27

409 37 2
                                    

Hari ini wajah Nadra Aurose sedikit ceria jika dibandingkan dengan tiga hari lepas, sapaan daripada rakan-rakan kerjanya juga dibalas ramah seperti biasa. Setibaanya di meja kerjanya seperti biasa begnya terus diletakkan di bawah meja dan kakinya dibawa ke pantri untuk membancuh air 'milktea' untuk Encik Darris Arrayan. Selesai membancuh air tersebut, Nadra terus menuju ke meja jejaka itu untuk meletakkan air tersebut.

Beberapa minit kemudian jejaka kacak yang merupakan 'bos'nya tiba. Nadra yang tadi sibuk menyusun jadual kerja Darris terhenti apabila tubuh jejaka itu berhenti di hadapan mejanya. Nadra mengangkat wajahnya dan tersenyum nipis, Darris membalas senyuman gadis itu dengan senyuman tawar dan berlalu ke mejanya, Nadra mencebikkan bibirnya, sedikit pelik dengan perupahan sikap jejaka itu.

"Harini half day, ikut aku" Suasana hening di ruangan kerja mereka berdua dipotong dengan ayat berbaur arahan daripada Darris Arrayan. Nadra yang sedang sibuk menaip memandang jejaka tersebut namun hampa kerana jejaka itu bercakap dengan kertas.

"Encik cakap dengan saya ke?" soal Nadra bingung.

"Yes". Sepatah sahaja perkataan yang keluar dari mulut jejaka itu. Nadra hanya mengangguk meng'iye'kan.

"Nadra, ada bawa apa-apa makanan tak?" soal Darris tiba-tiba. Kebiasaannya Nadra akan membawa makanan ringan seperti roti bakar atau sandwish tapi pagi tadi dia kesiangan jadinya tidak sempat untuk membuat makanan.

"Maaf encik, harini saya tak bawa bekal pula, encik lapar ke saya boleh ambilkan biskut ke roti dekat pantri tu" Nadra sudah bangun dari duduknya untuk mengambil apa-apa makan di pantri.

"No it's okay". Nadra kembali duduk, pelik dengan sikap abang idolanya itu. Darris menilik jam di pergelangan tangannya. Dia bangkit dari duduknya.

"Jom". Lagi sekali Nadra terpinga-pinga dengan arahan mengejut Darris.

"Ha? Pergi mana? Baru 10.30" bertubi-tubi Nadra menyoal.

"Solve our problem". Darris Arrayan bangun dari duduknya, coat hitam yang setia tersarung ditubuhnya dikemaskan. Pandangannya beralih ke arah pujaan hatinya yang terpinga-pinga.

"Let's go Nadra, kita takde masa". Nadra mencebikkan bibirnya sebelum mengekori langkah 'abang idola'nya yang sedikit 'tidak ramah' hari ini.

Suasana di dalam kereta Audi R8 milik Darris Arrayan itu sepi. Kata-kata manis yang sering bermain di bibir jejaka itu juga tidak ada. Janggal. Ya, itu situasi mereka berdua saat ini. Satu keluhan berat dilepaskan oleh Darris. Darris memberhentikan keretanya di bahu jalan. Kepalanya disandarkan di kerusi pemandu. Mata jejaka itu dipejamkan rapat sebelum satu keluhan berat dilepaskan.

"Kau tak percaya aku ke?". Soalan daripada Darris Arrayan membuatkan otak Nadra yang bercelaru itu sedikit berfungsi.

"Ha? apa maksud awak"

"Aku dengan dia tak pernah ada apa-apa hubungan dan takkan pernah ada apa-apa hubungan". Kening Nadra yang terbentuk cantik itu berkerut. Adakah Darris sudah tahu?

"Tapi gambar t...-"

"Kenapa taknak tanya aku dulu Nadra Aurose?". Nadra sedikit gementar apabila Darris menyebut nama penuhnya, marahkah jejaka itu kepadanya, bukankah seharusnya gadis itu yang marah?

"Saya taktau..."

"Saya taktau nak buat apa..."

"Saya minta maaf sebab tak tanya dulu...."

"Eh, tapi betul ke apa yang perempuan tu cakap, sampainya hati awak buat dia macam tu" Nadra baru sedar, ya ini bukan salah dia ini salah Darris, adakah jejaka itu sedang 'play victim?'.

"If I say yes? Kau maafkan aku tak?" Darris masih memejamkan matanya, suaranya masih tenang. Dahi Nadra sudah berkerut-kerut, permainan apa yang jejaka itu sedang lakukan.

"Saya okay je, awak bukan boyfriend saya pun, saya tak kisah pun, awak boleh je balik dengan dia lagi, mulakan semula, anggap jela saya ni macam takde, cepat pujuk dia kesian di sedih awak buat di macam tu, tak baik tau bagi harapan dekat perempuan, sampai hati awak tinggal dia macam tu je, cepat pujuk dia". Berkerut dahi Darris mendengar bicara panjang lebar daripada gadis pujaannya itu, tidak ada kah sedikit pun rasa sayang gadis itu terhadapnya sehingga dengan semudah itu dia menyuruh jejaka itu pergi ke perempuan lain.

"Are sure Nadra? Kau taknak tanya apa-apa?" Darris menyoal tanpa memandang wajah tenang Nadra. Ya, gadis itu adalah manusia paling tenang, wajahnya jarang mempamerkan reaksi.

"No it's okay, apalah saya ni tiba-tiba nak merajuk pula, macam takde kaitan pula, awak bukan boyfriend saya pun, kelakar kan, dahlah jom sambung kerja" Nadra melemparkan senyuman nipisnya, namun jauh di lubuk hatinya, sanggupkah dia melihat 'abang idola'nya bersama dengan perempuan lain. Darris mengeluh berat.

"She's my ex-classmate masa study dulu, that picture was our farewell ceremony"

"Diorang nak kenenkan aku dengan that girl"

"Gambar tu pun sebab game 'dare' yang kitaorang main masa majlis tu"

"Aku tak ada apa-apa perasaan pun dekat dia"

"Tapi classmate aku dulu adalah bagitahu aku that girl crush on me, tapi aku malas nak ambil kisah, aku datang sana nak belajar bukan nak bercinta"

"I don't know kenapa dia boleh serang kau tiba-tiba. Kau kena tahu aku dengan dia memang tak ada apa-apa hubungan dan takkan pernah ada apa-apa hubungan melebihi kawan"

"Kau pun tahu dari sekolah lagi aku dah ada hati dekat kau dan memang nak kau je, ingat aku main-main ke, aku serius Nadra tentang kita. Aku takde masa nak mempermainkan perasaan kau, aku ingat kau faham aku"

Nadra terdiam. Penerangan Darris cukup jelas, keputusannya pada dia. Percaya atau tidak. Jelas wajah kecewa jejaka kacak di sisinya itu.

"I'm sorry, saya takde maksud nak tuduh tapi saya overthinking, yela awak baru balik dari overseas mana lah tau dia memang girlfriend awak dulu. Tapi takpe saya percaya. Jangan marah saya, saya minta maaf" lembut Nadra berbicara sambil kepalanya menunduk sambil tangannya bermain dengan hujung blousenya.

"It's okay Nadra, aku tak minta banyak. Aku nak kau percaya aku je. Aku serius dengan kau. Mummy pun dah tahu pasal kita. Aku tak main-main" Darris melemparkan sedikit senyumannya. Alhamdulillah selesai. Dugaan nak membina masjid tidak mudah ya anak-anak muda sekalian.

"Hujung minggu ni jadi ke mummy awak nak datang?" soal Nadra polos.

"Mestilah jadi. Kalau boleh nak bawa tok kadi sekali, nikah terus senang" Darris tertawa kecil

"Ish main-main, sabar"

"Mana boleh sabar, dah lama tau tunggu"

"Mengadalah awak ni, dah jom balik office" Nadra pantas menukar tajuk perbualan mereka.

"Takpelah harini half day, kita pergi makan dulu lepastu cari cincin, okay kan?" cadang Darris.

"Makan tu setuju, cincin tu tak macam awal sangat ke? awak takde pun melamar saya, tak sweet betul" cebik Nadra.

"Lah nak sweet-sweet ke, kenapa tak cakap"

"Eh takdelah gurau jeee, jomlah saya lapar tadi pagi bangun lambat"

"Okay sayang, let's go"


TO BE CONTINUE....

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 15, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Darris Arrayan Where stories live. Discover now