01 Tanah Literik.

9.6K 344 2
                                    


'Let me be the one, that you admirer forever'

10 tahun lalu.

"Mer! Aku rasa hati aku dah kena curi" Nadra tercungap-cungap seperti baru lepas marathon sambil mengipas-ngipas mukanya menggunakan kamus tebal milik rakannya Dallisa Amerda.

Amerda memandang rakanya itu atas bawah. Macam sihat tapi 'sasau'.

"Woi Mer, layan lah aku, ni first time aku rasa aku suka dekat lelaki wei, macam mana ni" Nadra sudah menekup mukanya dengan buku, mujur di dalam kelas mereka tiada pelajar kerana sekarang waktu rehat.

"Tak, kau ni tak boleh tenang ke? Cuba cerita perlahan-lahan. Aku rimas tengok kau mengelibas macam nampak Lee Min Ho pahal" Amerda berkata sambil menarik bahagian hadapan tudung sekolah Nadra.

"Ala, kau ni kan aku dah kata tadi, ni pertama dan terakhir kali aku jatuh cinta. Wei hensem giler, kau bagi aku sepuluh Lee Min Ho pun aku taknak, aku nak dia je, walau apa pun yang terjadi" tegas Nadra.

"Wow, obsesnya kau, cuba cakap lelaki mana yang dah buat kau jadi sasau sampai macam ni sekali, aku nak tengok hebat sangat ke dia" Amerda berura-ura mahu bangkit dari kerusi plastik yang diduduknya sebentar tadi. Pantas Nadra menarik tangan Amerda supaya gadis itu duduk kembali.

"Mer, rilek ar, sejujurnya aku tak pernah tahu dan aku taknak tahu pun nama dia, tapi gantle, memang hensem ar aku tak tipu, kau tau tadi dia tolong aku angkat buku yang Cikgu Faezah suruh aku hantar dekat bilik guru" Nadra bercerita dengan penuh semangat.

"Tolong angkat buku je, terus jatuh cinta. Payah lah gini" Amerda mula mengaru kepalanya.

"Ala kau memang lah dah ada Danny, kau kena faham aku yang forever alone ni, sekali jumpa terus lekat dekat hati, aku syak masa mak dia mengandungkan dia, mak dia suka makan gam gajah kot" bicara Nadra mengundang gelak mereka berdua. Waktu rehat sudah tamat dan pelajar 5 Cempaka mula berpusu-pusu masuk ke dalam kelas. Amerda yang duduk di sebelah Nadra memandang wajah polos Nadra yang sedang fokus belajar. Dalam hatinya terdetik sesuatu.

"Kesian Abang Aris, lama dah suka dekat dia tapi dia dah ada crush, menangislah Abang Aris nanti kalau aku cerita"

Lamunan Amerda terganggu apabila Nadra menepuk bahunya.

"Kau kenapa? Aku panggil tak jawab, kau berangan duduk atas pelamin dengan Danny eh?" Nadra menyenggol kasar lengan Amerda.

"Ei, mana ada, dahlah fokus belajar" Amerda dan Nadra kembali fokus terhadap mata pelajaran matematik tambahan yang sedang dihadapi mereka kini.

🌼🌼🌼🌼

Nadra menyepak-nyepak tayar motonya yang tiba-tiba je pancit. Keluhan berat dilepaskan. Menyesal suruh Amerda balik dulu. Mak tolong Nad!

"Balik jalan kaki lah jawabnya" tali helmet terus dicapai dan berjalan pulang ke rumah sambil mulutnya tidak henti-henti membebel.

Tiba-tiba.

'Buss'

"Bodoh! Buta!" Maki Nadra yang kini sudah jadi manusia berlumpur oren akibat percikan lopak air pada tanah merah atau lebih dikenali sebagai tanah literik yang menjadi tempat pijaknya kini. Manusia yang berbaju kemeja sekolah berwarna kelabu itu terus memecut laju tanpa menoleh ke belakang.

"Kau tunggu esok, aku pastikan moto besar kau tu ada corak yang menarik tertarik erghh kau memang nak mampos, arghh!" Nadra terus melajukan langkahnya sambil kakinya menghentak-hentak kasar permukaan tanah merah itu.

Setibanya di rumah Nadra terus menghempas pintu rumah dan menghentak-hentak kaki menuju ke biliknya. Tuala dicapai, dan dia terus membersihkan dirinya.

Puan Nadia hanya mengeleng-geleng kepala melihat perangai anak daranya yang seorang itu. Brutal sungguh!

🌼🌼🌼🌼

Darris menghempas badannya di atas katil. Senyuman kecil terbit di bibirnya. Bayangan gadis berbaju sekolah yang membebel tadi terngiang-ngiang di mindanya.

"She's cute"

Deretan kotak kecil yang berada di meja belajarnya diperhatikan. Semua itu untuk gadis itu, gadis yang telah berjaya mencuri hatinya sejak tiga tahun lalu.

"Sorry brother, it's my seat" tegur seorang gadis yang berkulit cerah dan agak kecil saiz tubuhnya.

Darris melirik wajah gadis itu sebelum berlalu dari kerusi itu.

"Sombong, cakap lah sorry ke apa, pikir hensem dengan pakai mask hitam gitu acah artis" bebel gadis itu.

Darris tersenyum lagi. Dia hanya mampu menjadi peminat gadis itu dari jauh kerana dia tahu kalau dia jujur tentang perasaannya terhadap gadis itu, gadis itu pasti akan menolak mentah-mentah kerana ramai yang sudah kena.

"One day she'll be mine" Bantal putih di bawah kepalanya diambil lalu ditekup di atas mukanya.

TO BE CONTINUE 🐒

Darris Arrayan Where stories live. Discover now