yang lalu.
"Okey let's go"
Perjalanan menuju ke Kuala Pilah tidak terlalu bosan kerana traffic tidak jammed dan ada sahaja cerita yang dilontarkan oleh Encik Aidi dan Puan Nadia.
"Nad dah tahu ke belum?" Soal Puan Nadia tiba-tiba.
"Tahu apa Mak?" Soal Nadra kembali.
"Kamu dah nak jadi Mak Long!" Teruja nada suara Puan Nadia. Nadra terdiam seketika sebelum bersuara.
"Owh, dah berapa bulan Mak?" Soal Nadra berbasi-basi, bibirnya dipaksa senyum walaupun perit.
"Baru dua minggu". Sedar akan keteganggan perbualan ibu dan anak itu, Encik Aidi mencelah.
YOU ARE READING
Darris Arrayan
Romance"Wei, tadi aku lalu sebelah abang idola wei, Ya Allah hensem gilerrrrr!" -Nadra Aurose. "Kau ni, asal jumpa aku je cakap pasal abang idola kau, tapi bila aku tanya kau kata rahsia, cuba cakap siapa nama dia?" -Dellisa Amerda. Nadra Aurose; Bagi gadi...