"Sejujurnya, kami hanya berkawan rapat. Buat masa ni belum ada lagi perbincangan daripada hati ke hati. Tapi in syaa Allah, kalau ada berita baik kami akan kongsikan kepada semua" Darris menjawab segala persoalan dengan tenang."Jadi, gosip hangat yang disebarkan selama ini adalah palsu?"
"Yes, mungkin ada yang manusia yang tidak berpuas hati dengan kami. Tapi jangan risau, saya akan dakwa orang yang menyebarkan berita palsu tentang kami".
"Tapi betul ke Encik Darris dan Cik Nadra tiada apa-apa hubungan istimewa"
"Lepas ni mungkin akan jadi istimewa, kami masih mengenali hati budi masing-masing. Lagipun saya kenal Nadra dah lama. Dari zaman sekolah menengah"
'Tok Tok Tok' Ketukan pintu yang bertalu-talu mematikan lamunan Nadra. Nadra menilik jam tangannya.
"Ya Allah,dah lambat. Mak Jah, cakap dengan Darris sekejap!" Nadra mencapai shawl yang sudah siap digosok lalu dililit dengan laju.
"Lantak la nak serabai macam mana pun, jumpa Amerda je kot" Nadra mencapai handbagnya lalu turun ke tingkat bawah dengan tenang. Ye, dia masih berada di rumah Datin Ramona.
"Cepatnya siap" perli Darris.
"Sorry, dah lama ke sampai?" Soal Nadra sambil berdiri di sisi sofa yang diduduki Darris.
"Tak lama, ada la dalam 1 jam" Darris bangkit dari duduknya.
"Sorry again" Nadra menayangkan wajah serba salah.
"Ala Rose, Aris baru je sampai. Tak payah nak rasa serba-salah sangat" celah Datin Ramona yang turut berada di situ. Mata Nadra mencerlung ke arah Darris yang sedang tersenyum menang.
'Eii, nasib kau hensem. Kalau tak aku simbah dah air kopi 'o' Mak Jah'
"Dah la jom, Danny dah call banyak kali dah" Darris bergerak ke arah Datin Ramona.
"Mummy, Aris pergi dulu" pipi Datin Ramona dicium lembut.
"Jaga Rose" pesan Datin Ramona sambil menyambut huluran tangan Nadra.
"Okey mummy".
Suasana di dalam kereta Audi R8 milik Darris senyap. Tanpa bunyi radio, tanpa bunyi bebelan dan tanpa bunyi cengkering. Kereta ke kubur?
"Ehem, senyap je orang tu" perli Darris namun matanya masih fokus ke arah pemanduan.
"Takde topik nak dibualkan" jawab Nadra jujur.
"Hujung minggu ni ada nak ke mana-mana tak?" Soal Darris sambil memandang Nadra sekilas.
"Nak balik kampung la, lama dah tak jumpa parents aku".
"Owh"
"Asal tanya?" Soal Nadra sambil membetulkan posisi menghadap Darris.
"Ehem, ingatkan nak ajak kau lepak-lepak, tengok wayang ke apa ke" Darris membetulkan suaranya.
"Lain kali la, aku dah boleh gerak sorang kan?" Soal Nadra pandangannya ditumpukan sepenuhnya ke arah Darris.
"Suka hati kau la, kes kita pun dah senyap kan. So kau dah bebasla" Darris mengawal riak wajahnya.
"Yeay, boleh lama-lama dekat kampung" Nadra bersorang riang.
"Lama? Kau nak pergi berapa lama?" Soal Darris pantas.
"Dua minggu, boleh tak bossku?" Soal Nadra dengan suara sayu.
"Lama sangat tu, seminggu je la. Nanti mummy aku rindu kau kang susah" Darris berkata tanpa memandang wajah Nadra.
"Seminggu? Ala mana puas, banyak tempat nak bawa parents aku. Lama dah kita orang tak pergi jalan-jalan. Ish" Nadra memeluk tubuhnya dan pipi dikembungkan.
"Nanti aku fikirkan balik, kalau mood aku baik kau dapat la bercuti lama-lama. Tapi kalau tak, memang aku datang sana la heret kau balik" Darris berkata selamba.
"Okey, saya nak berdoalah supaya mood awak baik-baik sahaja" Nadra menadah tangannya dan suasana senyap seketika.
"Aik, lamanya baca doa?"
"Shht, panjang lagi ni doanya". Darris tersenyum nipis.
'Comel je budak kecik ni'
"La, awalnya sampai? Kata pukul 8 malam sharp di dah 9.30 malam. Aku bangga dengan kau Ris, sangat menepati masa" perli Danny sambil menepuk-nepuk bahu sahabatnya itu.
"Aku siap awal eh, bidadari sebelah ni yang lambat. Berangan kahwin dengan anak raja agaknya". Nadra menjulingkan matanya ke atas.
"Mana baby kita, Amerda o Amerda" Nadra melangkah masuk ke dalam rumah Amerda-Danny tanpa dipelawa.
"Kau tengok bakal bini kau tu, semberonoh je perangai. Aku belum suruh masuk" bisik Danny kepada Darris.
"Takpe, dia tak fake yang penting".
"Bila nak ke next step?" Soal Danny sambil menaik-naikkan keningnya.
"Just wait and see" Darris tersenyum sinis sebelum melangkah masuk ke dalam mahligai Danny-Amerda.
"Ha sama la tu dua-dua. Tuan rumah belum suruh masuk lagi!"
"Pergi mampus la kau, duduk luar sorang-sorang".
TO BE CONTINUE ❤🌈
SORRY LAMBAT
YOU ARE READING
Darris Arrayan
Romance"Wei, tadi aku lalu sebelah abang idola wei, Ya Allah hensem gilerrrrr!" -Nadra Aurose. "Kau ni, asal jumpa aku je cakap pasal abang idola kau, tapi bila aku tanya kau kata rahsia, cuba cakap siapa nama dia?" -Dellisa Amerda. Nadra Aurose; Bagi gadi...