Nadra merebahkan badannya di atas katil. Penat tak usah di bahas. Kalah pengantin letihnya. Nadra tersenyum kecil apabila teringat peristiwa beberapa jam lepas."Wei, ni kau balik KL bila?" Soal Amerda.
"Lusa aku balik lah, kes tak settle lagi mana boleh cuti lama-lama".
"Cantek! Nanti dah sampai KL roger, boleh duduk setable lagi, lama tak lepak dengan kau lama-lama asyik banyak kes saja" perli Amerda.
"Benda betul, nak buat macam mana"
"Dah lah, korang ni berbual sampai esok pun tak habis" potong Danny.
"Ala kau, bual dengan bini dia kejap pun kedekut, kurung je la bini kat rumah" Nadra menjeling Danny sekilas.
"Ehem, apa ni kecoh-kecoh" sapaan itu membuatkan mulut Nadra terus terkatup rapat dan jantungnya berdegup pantas.
"Ni ha minah dua ekor ni mulut kalah murai" jawab Danny.
"Eh kau, lebih pula, aku manusia bukan burung" jawapan selamba Nadra mengundang tawa Darris dan Danny.
"Okey kelakar". Nadra diam semula apabila mata Darris tertumpu ke arahnya.
"Arghh! Indahnya dunia!" Nadra menekup kembali mukanya dengan bantal.
🌼🌼🌼🌼
Batu Pahat, Johor. 5.00 a.m.
"Mak, Ayah. Nad balik dulu" Nadra menyalami tangan Puan Nadia dan Encik Aidi.
"Bawa kereta elok-elok. Jalan gelap lagi ni" pesan Encik Aidi yang mahu berangkat ke Masjid Jamek Parit Pulai untuk menunaikan Solat Subuh.
"Baik ayah" akur Nadra. Encik Aidi membantu puteri sulongnya memasukkan bagasi ke dalam tempat duduk penumpang.
"Ni terus nak pergi tempat kerja kan?" Soal Encik Aidi lagi.
"Haah, kalau balik apartment dulu memang tak sempat lah nak sampai tempat kerja, dengan jalan sesaknya lagi" rungut Nadra.
"Dah hati-hati" pesanan terakhir daripada Encik Aidi, tangan bapanya dicium sebelum pipi bapanya menjadi mangsa ciumannya. Giliran Puan Nadia pula.
"Nad, ingat pesan Mak, tinggal 2 bulan 27 hari je lagi" Puan Nadia tersenyum senget.
"In Shaa Allah, nanti Nad bawa dia jumpa Mak. Tapi kalau jumpa lah" Nadra tersenyum tawar.
"Takde excuse, umur kamu, umur Mak, umur Ayah semua makin meningkat bukan menurun. Sebelum kami pergi kami nak juga tengok muka suami kamu". Dah mula dah drama Puan Nadia.
"Ye Mak. Okeylah Mak, dah lambat ni nanti lambat nak jumpa client" pamit Nadra dan terus berlari masuk ke dalam kereta.
Di dalam kereta Nadra mengeluh untuk kesekian kalinya.
"Elak aku masuk minang je abang idola ni".
🌼🌼🌼🌼
Nadra berjalan dengan pantas menuju ke Restoran D'Sinar.
"Kaki please, langkah laju sikit. Kau dah lambat 30 minit" Nadra sudah mempamerkan riak wajah mengelabah kepada orang sekeliling.
Baru sahaja tangan Nadra mahu menolak pintu masuk D'Sinar pintu itu terlebih dahulu ditarik dari dalam, dan disebabkan badan Nadra tidak seimbang punggungnya mencium lantai.
"Oh chit!"
"Tak baik mencarut" laju Nadra beristighfar dan menutup mulutnya laju.
"Sorry-sorry, saya dah lambat" Nadra pantas mencapai handbag dan briefcast nya dan meluru masuk ke dalam Restoran D'Sinar. Namun langkah kakinya bukan ke hadapan malah makin kebelakang.
"Eh kenapa tarik-tarik ni?" Soal Nadra bengang. Dah lah lambat, main tarik-tarik pula, dia ingat aku tali.
"You datang sini nak jumpa I kan? So let's go" Darris membalikkan tubuh Nadra dan memimpin gadis itu supaya berjalan beriringan dengannya.
"Encik Darris?"
"Ye saya Cik Nadra Aurose" jawab Darris selamba sambil memimpin gadis itu.
"Memang tak nak lepaskan tangan saya eh?" Soal Nadra sarkastik.
"Kalau lepas agak-agak dapat pegang lagi tak lepas ni" Darris masih tidak melepaskan pegangannya.
"Dapat tapi kena hadam dengan tendangan kuasa kuda lah" Nadra menarik kasar tangannya.
"Owh, ganas" Darris memandang sekilas gadis yang berada di sisinya. Masih sama seperti dulu cuma bertambah ayu dan feminin.
"Appoinment I sepatutnya dengan Datin Ramona, where is she?" Soal Nadra namun tidak langsung memandang wajah kacak Darris. Cair bhaii.
"Lepas ni urusan you dengan Datin Ramona I yang handle, cause Datin pergi Umrah and I pewaris Dato Azlan, so?" Darris menaikkan kening kirinya.
"So what?" Soal Nadra polos.
"Ei, lawyer apa you ni. So let's discuss" Darris membuka pintu penumpang Audi A4 nya dan tubuh Nadra di dudukkan sebelum pintu ditutup rapat.
"Thanks mummy, bagi Aris kejar cinta Aris!".
"Kau nak bawa aku pergi mana ni? Kereta aku? Eh kereta I? Eh sorry you nak bawa I pergi mana?" Soal Nadra kekok.
"First of all, you nak panggil I apa sebenarnya. I tak kisah tapi aku kau tu macam kasar sangat untuk you"
"Tadi macam suruh pilih, sekarang dia macam dah buatkan aku pilihan. Wahai abang idola kenapa anda sangat idola. Allah kenapa dia datang balik. Arghh!"
"Hai Cik Nadra, dah berangan sampai mana tu?" Darris menepuk-nepuk pipi tembam Nadra.
"Hah? Owh sukatilah nak panggil pape".
"Panggil sayang boleh?" Soal Darris.
"Sayang?" Dahi Nadra berkerut.
"Gurau je la, jangan serius sangat" Darris tertawa halus.
"Kalau betulkan bagus, Haih Nadra. Taraf kau dengan dia jauh. Kau tu budak kampung yang baru up kerja kat bandar. Dia tu dari azali anak orang kaya"
"So nak bincang dekat mana?" Soal Nadra.
"Kita pergi Bukit Kiara" Darris membelokkan setereng ke arah kanan.
"Ada apa kat sana?" Soal Nadra polos.
"Kita jumpa Puan Sri Aminah. Mana tau dia dah taubat nak tarik balik kes ni." Darris tersenyum nipis.
"Actually, kenapa Puan Sri nak harta anak dia balik? Bukan harta dia dah bertimbun ke? Makan 1000 orang pun tak luak"
"Nenek tu gila harta. Nanti mati kalau boleh duit pun nak di bawa sekali. Lagi pun dia memang tak suka I dengan My Mom. Entah lah, mummy kata sebab daddy tak kahwin dengan pilihan nenek" Darris masih tersenyum.
"Ni kita kesana tak kena halau ke?" Soal Nadra pelik.
"Maybe kena, tapi kalau dengan nenek tu kita kena berani. Kalau tak macam ni lah jadinya, mummy bukan nak melawan, sampai kes naik mahkamah. Kalau I tak balik Malaysia ni tak tau lah apa jadi kat mummy" Darris mengeleng-gelengkan kepalanya.
"Ish, you, I takut lah nak jumpa Puan Sri" Nadra memaparkan riak ketakutannya.
"Eh lawyer bukan berani ke? Just relaks, dia tak berani nak apa-apa kan you selagi ada I. Kalau tak nanti kes jadi lagi besar. I pewaris utama Daddy kot. Tenang-tenang je" Darris memandang sekilas wajah Nadra.
"Okey"
I'M TRYING TO MAKE THIS STORY A LITTLE BIT DIFFERENT 😩
OKEY?
YOU ARE READING
Darris Arrayan
Romantik"Wei, tadi aku lalu sebelah abang idola wei, Ya Allah hensem gilerrrrr!" -Nadra Aurose. "Kau ni, asal jumpa aku je cakap pasal abang idola kau, tapi bila aku tanya kau kata rahsia, cuba cakap siapa nama dia?" -Dellisa Amerda. Nadra Aurose; Bagi gadi...