Bab 01

2.6K 136 30
                                    

Prangg!

Suasana kafe Belle Ame yang riuh-rendah menjadi sunyi. Rata-rata pelanggan yang ada terkejut dengan insiden yang berlaku di depan mereka sekarang. Tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba saja pasangan yang duduk di hujung sudut kafe bergaduh.

"Kenapa dengan awak ini? Tak boleh bawa bersabar ke? Malulah orang tengah tengok kita macam ini." Si wanita itu menarik tangan si lelaki untuk duduk semula.

"Biarlah orang tengok! Biar diorang tahu perempuan macam kau ini masih wujud dalam dunia. Perempuan murahan!"

Pelanggan lain yang mendengar terus menekupkan mulut. Ada yang mencemuh dalam diam, ada yang cuba merakam pergaduhan itu, ada juga yang tak mahu ambil tahu dengan apa yang sedang berlaku.

"Ap... apa yang awak cakap?! Saya perempuan murahan?!"

"Ya, kau ini murah! Depan aku, kau berlakon innoncent. Pijak semut, semut pun tak mati. Tapi belakang aku, kau macam ular yang melekat dekat badan mangsa kau!"

Wanita itu menahan seribu perasaan yang ada di dalam hati. Senang-senang saja maruahnya dipijak-pijak oleh pasangannya padahal sebelum ini, mereka tak ada sebarang masalah pun.

Kenapa tiba-tiba saja masalah berat macam ini timbul? Banyak kali dia cuba berbincang dengan lelaki ini tetapi pihak lelaki tetap juga menepis dan tak mahu menerima fakta sebenar tentang kejadian lama itu.

Dia pun ada akal dan hati. Ada perasaan yang sepatutnya dijaga oleh si suami. Tapi kenapa suaminya membuta-tuli menuduh dia dengan benda yang bukan-bukan dan benda yang dia tak buat?!

"Kalau itulah yang awak fikirkan tentang saya..." Wanita itu mengeluh berat.

Hatinya tekad. Dia tak mampu lagi bertahan dengan lelaki yang hanya pentingkan diri sendiri dan tak mahu berbincang dengannya. Dia letih dan pasrah dengan suaminya.

"Ceraikan saya."

Kata-kata itu bagai berdengung di dalam kafe. Pelanggan lain bagai menonton drama Akasia secara percuma. Tadi ada mulut-mulut yang mengutuk si isteri, sekarang ada pula yang menggelengkan kepala dan memberikan pandangan benci kepada si suami.

"Apa yang kau cakap?"

Wanita yang dari tadi hanya menundukkan kepala, menarik nafas dalam-dalam dan dengan penuh keberanian, dia mendongak ke arah suaminya. Pandangan yang dingin itu membuatkan si lelaki terkedu.

"Saya kata, ceraikan saya!" Wanita itu menjerit kuat.

Sekali lagi kafe itu sunyi sepi. Lelaki itu memandang tajam ke dalam anak mata wanita di depannya. Mahu mencari kejujuran di sebalik permintaan yang dia pinta.

Ya, dia nampak wanita itu tekad dengan keputusan itu. Ini adalah kali pertama isterinya melawan dan berani bertentang mata dengannya sepanjang mereka berkahwin.

"Kau dah berubah. Kau dah tak sama macam dulu. Semua ini sebab dia kan?!"

Wanita itu tergamam. Hilang kata-kata apabila lelaki itu masih menuduh rakannya sebagai punca dia berubah sedangkan lelaki itu sendiri tak sedar, kerana sikapnya yang tak serupa suami itulah yang menyebabkan wanita ini tawar hati.

"Tak ada kaitan dengan dia. Semua ini terjadi disebabkan kita berdua. Awak tak pernah hormat saya sebagai seorang isteri sedangkan saya junjung awak ibarat raja dalam keluarga ini. Saya akan bawa Qaleesya dengan saya. Sepanjang kita berjauhan, saya nak awak fikir betul-betul tentang tindakan awak dan saya bagi awak peluang untuk berubah. Tapi, kalau awak masih sama juga macam sekarang, I will see you in the court."

NURIN | 2 [c]Where stories live. Discover now