"Sejenak ku termenung awan pun mulai murung tiada siulan-siulan, burung-burung...-" Nadra menyanyi perlahan sambil mengetuk-ngetuk stereng keretanya.
"Amboi lampu merah ni main kasar nampak, empat kali hijau pun aku tak lepas-lepas lagi ni" Nadra mengeluh sambil melemparkan pandangannya ke luar tingkap. Tiada apa yang menarik. Hanya barisan-barisan kereta yang menunggu turn mereka keluar daripada kesesakkan.
"Lima empat tiga dua, wei orang depan pantas la hak alaaaa. Fuhh nasib baik lepas" Nadra tersenyum bangga kerana dapat melepasi kesesakkan di lampu isyarat di bandar Batu Pahat itu.
"Bapak, mu tunggu, anakmu datang". Nadra memusingkan setereng keretanya memasuki perkarangan Hospital Sultanah Nora Ismail.
"Nasib baik cari parking tak susah" Nadra mematikan enjin keretanya. Tudungnya dikemaskan sedikit. Makanan yang dimasaknya awal pagi tadi dibawa bersama. Beg silangnya awal-awal lagi sudah disilang.
"Assalamualikum" Nadra membuka pintu wad yang menempatkan ayahnya. Senyuman ditayang ke arah Cik Gayah dan Pak Abu.
"Waalaikumsalam".
"Ni ke anak sulong kau Nadia?" Soal Cik Gayah.
"Haah ni la satu-satunya anak dara yang tinggal" Puan Nadia menjawab sambil memandang Nadra yang sedang tersenyum ramah.
"Amboi, lawanya bukan main. Ni kalau aku buat calon menantu ni, anak aku confirm tak reject" Cik Gayah memuji Nadra melambung-lambung.
"Entahla Gayah, aku malas nak paksa-paksa hal rumah tangga ni. Biarlah dia cari sendiri" Nadra menghela nafas lega.
'Ish makcik ni tak tau ke saya tunggu abang idola saya, nasib baik Mak saya bagi jawapan selamat'
"Nanti kalau agak-agak tak ada calon, cari aku. Aku ada tiga orang anak bujang, semuanya suruh aku carikan" Cik Gayah masih nampak mengharap.
"Yela Gayah".
"Aidi, aku rasa aku kena balik dah ni. Malam ni ada kenduri tempat Selamat, anak dia nak nikah. Nadia, minta diri dulu. Jom, Gayah" pamit Pak Abu.
"Kirim salam Selamat, aku tak boleh datang. Maaf" Encik Aidi tersenyum nipis.
"Takpe, kau tu jaga kesihatan. Nanti dah betul-betul sihat baru boleh datang kenduri-kenduri" Pak Abu ketawa kecil.
"Ada-ada je kau ni"
"Okey la, kami gerak dulu" Nadra menyalami tangan Cik Gayah sebelum mereka berlalu.
"Fuhh, nasib baik Mak jawab macam tu, kalau tak habisla Nad kena jadi menantu dia" Nadra menayang wajah lega.
"Kalau jadi menantu dia pun apa kurangnya, semuanya kacak, kerja pun bagus-bagus" puji Encik Aidi.
"Ayahhh!" Nadra memberikan pandangan tidak puas hati kepada Encik Aidi.
"Betul apa ayah kamu cakap" Puan Nadia menyokong kata-kata suaminya.
"Ish, Mak ni. Nad ada lagi sebulan lebih tau untuk cari calon suami" Nadra mempertahankan haknya.
"Eleh, ye ye je dapat calon dalam masa yang suntuk tu" Encik Aidi membuat muka tidak yakin.
"Ish Ayah dengan Mak ni tak support anak la" rungut Nadra.
"Eleh, sikit-sikit sentap" ejek Puan Nadia.
"Okeyla Mak Ayah, Nad nak turun kejap nak cari air. Sambil-sambil tu nak cari calon sekali, mana tau bakal menantu Mak, doktor" Nadra tersenyum gatal sebelum berlalu.
"Berangan!"
Nadra membeli tiga cup jagung kukus, dua air mineral, satu coklat cadbury, roti gardenia berperisa coklat dan jajan twisties berperisa cheese. Selesai membayar Nadra kembali mengatur langkah ke wad bapanya.
YOU ARE READING
Darris Arrayan
Romance"Wei, tadi aku lalu sebelah abang idola wei, Ya Allah hensem gilerrrrr!" -Nadra Aurose. "Kau ni, asal jumpa aku je cakap pasal abang idola kau, tapi bila aku tanya kau kata rahsia, cuba cakap siapa nama dia?" -Dellisa Amerda. Nadra Aurose; Bagi gadi...