Nadra memberhentikan keretanya di perhentian Machap untuk menunaikan solat Asar. Tudung bawalnya yang sedia rapi dirapikan. Baju kemeja berwarna putihnya juga turut dikemaskan. Kunci kereta dimasukkan ke dalam beg silangnya.Kaki dibawa menuju ke surau yang disediakan. Selesai menunaikan solat Fardhu Asar, Nadra menuju ke deretan kedai makan untuk mengisi perutnya yang sejak awal lagi sudah memainkan irama pop ye yeh.
"Bagi mee sup satu". Nadra berdiri di hadapan kedai kecil itu sambil menunggu makanannya siap.
"Bang nasi ayam satu". Nadra mengalihkan pandangan ke arah gerangan yang memesan makanan di sebelahnya. Oh, patutlah macam kenal.
"Sibuk je nak makanan dekat sini juga, sana kan ada banyak kedai lagi" Nadra mencebikkan bibirnya. Lama betul aney ni buat mee sup.
"Eh, ada signboard yang mengatakan aku tak boleh makan makanan yang kedai ni jual ke?" Sinis ayat Darris. Taknak kalah.
"Bang, berapa? Kira dengan dia punya sekali" Darris sudah mengeluarkan dompet kulitnya.
"RM7.00".
"Darris tak payah la, biar aku bayar" tolak Nadra sambil menyeluk duit di dalam beg silangnya.
"Takpe, dah bayar dah pun. Nak duduk mana?" Darris menaikkan keningnya. Semua meja kelihatan penuh.
"Sana ada dua kerusi" Nadra menghalakan jarinya ke arah meja couple. Ngam-ngam dua kerusi.
"Kau duduk la dulu. Aku order air, kau nak air apa? Kalini aku pula belanja" Nadra membuat muka tegas.
"Okey fine, erm teh ais satu" Darris melemparkan senyuman nipis sebelum berlalu ke meja yang kosong tadi. Nasib masih kosong.
"Teh ais siap. Let's eat".
Nadra tersenyum melihat cara Darris yang penuh tertib itu. Kalah perempuan cara dia makan.
"Apa pandang-pandang" Darris menaikkan keningnya apabila sedar dirinya diperhatikan.
"Tu comot" Nadra menjuihkan bibirnya. Tisu dihulur. Darris pantas mengelap mulutnya. Nadra tergelak kecil.
"Kau tipu aku kan" Darris mengecilkan matanya selepas melihat tisu yang dilapnya tadi. Tiada kesan kotor, minyak pun tiada.
"Rasa tertipu ke?" Nadra tersenyum sinis.
"Nadra, jangan pandang belakang" tegas nada suara Darris. Tiba-tiba.
"Kenapa? Ada apa? Asal?" Nadra sudah menayangkan wajah cuak.
"Aku kata jangan. Janganlah" wajah Darris masih serius tiada riak gurauan.
"Ala kenapa" airmata dah bertakung. Takut jink!
"Sebab jodoh kau ada depan kau". Darris galak mentertawakan Nadra. Suasana riuh di RnR itu langsung tidak menganggu suara jejaka itu. Nadra mengecilkan matanya.
"Satu sama" Darris tersenyum senget.
"Kuajaq" Nadra menjeling jejaka di hadapannya itu. Tajam!
"Auchh, tajam sungguh jelingan dinda. Bergetar jantung kanda" Darris memegang dadanya.
"Ish, malas layan" Nadra memandang ke arah lain.
"Eleleleh, comel je dia majuk" Darris mengecilkan suaranya.
"Darris, diam la. Budak kecik tu dari tadi tengokkan kita" Nadra menutup mulut Darris menggunakan tisu.
"Biarlah dia tengok. Mesti dalam hati dia kata 'ei, abang akak ni sweet betullah' kan" Darris masih galak mengusik Nadra.
"Darris, stop please" Nadra mengecilkan matanya.
"Ada mata-mata orang tua tu tau dekat sini" Darris menaik-naikkan kedua-dua belah keningnya.
"Serius? Habistu kita kena buat apa ni?" Nadra sudah menayangkan wajah kegusaran.
"Hey, chill la. Apa kata kita bagi diorang panas sikit" Darris tersenyum senget.
"Macam mana?" Soal Nadra, polos.
"Macam ni" Darris mengelap tepi bibir Nadra sambil tersenyum.
"Ha?" Nadra sudah mati kata.
"Percaya tak kalau lepas ni gambar kita tular" Sinis ayat yang dilemparkan Darris.
"Lepastu kita kena buat apa?". Buduh mu ni Nadra, banyak songeh.
"Kita cakap dekat media yang kita ak....-" belum sempat Darris mahu menghabiskan ayatnya handphonenya berdering.
"Okey kejap". Darris menjawab panggilan itu. Wajahnya sekejap berkerut, sekejap tersenyum sinis, sekejap bengang, sekejap senyum lebar. Komplikasi perasaan kah?
"Okay, anything just let me know" Darris menamatkan panggilan.
Nadra memandang wajah Darris.
Darris memandang wajah Nadra.
Masing-masing terdiam.
"Apa" Nadra memecahkan suasana janggal itu.
"Takde pape" Darris tersenyum. Lebar namun matanya masih tidak dilarikan daripada menatap wajah cantik di hadapannya itu.
"Okay".
"Kahwin jom"
"Hah?"
"Kahwin, jom"
Dahi Nadra berkerut.
"Tak kelakar Darris" pipi Nadra sudah berona merah.
"Aku tak buat lawak pun" wajah Darris masih tenang.
"Erm, aku nak solat maghrib. Bye". Darris tersenyum nipis sebelum turut bangkit menuju ke surau di perhentian itu.
Setelah selesai menunaikan solat maghrib Nadra berjalan pantas menuju ke keretanya. Taknak bertembung dengan Darris!
Dari jauh Darris tersenyum senget.
"Take time, crush"
To Be Continue.
Sorry for this short chapter.
YOU ARE READING
Darris Arrayan
Romance"Wei, tadi aku lalu sebelah abang idola wei, Ya Allah hensem gilerrrrr!" -Nadra Aurose. "Kau ni, asal jumpa aku je cakap pasal abang idola kau, tapi bila aku tanya kau kata rahsia, cuba cakap siapa nama dia?" -Dellisa Amerda. Nadra Aurose; Bagi gadi...