05 Musuh

3.8K 254 8
                                    

Nadra kini berdepan dengan salah seorang clientnya. Pandangan lelaki yang agak berumur di hadapannya amat mengerunkan. Dato gatal!

"Yes Dato, ada apa-apa lagi yang nak dibincangkan?" Soal Nadra dengan nada biasa. Dato itu tersenyum senget. "Kita sambung dinner malam ni.

"Malam ni, pukul 8.30 dekat Crystal Hotel. Kita bincang dekat sana" Dato Fuad bangkit dari duduknya, coat kelabu asapnya dibutang kemas. Nadra turut bangun.

"Tapi kenapa malam?" Soal Nadra pelik. Dato itu tersenyum senget, sempat lelaki tua gatal itu mengenyitkan matanya sebelum beredar.

"Nasib client, kalau tak lama dah aku sepak. Dah tua buatlah cara tua" bebel Nadra sambil mengemas barang-barang laptopnya.



🐼🐼🐼🐼



Dari jauh Nadra sudah dapat melihat susuk tubuh tua yang sedang duduk membelakanginya.

"Assalamualaikum Dato, sorry lambat" Dato Fuad tersenyum nipis.

"It's okey". Kening Nadra berkerut apabila Dato Fuad menghulurkan sekeping sampul surat tebal berwarna hitam.

"I nak you jatuhkan Datin Ramona" ringkas dan padat ayat yang dilemparkan Dato Fuad.

"Ma..-" ayat Nadra terpotong apabila seorang waiter menghidangkan air.

"Minum dulu" arah Dato Fuad. Nadra yang sememangnya haus meneguk rakus air dihadapannya.

"Mana boleh macam tu Dato, saya buat kerja saya je, and sorry saya tak makan rasuah-rasuah ni" Nadra menolak kembali sampul surat itu kepada Dato Fuad. Dato Fuad tersenyum sinis apabila melihat satu susuk tubuh yang dinanti-nanti sedang memandangnya tajam dari jauh. Nadra memicit-micit kepalanya yang tiba-tiba sahaja berdenyut-denyut.

"What are you trying to do old man!" Tengking Darris sambil memapah tubuh Nadra.

"Well see you soon boy" Dato Fuad tersenyum sinis.

"Cepat-cepat taubat, Neraka dah calling" Darris tersenyum sinis dan terus berlalu sambil memapah tubuh Nadra keluar daripada Hotel Crystal.

Dato Fuad tersenyum nipis.

"Welcome to hell young man"




🐼🐼🐼🐼




"Mer, aku on the way rumah kau ni. Tunggu depan pintu. Urgent" Darris menerjah Amerda di talian tanpa sempat memberi salam.

"Lak kau, asal tiba-tiba" balas Amerda pelik.

"Member baik kau ada kat lengan aku ni" jujur Darris.

"Woi, kau jangan buat benda bukan-bukan eh kat dia. Mandul kau aku bantai".

"Kau rilek boleh tak? Nanti aku sampai aku cerita. Ni jalan nak ke rumah kau lorong berapa ek?"

"Lorong 12A"






🐼🐼🐼🐼






Baru sahaja Darris mahu memapah Nadra untuk masuk ke dalam rumah Amerda. Tubuhnya dirempuh dari belakang.

"Macam mana boleh jadi macam ni?" Soal Amerda sambil mengangkat Nadra untuk dipapah.

"Masuk dalam dulu boleh? Nanti aku citer" Darris suddah mengecilkan matanya.















Suasana di ruang tamu rumah Amerda sedikit janggal.

"Asal ni Ris?" Soalan Danny memecah kesunyian apabila sedar Amerda masih sibuk menguruskan Nadra yang masih lemah.

"Musuh Daddy aku buat hal" keluh Darris.

"Serius? Siapa?" Danny menaikkan kening kirinya.

"Dato Fuad" laju sahaja tangan Danny menepuk peha Darris.

"Serius ar Dato gatal tu? Macam mana Nadra tu boleh terkait sekali dengan kes ni? Dia tau ke Nadra kawan kau?" Soal Danny bertubi-tubi. Darris mengangkat bahu tenang.

"Tenangnya muka lu. Kalau aku 'crush' aku kena macam tu memang tak lah aku nak duduk diam" Danny mengeleng-gelengkan kepalanya.

"Tenang-tenang dulu, tengok drama nenek aku. Pengarah siapa lagi handal" Darris tersenyum sinis.

"Oh man, my Darris was back" Danny tersenyum bangga. Darris melirik jam rolex di pergelangan tangan kirinya.

"Erm, aku nak jumpa orang kejap. Ni, cakap dekat wife kau, jaga Nadra untuk aku. Dalam seminggu gitu and jangan bagi minah dua orang tu keluar rumah tanpa guard" pesan Darris padat.

"So aku pun terlibat lagi lah ni dalam kes kau?" Soal Danny malas.

"Of course" Darris tersenyum sinis dan terus berlalu. Baru sahaja Danny mahu menutup daun pintu suara Darris menghentikan perbuatannya.

"Jangan story dekat Amerda. Dia pregnant nanti jadi apa-apa susah". Danny mengangguk kecil sebelum memerhati gerak-geri Audi R8 V10 Gold milik Darris meninggalkan perkarangan rumahnya. Danny menutup daun pintu rumahnya.

"Abang Aris balik dah?" Soal Amerda.

"Haah. Nak jumpa orang katanya" Danny mengunci daun pintu rumahnya.

"Oh, ala tak sempat nak tanya. You ada tanya apa-apa tak dekat Abang Aris?" Soal Amerda lagi.

"Tak sempat nak tanya, dia dah nak balik" jawab Danny sambil merangkul pinggang Amerda.

"Alaa" rungut Amerda.

"Okey baru ingat, tadi Aris suruh you jaga Nadra, and Nadra kena tinggal sini for few days". Dahi Nadra berkerut.

"Macam pelik je? You ada sorok apa-apa dari I eh?" Amerda mengecilkan matanya.

"Mana ada sayang, you pun tahu Abang Aris you mana suka share problem dia" Danny memujuk Amerda.

"Okey fine, tapi kalau nak keluar esok boleh kan? Nak cari barang baby" Amerda tersenyum manja.

"Esok? Hari lain tak boleh ke? Esok I ada meeting penting"

"It's okey, I ajak Nadra je". Danny terdiam sejenak.

"Boleh tapi ada guard kena ikut" Danny tersenyum tawar.

"Ala tapi kenapa?"

"Tanyalah Abang Aris you. I hanya menurut perintah. Lagipun kat luar sana bukan semua orang, orang baik" Danny mengepit hidung Amerda.

"Okey fine, You upahlah berapa banyak guard pun. I redha"

"Bukan I lah, Abang Aris. He want to protect you and his girl" Danny tersenyum nipis.

"Hek eleh, ingatkan you. Okeylah malam ni I nak tidur dengan Nadra. Kesian dia. Okey bye" pamit Amerda dan terus menuju ke tingkat atas. Danny memerhati gerak-geri isterinya menuju ke tingkat atas.

"Eh, kalau you tidur dengan Nadra. I tidur dengan siapa?!" Laung Danny.

"Bantal"






HAMBAR 😩👌

Darris Arrayan Where stories live. Discover now