"Amboi, tengah basuh pinggan pun boleh termenung eh. Teringat Pakcik Cem yang jauh nun disana ke?" Puan Nadia yang bersuara daripada arah belakang menganggu lamunan Nadra yang sedang mengelap pinggan."Ish Mak ni, mana ada. Nad tengah lap pinggan ni hah" Nadra mengangkat pinggan coklat yang baru sahaja siap dilap.
"Iyela Nad, hah dah siap basuh pinggan kan. Meh sini tolong Mak bakar sampah" Puan Nadia yang berada di sebalik tingkap bersuara.
"Okey Mak" Nadra hanya akur dengan arahan Puan Nadia, lagipun sudah lama dia tidak menjelajah kawasan rumah.
"Amboi, rumah kita ni dah boleh upgrade jadi Taman Negara la Mak. Ada lembu, angsa, ayam, pokok ubi, pokok rambutan. Hah ni ada landak pula, dapat dari mana Mak?" Bebelan Nadra berakhir dengan soalan.
"Ayahnya pasang perangkap monyet, tapi yang masuknya landak, ye bela. Boleh diungkep nanti" jawab Puan Nadia sambil mengumpulkan sampah-sampah yang hendak dibakarnya. Nadra menghampiri sangkar yang menempatkan landak itu.
"Hai awak, saya anak majikan awak. Selamat berkenalan" Nadra melambai-lambai landak itu. Saja mahu beramah-mesra. Puan Nadia hanya menggeleng-geleng melihat telatah anaknya.
"Eh, Mak duri dia dah kembang. Nanti mesti dia tembak Nad" Nadra sudah berlari agak jauh sedikit supaya tidak terkena duri tajam landak itu.
"Siapa suruh kacau dia kan dia dah marah" Puan Nadia memberi jawapan yang tidak memuaskan hati Nadra.
"Ish Mak ni, patutnya mak marah si Lan tu sebab dia nak tembak anak Mak" Rungut Nadra.
"Apa Lan?" Soal Puan Nadia.
"Landak la. Singkatannya jadi 'Lan' L.A.N" terang Nadra.
"Ish kamu ni, ada-ada je ideanya" Puan Nadia tergelak kecil kerana penjelasan ringkas anaknya itu.
"Erm, Mak. Barang dapur macam banyak je dah habis, petang ni kita cari eh" ajak Nadra sambil memetik sebiji rambutan.
"Boleh je, tapi ni dah hujung bulan. Takut pula Mak nak minta duit kat ayah kau" Puan Nadia berkata sambil membakar sampah.
"Ala Mak ni, apa guna anak Mak yang dah bekerja ni. Okey petang ni Mak nak apa-apa semua Nad belikan, okey?" Soal Nadra sambil melangkah mendekati Puan Nadia.
"Habis la duit kamu nanti" Puan Nadia masih berbelah-bagi.
"Mak, tak adanya nak habis. Gaji Nad bulan lepas pun belum sentuh lagi. Mak pun tahu kan Nad ni bukan jenis yang kaki shopping, Nad masuk shopping mall pun cuci-cuci mata je, mana tahu jumpa calon menantu untuk Mak lagip....-" ayat Nadra tergantung apabila dia tersedar dengan ketelanjuran ayatnya.
"Mampos kau Nadra"
"Belum jumpa lagi calonnya?" Soal Puan Nadia sedikit tegas. Nadra perlahan-lahan menggeleng.
"Kamu ni Nad, tahu kan Mak dengan Ayah makin tua. Anak kami cuma dua je. Nak juga tengok yang lagi sorang ni kahwin" Puan Nadra sudah menggunakan kuasa vetonya.
"Yela Mak, Nad tengah usaha la ni. In Shaa Allah ada. Mak jangan risau tau" Nadra tersenyum tawar di sisi Puan Nadra.
"Ada lagi sebulan lebih je Nad, calon pun Mak dah jumpa" Puan Nadia tersenyum senget.
"Makkk!"
"Ha carilah calonnya cepat, jangan nak mak! mak! sangat" Puan Nadia mencebik melihat sifat tidak matang anaknya.
"Okey la Mak, Nad nak masuk rumah dulu, nak tidur. Mana tahu mimpi jodoh" Nadra terus masuk ke dalam rumah sepantas kilat. Puan Nadia mengeluh kecil.
YOU ARE READING
Darris Arrayan
Romance"Wei, tadi aku lalu sebelah abang idola wei, Ya Allah hensem gilerrrrr!" -Nadra Aurose. "Kau ni, asal jumpa aku je cakap pasal abang idola kau, tapi bila aku tanya kau kata rahsia, cuba cakap siapa nama dia?" -Dellisa Amerda. Nadra Aurose; Bagi gadi...