Nadra mundar-mandir di dalam ruang kerja Darris. Sekejap ke sofa, sekejap menonton televisyen, sekejap betulkan tudung. Inikah kerja seorang P.A yang dimaksudkan Darris?
"Wei, aku bosan la takde kerja" Nadra memandang Darris yang masih fokus dengan kertas-kertas kerja di atas mejanya.
"Pergi la buat apa-apa, aku busy ni" Darris langsung tidak memandang wajah Nadra.
"Aku nak keluar boleh?" Baru sahaja tombol pintu hendak dipulas Nadra, Darris sudah mengunci pakai alat kawalan yang berada di mejanya. What.
"Lak, asal kunci?" Nadra membuat muka bosan.
"Tak payah keluar, pekerja aku kat luar tu semua lelaki" Darris menjawab tenang.
"Hek eleh, lelaki je. Bukan rimau" Nadra mencebik tak puas hati.
"No means no Cik Nadra Aurose" ringkas ayat Darris tanpa memandang wajah Nadra.
"Kau memang tak ada personal assistant ke sebelum ni?" Soal Nadra sambil memerhatikan Darris yang ralit menyemak kertas kerjanya.
"Tak" jawapan paling mudah dan ringkas daripada Encik Darris Arrayan. Nadra membaringkan kepalanya dia atas meja. Jam baru menunjukkan pukul 11.30 tengah hari. Ada lagi 1 jam sebelum lunch break.
Nadra bermain dengan handphonenya. Chatting bersama Amerda.
+ Mer, abang Aris kau ni kalau aku hempok pakai laptop kang, sia sia hidup dia 😷
÷ Wo, wo. Asal tiba-tiba kau nak hempok abang aris aku tu 😟
+ Dia suruh aku jadi p.a dia tapi dia tak bagi aku kerja 😴
÷ Ha ha ha. First day kerja kot, tu yang rilek-rilek je 😂😂
+ Otak awak first day, almost a week dude 🌚
÷ Wow, tak roger aku hek? Sampai hati awaknya. Nak majuk la. Dah la tak jenguk aku dengan baby lagi. Pai ati 💔💔💔💔
+ baby? Oh shit. Wei aku lupa serius lupa giler. Takpe nanti aku datang. Malam ni ke? Okey he? Sorry baby i lupa 😟😟
÷ Ye la dimaafkan. Ajak la abang Aris, bahaya kau pergi sorang malam-malam. Nanti ada yang ikut kang payah
+ Abang Aris kau eh? Erm nanti aku fikirkan.
"Kau chat siapa? Sekejap senyum sekejap kerut" teguran Darris mengganggu konsentrasi perbualan Nadra dan Amerda.
"Amer...-"
"Amer mana kau ni?" Soal Darris laju.
"Amerda le"
"Owh" Darris menilik jam di tangannya. 12.50.
"Jom lunch" Darris bangkit dari duduknya sebelum membutangkan butang coat navy bluenya.
'Ya Allah, kacaknya abang idola aku ni'
"La, ingatkan nak buat kerja sampai esok" Nadra memerli sambil menarik beg tangannya. Darris hanya menayang wajah selamba.
Red Cafe
Nadra mengelap mulut yang sedikit berminyak itu dengan tisu yang berada di meja itu. Air limau ais di hadapannya disedut rakus.
"Kenyang!" Nadra bersuara sedikit kuat.
"Amboi, sopan la sikit" Darris tersenyum nipis. Comel je budak kecik depan aku ni.
"Tak boleh, mak ayah aku kata kita kena jadi diri sendiri" Nadra menjelir lidah ke arah Darris.
"Up to you la Nadra" Darris membuat muka bosan.
"By the way, pukul 3.30 nanti kita ada sidang media, pasal scandel kita tu" Darris berkata tenang manakala Nadra sudah menunjukkan reaksi terkejut beruk.
"Sidang media? Wartawan? Kamera? Tanya-tanya soalan? Perlu ke? Ala seram" Nadra mengipas mukanya menggunakan tangan. Berdebar.
"Tenang-tenang je. Tak ada apa pun, kau diam je, diorang tanya baru jawab. Jujur je. Kita tak salah pun" Darris menyedut air tembikai dengan tenang.
"Tapi perlu ke sampai sidang media? Macam artis je" Nadra memandang tepat ke arah Darris.
"You know me, the most handsome young bachelor, love" Darris tersenyum nipis. Nadra terkaku seketika. Salah dengar ke.
"Aku akan jawab semua soalan diorang dengan jujur. About us, don't worry".
'Ya Allah, indahnya ciptaan mu. Perfect sungguh' Nadra terkaku menatap wajah tampan Darris.
"Nanti masuk tv ke?" Soal Nadra polos.
"Mungkin". Nadra sudah menayangkan wajah pasrah.
TO BE CONTINUE ❤
YOU ARE READING
Darris Arrayan
Romance"Wei, tadi aku lalu sebelah abang idola wei, Ya Allah hensem gilerrrrr!" -Nadra Aurose. "Kau ni, asal jumpa aku je cakap pasal abang idola kau, tapi bila aku tanya kau kata rahsia, cuba cakap siapa nama dia?" -Dellisa Amerda. Nadra Aurose; Bagi gadi...