09 MUMMY

3.5K 243 8
                                    

"Lehaksnpaaslahah!" Nadra masih berusaha untuk menjerit walaupun mulutnya ditekup rapat oleh seseorang yang dia tidak nampak wajahnya.

"Kau duduk diam-diam kalau tak nak aku rogol kau!" Gertak lelaki itu.

Suara tu.

Suara dari pemilik yang amat dibenci Nadra.

Matanya berkaca.

"Asal senyap? Dah cam suara aku?" Tubuh Nadra dipusingkan. Wajah yang dulunya kacak dan kini agak serabai.

"Lepas la sakit" lelaki itu melepaskan pautan di lengan Nadra. Jarak mereka hanya 30 cm.

"Aku nak pergi tengok Amerda" Nadra mahu berlalu namun tubuhnya dikepung oleh lelaki itu.

"Qil, jangan buat kerja gila" mata Nadra melawan renungan sinis Zaqeel.

"Kau yang buat aku gila! Kau buat aku suka kau, kau buat aku gila bayang dekat kau, semua benda aku buat untuk kau. Tapi kenapa kau reject aku?! Aku kurang apa?!" Tengking Zaqeel betul-betul di hadapan wajah Nadra.

"Qil, aku mohon sekali ni. Lepaskan aku!" Nadra meloloskan diri melalui bawah lengan Zaqeel namun tangan Zaqeel pantas menarik hujung baju Nadra.

Koyak.

"Opss, lari? Sorry not this time" Zaqeel menolak Nadra jatuh ke lantai.

"Mama, Ayah tolong Nad. Darris kau kat mana. Aku nak kau sekarang" airmata Nadra mengalir deras. Baru sahaja Zaqeel mahu menindih tubuh Nadra ada satu suara berdecit kasar.

"Sial!" Tubuh Zaqeel tercampak ke dinding dengan kasar. Nadra mengesot ke dinding. Jauh daripada Zaqeel.

Darris memukul Zaqeel tanpa henti. Sehingga tubuh itu longlai.

"Kau sentuh dia lagi. Aku sendiri yang tarik nyawa kau!" Darris memimpin Nadra keluar daripada bilik simpanan ubat itu.

"Bodoh!" Zaqeel menyelerakkan semua ubat-ubatan yang berada di situ.

"Kau aku punya Nadra, aku takkan lepas kan kau macam tu je, huh" Zaqeel meludah darah yang bertakung di dalam mulutnya.

💀💀💀💀

Darris memberhentikan keretanya di hadapan rumah Nadra. Nadra masih diam di tempat duduknya sambil menggengam sisi baju Darris.

"Tak nak turun?" Soal Darris lembut. Nadra menggeleng laju, selaju air matanya.

"La banjir pula matanya" Darris mengelap air mata Nadra menggunakan sapu tangannya.

"Taa..k...utt" bergetar suara Nadra.

"Habistu nak duduk dekat mana? Rumah aku? Tak takut kena tangkap khalwat? Kau nak ke kahwin free?" Darris menaik-naikkan kening kirinya. Nadra diam tidak menjawab.

"Tak nak jawab sudah, aku bawa je balik rumah aku. Dapat kahwin free jimat bajet" Darris tersenyum lebar sebelum meninggalkan perkarangan rumah Nadra. Nadra memandang Darris dengan mata yang bertakung.

"Ei, cenggengnya kau harini" Darris mencampakkan kotak tisu di riba Nadra.

Darris memarkingkan keretanya di perkarangan rumah agam itu. Tubuh gadis yang sedang lena disisinya dikejut lembut.

"Nadra, bangun. Kita dah sampai". Nadra menguis matanya yang sembap akibat menangis.

"Kita kat mana?" Soal Nadra dalam keadaan mamai.

Darris Arrayan Where stories live. Discover now