Surat khabar yang terbentang di meja kerjanya ditatap dengan pandangan yang cukup tajam. Ramzul yang berdiri di hadapan meja kerjanya hanya memandang lantai, gerun dengan wajah bengis jejaka itu."Sial lah!" Rengus Darris. Langkahnya dibawa menuju ke balkoni biliknya. Sangkaannya tepat sekali, officenya telah dibanjiri oleh wartawan.
"Buka parking bawah tanah. Aku nak keluar" arah Darris sambil mencampak kunci kereta Audi R8 Spyder hitamnya.
"Kunci semua pintu, aku taknak ada satu pun wartawan sesat dalam ni" arah Darris lantang, semua pekerja akur.
Bibir Darris yang dulunya tidak lekang dengan senyuman, kini berubah tiga ratus enam puluh darjah. Wajahnya bengis tapi masih kacak.
Ramzul membuka pintu Audi R8 Spyder hitam milik Darris. Darris masuk ke dalam keretanya. Ramzul lari ke arah kereta Honda Civic merahnya.
'Vroooommmm'
Ngauman daripada Audi R8 Spyder Darris yang keluar daripada garage bawah tanah membuatkan wartawan-wartawan yang berpusu-pusu mahu masuk ke dalam D.A Empire berpaling.
"Tu Encik Darris!" Wartawan-wartawan itu mula kelam-kabut menuju ke arah kenderaan masing-masing untuk memgejar jejak Darris.
Kini hala tuju Darris hanya satu. Nadra! Yes, gadis itu dalam bahaya. Iphone X miliknya yang berdering diangkat tanpa melihat nama pemanggil.
"Ha?"
"Abang Aris! Tolong kita orang! Ada wartawan kejar. Sekarang kita orang dekat Setia City. Dalam tandas" Darris tekun mendengar suara kelam-kabut Amerda.
"Jangan keluar, tunggu aku sampai. Suruh Nadra cover muka dia. Tutup lah pakai apa-apa pun" arah Darris.
"Kenapa pula? Sebenarnya kenapa ni" soal Amerda tidak puas hati.
"Ikut je cakap aku. Kalau tak habis muka member kau lebam-lebam nanti" Darris terus menamatkan talian. Keretanya ditambahkan kelajuannya.
Darris memarkingkan keretanya di garage bawah tanah. Coat coklat yang melapisi tubuhnya dirapikan, rambutnya dikemaskan. Ramzul yang turut memarking di sebelah kereta Darris membuntuti langkah Darris.
"Tak payah call budak. Aku boleh handle" suara serius Darris mematikan perbuatan Ramzul yang mahu mendail seseorang.
Darris berjalan tegak menuju ke arah tangga. Malas mahu menggunakan lif. Iphone x nya dion, nombor Amerda didail.
"Oi, tingkat berapa?"
"Okey" Darris menamatkan talian.
Ternyata wartawan-wartawan busybody masih tidak berputus asa. Tingkat 2 itu dibanjiri dengan wartawan yang berada dalam lingkungan 50 orang.
Darris berjalan tenang masuk ke dalam tandas perempuan. Satu persatu pintu diketuk oleh Ramzul, Darris hanya duduk bersandar di singki.
"Mer, Nad" panggil Ramzul.
"Siapa tu?" Soal Amerda takut-takut.
"Ramzul". Amerda membuka pintu itu secara perlahan-lahan.
"Mana Abang Aris?" Soal Amerda sambil dibuntuti Nadra.
"Kat sana" Ramzul menalakan ibu jarinya ke arah Darris yang sedang bersandar di singki.
"Wei, apa benda ni?" Soal Amerda sambil menayangkan akhbar online yang terpapar di skrin phonennya.
"Apa? Kau ingat aku yang buat?" Darris memandang Amerda tajam.
"Taklah, tapi macam mana boleh jadi macam ni?" Soal Amerda lagi.
"Memang nak sembang dekat sini ke? Taknak keluar?" Soal Nadra. Darris menaikkan kening kirinya, Nadra terdiam.
"Wei?!" Danny yang baru tiba tercungap-cungap sambil mengesat peluh.
"Aku kena kejar do, sial lah" Danny merapikan rambutnya.
"Kau yang tak bawa perut kena kejar dah macam tu, bini kau? Kau tak fikir, dia lari macam mana tadi?" Soal Darris sarkastik.
"Sayang okey?" Soal Danny kepada Amerda. Amerda hanya tersenyum.
"Ni Mer kau datang naik apa?" Soal Darris.
"Driver hantar tadi"
"Nak keluar kan? So get ready. Danny jaga bini kau" Darris membuat pesanan penaja. Wajah Nadra dipandang sekilas. Darris membuat isyarat mata ke arah Danny, Danny mengangguk.
"Zul, kau dah boleh balik" arah Darris, Ramzul hanya mengangguk dan beredar.
"Dane, kau jalan dulu. Buat muka selamber kau" Darris menolak tubuh Danny yang sedang memimpin tangan Amerda tidak lupa juga untuk Danny menutup tubuh dan kepala Amerda menggunakan coat. Nadra mahu mengikut langkah Amerda dan Danny namun tangannya pantas disambar oleh Darris.
"Kau ikut aku" Darris menanggalkan coat nya lalu diletakkan di atas kepala Nadra.
"Selagi aku tak kata berhenti, kau jangan berhenti". Tangan Nadra, Darris capai.
"Lari" serentak itu suasana riuh di hadapan tandas mula kedengaran. Namun hanya sebilangan wartawan sahaja yang kelihatan.
"Tu Encik Darris!"
Lari
Lari
Lari
Nadra penat, langkahnya terhenti dan jatuh terduduk.
"Asal kau berhenti, diorang masih kejar" Darris sudah tercungap-cungap.
"Penat" dan tubuh Nadra longkai di hadapan Setia City Mall. Belum sempat wartawan pergi ke arah Darris, lebih daripada 30 orang lelaki berbaju hitam menghalang.
"Car! Now"
S O R R Y G E N G
HANDPHONE GUA BUAT HAL. NI PUN MENAGIH PHONE IBUNDA, SO BERSABAU LAH YE 🙃
YOU ARE READING
Darris Arrayan
Romance"Wei, tadi aku lalu sebelah abang idola wei, Ya Allah hensem gilerrrrr!" -Nadra Aurose. "Kau ni, asal jumpa aku je cakap pasal abang idola kau, tapi bila aku tanya kau kata rahsia, cuba cakap siapa nama dia?" -Dellisa Amerda. Nadra Aurose; Bagi gadi...