Pagi itu, Encik Aidi, Puan Nadia, Darris dan Nadra bersarapan di pondok kecil di dalam kebun milik Encik Aidi. Semua ini hasil plan 'last minute' Encik Aidi. Katanya baru rasa suasana kampung, maklumlah Darris kan orang bandar.
"Amacam Aris, lena tidur tadi malam?" Soal Encik Aidi sambil sambil mereka makan nasi lemak yang dimasak oleh Puan Nadia dan Nadra.
"Sejuk betul, padahal selimut dah tebal, kipas dah tutup pun masih sejuk, lena saya tidur" beria Darris menjawab soalan Encik Aidi.
"Biasalah kampung, tapi kamu nanti kena biasakan lah tidur berkipas ye, Nadra ni dia sejuk macam mana pun kipas tetap kena 'on'" seloroh Puan Nadia. Nadra sudah mencebik.
"Kan banyak nyamuk kalau tak buka kipas" Nadra mempertahankan kipasnya.
"Eh eh, Aris yang duduk bandar tu pun tahan nyamuk, awak tu natural kampung mengada takut nyamuk" cebik Encik Aidi.
"Takpelah huh". Darris tersenyum nipis melihat gelagat Nadra bersama bakal ibu bapa mertuanya. oppss!
"Nadra ni dia kulitnya sensitif sikit, peluh tak boleh, habuk tak boleh, konon-konon kulit orang kaya lah orang cakap, penyakit dari sape entah dia ikut tak tahulah makcik" Puan Nadia menggeleng-geleng kepalanya. Nadra sudah membulatkan matanya, habis semua nak dicerita tak boleh jugaaaa.
"Ouhh, sensitif betul ni. Kena pindah London lah kalau macam ni, sejuk 24jam takde peluh-peluh" Darris tertawa kecil.
"Kemain London, suka betul budak-budak sekarang ni dengan London, duduk atas bukit jela sejuk, mengada nak duduk negara omputeh tu pula, nanti anak muka jawa juga takdenya macam David Beckham tiba-tiba mata biru" panjang lebar Encik Aidi membebel.
"Takdelah pakcik, saya duduk sini je, bosan lah negara orang. Rasa macam 'alien' orang tengok atas bawah"
"Eh haahlah dulukan kamu kerja ke belajar dekat Dubai tu kan?" soal Puan Nadia.
"Haah kerja sambil belajar, best Dubai tu, kalau ikutkan lambat lagi nak balik tapi kes daddy dah sampai naik mahkamah tu yang terus balik sini terus".
"Ouh haah, apa perkembangan kes kamu sekarang?"
"Bulan depan baru sambung kes, Nadra lah yang handle kes kami"
"Lahhh, kecilnya duniaa, ni lah sampai tangkap cintan ni?"
"Lebih kurang gitulah tapi saya kenal Nadra dari zaman sekolah lagi sebenarnya"
"Ouhh haah dulu kan kamu duduk sini kan duduk dengan pakcik kamu sebab keluarga kamu duduk Dubai, betul kan?" soal Encik Aidi, kenal sungguh dia dengan arwah Dato Azlan yang dermawan itu.
"Betul tu, yela dulu arwah daddy takut saya lupa daratan kalau sekolah dekat Dubai tu yang tak bawa sekali ke sana, kalau cuti panjang jela kadang-kadang pergi sana".
"Segan pula makcik nak dapat menantu kaya ni, apa lah orang kampung fikir nanti" perlahan suara Puan Nadia.
"Ehhh, makcikk janganlah fikir sampai macam tu, saya dahlah berkenan betul dengan Nadra ni, janganlah reject saya" Darris berkata laju.
"Ish awak ni yah, takut budak tu. Takpelah kita ni kayap dapat besan kaya okay lah tu, hihihi" Encik Aidi bergurau pula.
"Itu harta arwah daddy saya, saya ni pun kayap" Darris tertawa kecil.
"Ha macam ni baru boleh jadi menantu, sama sama kayap" tertawa tiga beranak itu, Nadra hanya tersenyum kecil. Perbicaraan mereka dipotong oleh Nadra.
"Mak ayah, petang ni kitaorang balik tau, lepas asar".
"Ala cepatnya, barulah nak kenal-kenal dengan bakal menantu ni"
"Takpe makcik nanti kalau ada masa saya datang lagi, curi-curi ikut Nadra kee" Darris tersenyum nipis.
"Haah budak Nadra ni memang suka balik tiba-tiba, tahu-tahu dah tercongok depan pintu tersengih-sengih macam kerang busuk"
"Ishh, apa mak ni, Nad senyum punyalah manis" Nadra mencebik.
"Eeee, manis celah mananya" potong Encik Aidi. Darris tersenyum manis, nampaknya kehadirannya disambut baik oleh keluarga itu. Alhamdulillah, one step closer insya-Allah.
🌼🌼🌼🌼
"Mak ayah, Nad balik dulu ye, hati-hati kat rumah tuu, selamat berdating! byee!" Nadra berbicara sekilas dari dalam kereta sebelum memandu mendahului Darris.
Tin Tin
Perjalanan mereka berdua berjalan lancar seperti biasa. Nadra juga memandu tenang. Perasaannya sedikit tenang mungkin selepas mem'blok' nombor yang merosakkan moodnya itu. Malas mahu fikir, jika difikirkan balik gadis itu hanya mantan kekasih abang idolanya, bukan kekasih pun. Toxic sungguh dirimu wahai Nadra.
"Waktu kamu masih sekolah rendah, belum kau kenal apa itu bercinta, yang engkau tahu cuma bermain saja, maklumlah baru darjah limaaaa, tiba masanya kamu sekolah menengah dengan tiba-tiba ku telah jatuh cinta dengan seorang jejaka berambut pacak, manis orangnya dan rupawannn" seperti biasa ketika memandu Nadra akan memekak.
"Ahhh, ni baru Nadra. Jangan fikirkan sangat problem tu. Tapi still need to palau abang idola for awhile, tapi dia kena explain juga. Kalau dia tipu dia dosa. huh" bebel Nadra dan sambung mengikut rentak radio.
"Aku selamba, tertawa gilaaa, dunia tak sempurna bila aku tiadaa ngeh ngeh".
Gadis di yang memandu kereta hadapan itu sangat bahagia. Tidak pula dengan jejaka yang membuntuti kereta gadis itu. Fikirannya masih celaru memikirkan kesalahannya sehingga gadis itu melancarkan perang bisu dengannya. Boleh dikira berapa patah sahaja jawapan yang diberikan gadis itu ketika dia menyoal.
"Haish Nadra, apalah yang aku buat sampai kena palau macam ni sekali" rintih Darris.
"Each day goes by, and each night I cry. Somebody saw you with her last night..." radio di kereta jejaka itu tidak kurang kalah dalam memahami perasaan jejak itu.
Satu jam, dua jam, dua jam lima belas minit,dua jam setengah, tiga jam, tiga jam setengah, akhirnya mereka tiba di Kuala Lumpur. Perjalanan yang agak panjang dan diberhentikan dengan rehat 30 minit untuk mengisi minyak, makan ringan dan solat.
Kini mereka berada di perkarangan rumah Nadra. Nadra sudah memarking keretanya di dalam pagar rumah. Darris keluar seketika untuk memastikan gadis pujaannya baik-baik sahaja.
"Nadra". Nadra perlahan-lahan bergerak ke arah Darris. Tidak adil jika dia terus menerus memalau jejaka itu tanpa dia tahu salahnya.
"Ye? by the way, terima kasih hantar sampai rumah" Nadra tersenyum nipis masih kelihatan hambar. Darris mengeluh.
"Sama-sama"
"Bye, take care" perasan dengan kejanggalan itu. Nadra bersuara. Tubuhnya mahu dipusingkan tapi diberhentikan dengan suara Darris.
"Can I know what I did to you, in case I not realize, I'm really sorry" lemah bicara Darris. Nadra menatap wajah sayu Darris.
"Saya taktau nak start dari mana"
"Betullah I ada buat salah? tell me Nadra"
"Not now Darris, tomorrow can?"
"Hm, I'm sorry sayang"
"Don't sorry now, letter after your explanation"
"Hm orite sayang, cepat masuk rumah, I tunggu baru I balik"
"Hm okay, goodnight and take care"
"Goodnight sayang". Nadra berlalu masuk ke dalam rumahnya, grill besi rumahnya dimangga dahulu kemudian pintu pula dikunci. Nadra mengintai dari tingkap dan melambai tangannya ke arah Darris. Darris tersenyum dan kembali ke keretanya. Nadra memegang dadanya, jantungnya berdegup laju setiap kali abang idolanya memanggilnya dengan gelaran 'sayang'. Kebiasaannya dia teruja, tapi kali ini dia takut, takut penjelasan Darris tidak sama dengan apa yang dia harapkan.
Siapa nak next chapter angkat kaki!
YOU ARE READING
Darris Arrayan
Romance"Wei, tadi aku lalu sebelah abang idola wei, Ya Allah hensem gilerrrrr!" -Nadra Aurose. "Kau ni, asal jumpa aku je cakap pasal abang idola kau, tapi bila aku tanya kau kata rahsia, cuba cakap siapa nama dia?" -Dellisa Amerda. Nadra Aurose; Bagi gadi...