10 PLEASE MOVE ON!

3.7K 251 7
                                    

Nadra duduk di birai katil bilik tetamu rumah Datin Ramona. Luas. Hanya itu yang mampu diungkapkan. Rambutnya yang basah digulung dengan tuala. Baju Datin Ramona tersarung kemas di badannya. Walaupun agak labuh, dia rela. Bak kata orang baju bakal mak mertua. Ahakks.



'TOK TOK TOK'


Bunyi ketukkan pintu mengganggu lamunan Nadra. Pantas dia mengambil shawl nya lalu diselempang biasa.

"Ya Mak Jah, ada apa?" Soal Nadra sopan. Mak Jah tersenyum nipis.

"Aris dah tunggu dekat bawah dia pesan suruh siap sekarang" Nadra melihat jam dinding yang terpasang di bilik itu. Baru pukul 9.30.

"Owh, terima kasih Mak Jah" Nadra menutup pintu bilik itu semula.

"Eleh, semalam kata pukul 12. Sembang betul la, nasib hensem".

Nadra membuka balutan tuala yang tersarung di kepalanya. Rambutnya disikat rapi sebelum diikat kemas. Inner-neck disarung sebelum melilit shawl di kepalanya.

Pintu bilik tetamu yang menjadi tempat tidurnya malam kelmarin ditutup rapat sebelum melangkah menuju ke ruang tamu di tingkat bawah.

"Lambat tiga puluh minit. Baru nak naik atas, ingat tenggelam dalam bilik air" Darris berkata sambil menaikkan kening kirinya sekilas. Nadra menilik jam tangannya. Mati. Nadra tersengih nipis.

"Sorry, tak perasan. Jam mati" Nadra mengaru dahinya yang tak gatal untuk menghilangkan kegusaran. Abang idola pandang kot.

"Owh. Dah la jom, kita dah lambat ni. Nanti client aku tunggu lama pula" Nadra pantas membuntuti langkah Darris.


🌼🌼🌼🌼


Suasana di Red Cafe agak tenang. Nadra memandang sekeliling cafe tersebut. Cantik. Ala-ala barat.

"Lawanya deco dia, ni kalau Darris melamar aku dekat sini conferm aku tak reject. Aikkk" desis hati Nadra sebelum ditepis kata-katanya.

"Kau pahal pukul-pukul mulut sendiri" soalan Darris mematikan lamunan Nadra.

"Takde pape, ada lalat tadi" Nadra tersenyum nipis.

"Kau ni serius ke lawyer? Macam giler je" soalan daripada Darris meruntuhkan hati Nadra.

"Perlu ke kena selalu pandang rendah kat aku"

"Saya selalu bela orang biasa-biasa je. Takde la yang hebat-hebat" Nadra berkata tenang.

"Owh, ye la kan. Kau kan giler, takkan nak bela orang-orang ternama pula" Darris tersenyum nipis. Niat hati mahu bergurau.

"Tak dia ni perlu ke macam ni, haa jangan sampai aku buang title abang idola yang kau pegang 10 tahun tau"

"Kita bual lagi lain kali, client aku dah sampai" Nadra turut bangkit berdiri apabila Darris berdiri.

"Sorry Arrayan, ada masalah sikit tadi" Darris hanya menayangkan senyuman sambil menyambut tangan Tan Sri Arsyad.

"It's okey lah Tan Sri, saya pun baru sampai" Darris mempersilakan Tan Sri Arsyad duduk. Tan Sri Arsyad memandang Nadra disebabkan gadis itu hanya menunduk daripada tadi.

"Eh, Cik Aurose. What are you doing here?" Soalan Tan Sri Arsyad  membuatkan kepala Nadra terus terangkat.

"Saya teman dia jumpa client, tak tahu pila yang dia nak jumpa Tan Sri" Nadra tersenyum nipis.

Darris Arrayan Where stories live. Discover now