13 TAKE CARE

3.4K 244 11
                                    

Terkedek-kedek Nadra mengangkat bagasi hitamnya menuju ke ruang tamu. Peluh di dahi di lap sesaat sebelum kembali mengangkat bagasi tersebut. Berat !

"Ada roda sibuk-sibuk nak angkat, kalau kuat takpe juga, dah la lembik" Darris yang entah datang dari mana terus menyambar pemegang bagasi hitam Nadra dan terus mengheret selamba.

"Sukati kita la, sibuk je" balas Nadra selamba sambil membuntuti langkah Darris.

"Ha, melawan. Aku tak bagi kau balik kampung kang baru tahu" ugut Darris.

"Eh tak-tak, tak melawan dah" Nadra laju-laju menjawab.

"Tahu takut" Darris memarkingkan bagasi hitam Nadra di depan pintu rumah.

"Aunty, Rose pergi dulu" Nadra menyalami tangan Datin Ramona lalu memeluk tubuh  wanita itu.

"Jaga diri ye, hati-hati memandu. Aris kenapa tak teman Rose balik? Mummy risau la" Datin Ramona menyuarakan hasratnya.

"Aris sibuk la Mummy" Darris tersenyum tawar. Jika diikutkan hatinya mahu sahaja dia meneman gadis itu namun urusannya masih belum selesai.

"Eh takpe Aunty, Rose dah biasa dah balik sorang-sorang, lagipun 4 jam je takpe" Nadra tersenyum nipis.

"Kalau ada orang tahan ke apa jangan berhenti tau, call Aris ke call Aunty. Okey?" Datin Ramona masih berat hati mahu membiarkan gadis itu pergi.

"Boleh Aunty, jangan risau. Nanti dah sampai Rose call". Datin Ramona memeluk Nadra buat kali kedua.

Nadra mula melangkah membuntuti Darris yang menuju ke kereta mini coopernya.

"Hati-hati!" Laung Datin Ramona. Nadra hanya membalas dengan senyuman manis.

Nadra berdiri di sisi kereta sementara menunggu Darris memasukkan bagasinya di tempat duduk belakang. Pintu kereta ditutup.

"Terima kasih" ucap Nadra sambil tersenyum nipis.

"Sama-sama" balas Darris namun pandangannya dialihkan ke arah lain.

Nadra masuk ke dalam kereta. Darris masih beriak selamba. Nadra menurunkan tingkap.

"Bye" ucap Nadra tepat memandang mata Darris.

"Take care" jawapan Darris benar-benar membuat jantung Nadra berhenti mengepam.

'Tak jadi pergi la kalau macam ni, ei abang idola i lep you. Huarghahahah'

"Okey" Nadra menutup kembali tingkapnya sebelum keretanya perlahan-lahan hilang daripada pandangan mata Darris.

"Tengok-tengokkan dia" Darris menyampaikan sebaris ayat sebelum menamatkan talian. Kakinya dibawa menuju ke kereta Audi R8nya.




Nadra berhenti di perhentian Machap untuk makan tengah hari. Kini di hadapannya terhidang mee sup dan air teh 'o' ais limau.

"Cik, ada orang tak kat sini?" Fokus Nadra terganggu apabila ada satu suara mencelah.

"Sorry, depan ni ada orang tak? Meja lain semua dah penuh" lelaki yang sedang berdiri sambil menatang dulang itu tersenyum nipis.

"Owh takde, duduk la" Nadra membalas kembali senyuman lelaki itu sebelum menyambung semula suapannya.

Setelah selesai menjamu selera Nadra terus berlalu ke parking kereta. Sebelum itu sempat dia memeriksa telefonnya, mana tahu ada mesej penting. Namun hanya ada beberapa mesej yang kurang penting daripada DIGI. 💩.

Baru sahaja Nadra mahu menutup pintu keretanya. Ada satu tangan yang menghalang sambil tersenyum sinis. Zaqeel Hardy.

"Kau nak apa?" Soal Nadra sambil mengalihkan pandangannya ke arah lain.

"Kau" Zaqeel tersenyum senget.

"Bla la, aku nak tutup pintu" Nadra mahu menarik pintunya namun ditahan oleh tangan Zaqeel. Tubuhnya ditarik keluar kereta dan pintu kereta Nadra ditutup.

"Akhirnya, dapat juga kita berdua macam ni. Kan senang, tak payah aku nak berkasar dengan kau" Zaqeel tersenyum manis namun kelihatan pahit di mata Nadra dan semua orang.

"Kau nak apa lagi, aku penat la" Nadra mengalihkan pandangannya ke arah lain.

"Jawapan aku dari dulu sampai sekarang masih sama. Aku. Nak. Kau" sepatah-sepatah Zaqeel bersuara.

"Tapi aku tak nak kau. Kau tak faham bahasa ke?!" Marah Nadra sambil menolak tubuh Zaqeel yang semakin rapat ke arahnya.

"Wow, garang dah sekarang. Asal? Sebab kau dah ada jantan tu? Owh, yela dia kan banyak duit senang la kau nak kikis. Kan?" Sinis ayat yang dilemparkan Zaqeel.

"Aku tak hamak la duit orang. Kau ada duit, kau ada rupa, kau ada everything. Jadi, tolong berhenti ganggu hidup aku. Kau tak penat ke kejar benda yang kau tak akan dapat. Dulu boleh la, tapi itu dulu. Sebelum kau buat hal" lancar ayat Nadra tanpa memandang wajah Zaqeel.

"Wei perempuan. Kau nak aku ulang berapa kali yang aku tak buat apa-apa kat perempuan tu? Dia yang datang dekat sebelah aku lepastu lentuk-lentuk. Kau ingat aku hamak sangat ke kat dia. Aku nak kau. Aku tak nak orang lain. Please, bagi aku peluang. Aku rindu kau la sial!" Zaqeel mencengkam wajah Nadra sambil bersuara.

"Lepas la! Sakit" Nadra meronta-ronta minta dilepaskan.

"Kau tak ada sesiapa la kat sini. Jantan tu pun tak ada kat sini nak back up kau. So, jom la ikut aku balik. Kita akan bahagia macam dulu-dulu" Zaqeel memaksa Nadra jalan sambil mencengkam lengan Nadra. Kasar.

"Lepas la! Aku tak nak ikut kau! Bodoh! Tolong!" Nadra meronta-ronta minta dilepaskan.

"Takde siapa la nak tolong kau. Tu la lain kali parking tempat yang ada orang. Ni setakat dua tiga kereta. Kirim salam Neraka jela" Zaqeel bersuara seperti orang gila.

"Siapa kata tak ada orang tolong". Cengkaman tangan Zaqeel di tangan Nadra diputuskan dengan sekali tarikan.

"Encik, tolong saya. Dia gila" Nadra berdiri di belakang lelaki yang makan satu meja dengannya sebentar tadi.

"Adu! Bala la. Kat mana-mana ada pengacau! Bla la. Aku nak perempuan tu! Bagi balik" Zaqeel sudah bertindak seperti orang kurang waras.

"Kau kalau nak selamat duduk dekat Malaysia ni, better stay away from her dia dalam pemerhatian aku sekarang ni. Kalau kau tak nak merempat dalam penjara Kajang tu, baik kau pergi balik sekarang. Sebelum kaki aku ni hinggap dekat muka kau yang tak berapa nak kacak tu. Kau ingat eh, kau sentuh dia. Hospital kirim salam, kubur kata mari" sinis ayat yang dilemparkan jejaka itu.

"Argh! Kau siapa nak halang aku. Kau tak ada hak la sial" Zaqeel mahu menumbuk lelaki itu namun pantas tumbukan itu ditepis.

"Mudahnya serangan kau. Puih!" Lelaki itu meludah ke atas tanah sebelum mencengkam leher Zaqeel dari arah belakang.

"Aku polis. Selamat bermalam di penjara. Say bye to her sebab kau tak akan jumpa dia 20 tahun lebih kurang" lelaki itu tersenyum sinis sebelum mengari tangan Zaqeel.

"Woi! Lepas la" maki Zaqeel.

"Hati-hati memandu dan kirim salam Darris Arrayan" lelaki itu terus berlalu menuju ke kereta BMW hitamnya.


BERSAMBUNG...

Darris Arrayan Where stories live. Discover now