Nadra sudah mati kutu. Panggilan untuk kali ke tiga daripada Encik Aidi diseret lambat-lambat. Perlahan-lahan handphonenya ditekap di tepi telinga."Assalamualaikum Nad, anak ayah sihat?" Tenang sahaja suara Encik Aidi.
"Waalaikumsalam ayah, Nad sihat alhamdulillah" jawab Nadra lega.
"Lama tak dengar cerita, kerja macam mana? Okey?" Soal Encik Aidi masih lagi tenang.
"Semua okey ayah, Alhamdulillah" dahi Nadra sudah berkerut.
'Takkan ayah tak tau'
"Ayah tak dengar apa-apa cerita ke?" Soal Nadra lambat-lambat.
"Cerita apanya? Pasal gosip awak dengan usahawan tu ke?" Masih tenang suara Encik Aidi.
"Erm"
"Nad, ayah kenal anak ayah. Kamu tau beza mana baik, mana buruk. Kamu pun sekolah agama dulu. Sejengkal je dari rumah. Ayah percaya anak ayah. Betul kan kamu tak buat benda bukan-bukan tu?"
"Betul! Nad tak buat" laju Nadra menjawab.
"Nanti senang-senang baliklah kampung. Boleh cerita panjang sikit"
"Baik ayah"
"Nad jaga diri dekat tempat orang tu, ingat pesan ayah, jaga maruah diri dan maruah keluarga".
"In Sha Allah". Panggilan ditamatkan oleh Encik Aidi.
Air mata Nadra perlahan-lahan menitis. Suara tenang ayahnya cukup menusuk.
'You just want attention, you don't want my heart'
Deringan daripada handphone Nadra mengganggu lamunannya. Air mata dikesat.
"Erm"
"Kau okey?"
"Okey"
"Aku nak jumpa kau"
"Tak nak"
"Jangan buat perangai boleh?"
"Tak"
"Kau memang suka aku kasar-kasar dengan kau kan"
"Pergi mati!". Nadra mematikan talian dengan kasar.
"Semak lah, sorang-sorang buat hal!" Nadra mengusutkan rambutnya.
'You just want attention, you don't want my heart'
"Kau nak apa lagi!" Sergah Nadra tanpa melihat nama pemanggil.
"Kau pahal sia" Amerda mengeluarkan suara peliknya.
"Oh kau, sorry. Aku ingat Hardy"
"Hardy? Dia call kau? Dia nak apa sia" Amerda sudah naik bengang.
"Dia ajak jumpa" jujur Nadra.
"Kalau kau jumpa dia, kita putus kawan" Amerda menggunakan kuasa vetonya.
"Otak kau. Mati hidup balik pun benda tu tak akan jadi"
"Bagus!"
"Tak ni kau call ada apa?".
"Owh, apa tu Darris nak jumpa kau". Mata Nadra bersinar.
YOU ARE READING
Darris Arrayan
Romance"Wei, tadi aku lalu sebelah abang idola wei, Ya Allah hensem gilerrrrr!" -Nadra Aurose. "Kau ni, asal jumpa aku je cakap pasal abang idola kau, tapi bila aku tanya kau kata rahsia, cuba cakap siapa nama dia?" -Dellisa Amerda. Nadra Aurose; Bagi gadi...