Langsir diselak kecil. Tak ada orang. Tas tangan yang diletakkan di atas meja sebentar tadi diambil. Baru sahaja tombol pintu mahu dipulas bunyi deringan handphonenya kedengaran.Nadra tersenyum lebar sebelum menyambut panggilan itu.
"Ya" jawab Nadra malas namun dalam hati sudah melompat-lompat walaupun itu sekadar call daripada P.A Darris.
"Encik Darris pesan suruh Cik Nadra duduk rumah je harini....-".
Hancur!
Punah!
Berderai!
Berkecai!
Terbelah!
Terabur!
Bersepai!
Harapan Nadra mahu keluar daripada rumah setelah tiga hari berkurung.
"Cik-Cik dengar tak?" Suara daripada hujung talian meenyentakkan lamunan Nadra.
"Owh ha eh ha dengar" gagap Nadra membalas.
"Tapi Encik Darris kata, kalau nak keluar call dia. Nanti dia ambil". Nadra tersenyum kambing.
"Okey, apa-apa hal saya inform awak" talian ditamatkan oleh Nadra. Badannya direbahkan di atas sofa.
Again.
Rutin hariannya sejak peristiwa gosip mahal itu. Movie. Makan. Tidur. Repeat.
"Bosannya!" Nadra sudah seperti orang hilang akal. Terpekik terlolong.
"Nasib la kau tu abang idola aku. Kalau tak haih tak mampu aku nak maki kau" Nadra tersenyum sendiri. Angau!
'You just want attention,
You don't want my heart'Deringan daripada smartphone Nadra menganggu angauannya.
"Erm" jawab Nadra malas tanpa melihat nama pemanggil, tidak lupa juga untuk membuka loud speaker.
"Buka pintu, aku kat luar ni!" suara Amerda seperti mahu memecahkan gegendang telinga Nadra. Pantas handphonenya dicampak ke sisi sofa dan kakinya meluru ke arah pintu
"Perlu ke memekak, lonceng ada kan?".
"Sila periksa telinga anda! Aku dah tekan lebih tiga kali kau tau tak. Nasib baik kau jawab telefon kalau tak aku robohkan dah pintu rumah kau ni" jawab Amerda sebal sambil merempuh bahu Nadra sebelum menapak masuk ke dalam rumah tanpa dipelawa tuan rumah.
"Ada eh? Tengah berangan tadi. Maaf bukk" Nadra tersenyum lebar.
"Berangankan abang idolanya lah tu. Bila awaknya nak 'move on' ni?" Amerda mengeleng kan kepalanya tanda bosan kerana dia masih tidak tahu siapa lelaki malang yang bergelar abang idola sahabatnya itu.
"Tak nak 'move on' sampai bila-bila" Nadra menjelirkan lidahnya seketika.
"Aik, confidentnya anda. Sekali dia dah kahwin, menangis tak berlagu lah kau".
"Ha kau nak tau tak! Dia belum kahwin! Aku orang paling bahagia bila tahu benda tu. Kau tahu tak, dia hensem giler sekarang. Kacaknya ya ampun, kalah Shawn Mendes" Nadra sudah tersenyum lebar sambil membayangkan wajah kacak Darris Arrayan.
"Wow! So, kau dah jumpa dia lah ni?" Soal Amerda teruja. Akhirnya penantian sahabatnya itu tercapai setelah 10 tahun menanti.
"Baru-baru ni juga. Tapi masih tak boleh lupa sama itu abang idola, tak boleh lupa sama itu abang idola".
"Parah angau kau ni" Amerda sudah tersenyum tawar.
'Kesian Abang Aris' desis hati Amerda.
"Yang kau ni takkan nak berdiri sampai esok, maunya terberanak kat sini, habis aku kena libas dengan Danny" Nadra memimpin Amerda untuk duduk di atas sofa.
"Ni yang kau bersusah payah datang ni dah kenapa? Dengan perut saratnya lagi. Kalau nak beranak takkan aku yang kena jadi bidan terjun" bebel Nadra.
"Hantar aku pergi hospital la, macam tak boleh" Amerda menjulingkan matanya ke atas.
"Tak boleh. Aku cuti keluar rumah. Maklumlah sejak-sejak jadi buruan wartawan ni". Amerda sudah menayangkan wajah meluatnya.
"Maafkan beta, beta hanya bercanda".
"Lantak kau la Nad. Ni aku lapar, kau tak masak apa-apa ke?".
"Aku makan maggi cup je pagi tadi. Kau nak makan apa? Nanti aku masakkan".
"Mee goreng basah macam sedap" Amerda menayangkan sengihannya.
"Setengah jam lagi siap. Kau tengok la tv tu dulu" pamit Nadra. Kalau bab masak jangan risau, dia pro.
Nadra mengeluarkan semua bahan-bahan memasak. Lengkap.
"Nadra!!!" Baru sahaja Nadra mahu menghidupkan api, namanya dilaung kuat dari arah hadapan. Laju langkah Nadra menuju ke hadapan. Risau!
"Kenapa?".
"Perut. Perut aku sakit!" Rintih Amerda.
"Allah! Jap aku ambil kunci kereta" Laju Nadra berlari ke biliknya.
❤❤❤❤
Amerda sudah dimasukkan ke dalam wad bersalin. Nadra menepuk dahinya kerana lupa mahu menghubungi Danny, suami Amerda.
Bip Bip.
"Danny! Bini kau dah nak bersalin! HKL! Sekarang!" Tanpa menunggu jawapan Danny, Nadra terus menamatkan talian. Nadra perasan dirinya seolah-olah diperhatikan. Nadra pandang kanan. Tiada yang mencurigakan. Kiri? Allah, sekumpulan wartawan menuju ke arahnya.
Mampos kau Nadra!
Nadra bangkit, kakinya dibawa menuju ke arah lif.
"Ya Allah. Wartawan ni pun, nak kejar aku jangan lah time kawan aku nak beranak. Adu buat hallah".
Satu langkah.
Dua langkah.
Bukk.
Muka Nadra tersembam di dada seseorang dan hilang di dalam pelukan lelaki itu.
LELAKI!
"Lepaslah!" Jerit Nadra.
"Diam lah. Ikut aku!"
TO BE CONTINUE.
YOU ARE READING
Darris Arrayan
Romantizm"Wei, tadi aku lalu sebelah abang idola wei, Ya Allah hensem gilerrrrr!" -Nadra Aurose. "Kau ni, asal jumpa aku je cakap pasal abang idola kau, tapi bila aku tanya kau kata rahsia, cuba cakap siapa nama dia?" -Dellisa Amerda. Nadra Aurose; Bagi gadi...