Jika mata Nadra Aurose mempunyai laser sudah pasti syiling di biliknya sudah lubang kerana ditatap terlalu lama oleh gadis itu. Fikirannya melayang, masih memikirkan tentang masalahnya. Sudah dua malam dia menetap di rumah orang tuanya. Tiada tanda-tanda bahwa orang tuanya mengetahui bahawa dia mempunyai masalah kerana gadis itu pintar menyembunyikan masalahnya. Abang idolannya juga tidak lagi menganggunya, namun masih menitipkan beberapa mesej bertanya khabar.
Bunyi ketukan dari pintu biliknya menganggu lamunan Nadra. Badannya ditegakkan. Puan Nadia masuk ke dalam biliknya bersama senyuman nipis sambil menghulurkan handphone berjenama samsungnya kepada anak gadisnya itu.
"Ouh merajuk rupanya, patutlah lama dekat sini" Puan Nadia tersenyum tipis dan meninggalkan handphonenya bersama Nadra sebelum berlalu keluar bilik sambil menutup pintu bilik anaknya. Di permukaan skrin Puan Nadia tertera nama 'Aris', siapa lagi kalau bukan Darris Arrayan.
"Ye encik, saya minta maaf cuti tak bagitahu, lusa insyaAllah saya masuk kerja" Nadra sedar kesalahannya cuti tanpa khabar, panggilan dan pesanan jejaka itu juga turut diabaikannya.
"No it's okay, jangan letak call saya nak cakap sikit, are you okay Nadra Aurose? Aku buat salah apa? I can't sleep thinking about what I did to you, kalau aku ada buat salah, bagitahu aku. Janganlah buat aku tertanya-tanya, aku serba salah" lembut kata-kata yang dilemparkan Darris Arrayan kepada Nadra Aurose.
"Saya ada problem sikit, nanti lusa saya masuk kerja"
"Problem apa sayang, meh share dekat saya, mana tahu saya boleh tolong"
''Memang awak je boleh tolong saya"
"Takde pape, saya boleh handle sendiri, lusa saya masuk kerja, sorry encik, bye assalammualaikum". Belum sempat Darris hendak memberikan kata-kata terakhir gadis itu sudah menamatkan panggilan.
🌼🌼🌼🌼
End call yang tertera di telefon pintarnya ditatap lama. Memikirkan masalah apa yang sedang dihadapi pujaan hatinya itu sehingga tiada ruang untuknya bantu. Badannya direbahkan di atas katil. Syiling ditatapnya kosong. Matanya layu keletihan kerana tidak cukup tidur, namun fikirannya rungsing. Telefonnya dicapai, nombor sepupunya didail.
"Assalammualaikum Fal, kau dekat mana?". Naufal, adik ipar Nadra menjadi sasarannya kini kerana rumahnya berhampiran dengan rumah ibu bapa Nadra.
"Ouh, kau outstation eh"
"Ouh, okay saje tanya, ingat nak jumpa kau esok"
"Alright, assalammualaikum". Panggilan ditamatkan, jika diikutkan hatinya malam itu juga dia drive ke Batu Pahat, tapi jika difikirkan hubungan mereka yang masih belum ada kata putus dia batalkan dahulu hajatnya. Fikirannya terlintas nama 'Amerda' perlukah dia bertanya kepada gadis itu, mungkin Nadra sudah menceritakan masalahnya kepada gadis itu. Jam didinding dipandang, jarum pendek berada di angkat 12. Pasti gadis itu sudah dibuai mimpi, niatnya dibatalkan. Aplikasi whatsappnya dibuka, nama 'dakcik' dicari sebelum jarinya menaip.
'Goodnight, take care, find the best way to solve your problem. If you need me, let me know. I always there for you. Jangan diam lama-lama, rindu'-sent
Mata dipejamkan perlahan-lahan sebelum dirinya lenyap di dalam tidur. Yang diharapkan yang disana baik-baik sahaja.
🌼🌼🌼🌼
Nadra duduk bersantai bersama Puan Nadia di dapur sambil menjamah pisang goreng. Mat Salleh said 'tea time'. Kedudukan santai mereka menjadi kacau apabila Encik Aidi kelam kabut masuk ke dalam rumah.
YOU ARE READING
Darris Arrayan
Romantizm"Wei, tadi aku lalu sebelah abang idola wei, Ya Allah hensem gilerrrrr!" -Nadra Aurose. "Kau ni, asal jumpa aku je cakap pasal abang idola kau, tapi bila aku tanya kau kata rahsia, cuba cakap siapa nama dia?" -Dellisa Amerda. Nadra Aurose; Bagi gadi...