02 Again

4.5K 274 4
                                    


Nadra dan Datin Ramona jalan beriringan keluar daripada bangunan Mahkamah Tinggi Shah Alam.

"Terima kasih Datin, sebab percayakan khidmat saya" Nadra bersuara perlahan.

"Sama-sama, lagipun saya dengar awak bagi komitmen first class dekat client awak sebab itu saya pilih awak" Datin Ramona melemparkan senyuman manis ke arah Nadra.

"Saya pun masih belajar-belajar lagi Datin" jawab Nadra rendah diri sambil tersenyum tipis.

"Itu boleh diatur, tapi saya harap sangat saya dapat menang kes ni" sayu suara Datin Ramona.

Kes Datin Ramona berlaku sejak kematian arwah suaminya tiga bulan lepas, ibu mertuanya mahu seluruh harta peninggalan Dato Azlan jatuh ke tangannya tanpa satu sen pun boleh jatuh ke tangan Datin Ramona dan anak lelakinya kerana rasa benci Puan Sri Aminah terhadap Datin Ramona yang bukan menantu pilihannya.

"Dengan izin Allah, kita boleh menang kes ni, lagipun arwah Dato ada anak lelaki dan anak lelaki ada hak untuk tuntut harta peninggalan arwah"

"Cakap pasal anak lelaki kami, harini dia baru balik dari Dubai, apa kata kita pergi lunch sekali, boleh lah kita bincang sikit pasal kes ni" ajak Datin Ramona. Nadra menilik sekilas jam tangannya yang berjenama Gucci. Tepat jam 2.30 p.m.

"Saya minta maaf Datin, saya tak dapat join, sebab saya nak kena balik kampung, hujung minggu ni adik saya menikah, kena lah balik tolong-tolong" Nadra melemparkan senyuman nipis.

"Tak ada rezeki lah saya nak kenalkan Rose dengan anak saya" nada Datin Ramona sedikit perlahan.

"Lain kali lah Datin, nanti ada peluang boleh je kenal-kenal" Nadra bersuara dengan nada mengusik.

"Eh kejap, tadi awak kata adik awak nak menikah kan?" Soal Datin Ramona.

"Haah Datin, adik saya"

"Langkah bendul lah ni ya?" Datin Ramona mengusik Nadra.

"Jodoh belum sampai lagi lah Datin, nanti kalau ada, sampai lah kad jemputan kan office Datin" Nadra tersenyum kelat.

"Anak saya single lagi rasanya, nanti saya recommend kan awak dekat anak saya" Datin Ramona bernada ceria.

"Eh takpe Datin, taraf kita jauh sangat" Nadra menolak lembut.

"Haih Rose, saya tak pandang rupa paras atau pangkat kalau nak jadi menantu saya,cukup lah hatinya baik macam awak" Datin Ramona masih beria mahu bermenantukan Nadra, bukan sekali isu itu dibangkitkan namun sudah berkali-kali mahu sahaja Nadra berkata 'saya tunggu Abang Idola saya' eh.

"Okey lah Rose, saya dah lambat, ada lunch date dengan boy kesayangan, bye" pamit Datin Ramona sempat mereka berlaga pipi. Nadra mengeluh perlahan sebelum kakinya melangkah menuju ke arah kereta Mini Cooper merahnya.

🌼🌼🌼

Perkarangan rumah Encik Aidi sudah dipenuhi dengan beberapa buah kanopi dan beberapa orang penduduk kampung yang sedang memasang alas meja dan sarung kerusi.

Nadra melemparkan senyuman manis ke arah beberapa orang penduduk kampung yang tersenyum ke arahnya. Kakinya dihayunkan ke dalam rumah kampung yang agak luas itu.

"Assalamualaikum" Nadra memberi salam ke arah Cik Siah, Cik Da dan Puan Nadia yang sedang mengupas kulit kentang.

"Waalaikumsalam" serentak suara tiga wanita di hadapannya itu menjawab.

"Bertuah punya budak, kata sampai malam, ni petang dah sampai" Puan Nadia bersuara.

"Tadi keluar mahkamah terus gerak ke sini, tu yang sampai cepat" Nadra tersenyum menayangkan giginya yang rata.

"Dah pergi mandi sana, lepastu kat tudung saji tu ada makanan, makan" setegas-tegas Puan Nadia di lubuk hatinya dia masih seorang ibu yang penyanyang.

"Baik mak" Nadra melangkah masuk ke dalam biliknya, mujur di dalam biliknya sudah mempunyai bilik air.

Nadra mengenakan T-shirt hitam lengan panjang dipadankan dengan palazo berwarna soft pink serta tidung sarung berwarna hitam. Nadra membuka perlahan pintu biliknya. Hanya tinggal dua tiga orang penduduk kampung yang masih berada di perkarangan rumahnya.

"Cik Siah dengan Cik Da dah balik ye mak?" Soal Nadra sambil menceduk nasi masuk ke dalam pinggan.

"Haah, dah nak maghrib, malam nak datang lagi katanya" Puan Nadia mengambil tempat di sebelah Nadra. Ralit matanya Puan Nadia memerhati gerak-geri anaknya yang sedang menceduk lauk.

"Mak nak makan?" Soal Nadra lembut.

"Eh takpe mak dah kenyang, Nad makanlah" Puan Nadia hanya mencapai balang yang berisi keropok ikan.

"Hai Nadra bila sampainya?" Soal Encik Aidi.

"Pukul 5.30 tadi, ayah dari mana" Nadra menyalam tangan bapanya.

"Oh, ayah dari rumah Haji Dahlan, order ayam untuk majlis tu nanti" Encik Aidi turut melabuhkan punggung di sisi Nadra.

"Owh, jemput makan mak, ayah" sempat Nadra mempelawa sebelum sesuap nasi masuk ke dalam mulutnya.

Pinggan yang sudah licin Nadra cuci bersih. Punggungnya kembali didudukkan di kerusi meja makan.

"Mak dengan ayah ada nak cakap apa-apa ke? Muka macam serius je?" Soal Nadra pelik.

"Memang penting pun" laju Puan Nadia memotong.

"Apa dia yang penting sangat mak?"

"Macam biasa Nadra, kamu bila lagi? Adik kamu esok?" Soal Encik Aidi.

"Erm, nanti-nanti lah Nad cari, Nad kena handle satu kes besar ni, lepastu Nad janji Nad cari calon"

"Allah, budak bertuah ni, aku ingat nak bawa calon rupanya baru nak dicari calonnya" Puan Nadia sudah mengeleng-geleng kepalanya, nak kata anaknya tidak lawa, muka ala-ala Hanis Zalikha, nak kata selekeh, gaya ranggi ala-ala model, nak kata tak berduit, kerja peguam, haih lah anak dara.

"Eh, dah azan lah Nad masuk solat dulu" Nadra terus berjalan laju meninggalkan ibu bapanya yang sudah mula membangkitkan soal kahwin.

Setelah selesai solat Fardhu Maghrib, Nadra merebahkan tubuhnya di atas katil, kata-kata Puan Nadia pada bulan lepas terniang-ngiang di cuping telinganya.

"Nadra, umur kamu dah 27 tahun, bukan 17 tahun, kamu nak tunggu apa lagi, adik kamu yang 23 tahun tu pun dah nak kahwin hujung bulan ni, mak bukan apa, mak taknak anak mak sorang ni jadi andartu, mak tahu 3 bulan lepas adik kamu nikah kamu bawa calon kamu, kalau tidak mak sendiri yang carikan kamu calon!"

"Huish, kalau mak yang carikan calon entah sape-sape yang dia pilih nanti, tak boleh jadi ni" Nadra sudah mengeleng-geleng kepalanya laju. Baru sahaja mata Nadra mahu terlelap pintu biliknya dibuka dari luar.

"Erm, Kak Nadra, Mak Long suruh beli plastik untuk bungkus berkat" sergah Laila, sepupu Nadra yang berumur 15 tahun.

"Okey, kejap" walaupun badannya agak letih namun Nadra gagahkan juga dirinya untuk bangkit dari pembaringannya.

Promote

rjfdlh my leader my crush.

Darris Arrayan Where stories live. Discover now