7.30 a.m
Nadra mengeliat malas sambil mencelikkan matanya perlahan-lahan. Nasib baik cuti solat. Nadra tersenyum nipis sambil memejamkan matanya semula. Belum sempat tidurnya disambung handphonenya sudah memekak.
"Yes Arrisa?" Tanya Nadra malas.
"Harini? okey nanti aku ambil" Nadra menamatkan talian dan tidurnya disambung.
'kringggggggggggg'
Bunyi deringan handphone yang bingit itu sekali lagi menganggu lena Nadra. Tanpa melihat nama pemanggil Nadra terus menggangkat.
"Yes Arrisa, ye aku tau. Nanti aku amik Mak dengan Ayah. Ni aku nak tidur kejap, kejap je" seloroh Nadra.
"Darris". Dengar sahaja nama jejaka itu disebut Nadra terus terduduk tegak.
"Hah? Erm, Darris ke ni?" Soal Nadra polos. Sudah jelas lagi tak payah bersuluh, dah tentu nama contact tu 'pakcik cem' confirm la dia.
"Baru bangun tidur?" Soal Darris tenang.
'Mesti muka dia cool giler oh abang idola kurr!'
"Hehe, dah tau kan".
'Ish kau ni Nad, belum-belum dah kalah dengan crush abang idola. Sebab sekelekeh hoho'
"Pergi siap, aku ada depan rumah kau ni"
"Hah depan rumah?!" Soal Nadra, agak terkejut.
"Pergilah bersiap, kita sarapan sama-sama" nada suaranya masih tenang.
"Ha okey". Nadra bingkas bangkit dari pembaringannya untuk bersiap.
5 minit.
20 minit.
24 minit.
30 minit.
38 minit.
4.... minit.
Kepala Nadra menjengah ke luar pintu rumah sambil tersenyum lebar.
"Sorry lambat" Nadra menyarungkan wedges berwarna pink belacannya selepas mengunci pintu rumah.
Wajah Darris yang masih bersandar di pintu kereta bahagian penumpang dipandang sambil menaikkan keningnya.
'Indahnya ciptaan Allah' Nadra hampi cair.
Sebab!
Darris membuka cermin mata hitam dia lepastu mata dia disepetkan sebab cahaya matahari tengah bersinar hebat ketika itu. Kemudian, cermin mata tu dia sangkut dekat bahagian colar baju kemeja hitam yang dia tengah pakai.
"Ehem, puas scan aku?" Soal Darris sambil tersenyum senget.
"Ha, eh mana ada" pantas Nadra berpaling ke arah lain sambil memaki diri sendiri. Budu mu ni Nad!
"Nak tengok lama-lama pun takpe. Aku kan kau punya" Darris berkata perlahan di tepi telinga Nadra sebelum berjalan ke arah pintu pemandu dengan senyuman yang tidak lekang daripada bibir.
'Panasss!'
"Nak makan dekat mana?" Soal Nadra sambil tangannya sibuk membetulkan lipatan tudung. Anjai lu tudung support la sikit depan abang idola ni!
"Erm, bawah baazar parit sulong pun okey juga. Lama tak makan sana" Darris menyuarakan pendapatnya tanpa memandang Nadra. Fokus memandu deng.
"Ha okey juga tu".
YOU ARE READING
Darris Arrayan
Romance"Wei, tadi aku lalu sebelah abang idola wei, Ya Allah hensem gilerrrrr!" -Nadra Aurose. "Kau ni, asal jumpa aku je cakap pasal abang idola kau, tapi bila aku tanya kau kata rahsia, cuba cakap siapa nama dia?" -Dellisa Amerda. Nadra Aurose; Bagi gadi...