Bab 21

1.2K 103 1
                                    

Kereta diparkirkan di hadapan kafe Belle Ame. Dah lama dia tak datang ke sini. Sibuk sangat dengan kerja-kerja di Isma Holding sampai kafe sendiri terabai. Nasib baik Kak Lia ringan tangan untuk membantu Nurin dalam mengendalikan kafe ini.

Dulu, Nurin tak dapat bergerak bebas dan perlu sentiasa ada di pejabat. Sekarang, tak lagi. Dia sudah letak jawatan dan jawatan tersebut sekarang diberikan kepada kawan baik ayahnya, Dato Taufiq. Syarikat Isma Holding bergabung dengan syarikat TNA Holding.

Dato Isma masih menjadi pemegang saham terbesar di dalam syarikat Isma Holding manakala Nurin pula bersih dari sebarang rekod berkaitan Isma Holding. Dia tak mengharapkan apa-apa pun selepas apa yang terjadi.

Dato Ishak dipenjarakan selepas terbukti bersalah dalam penyelewengan duit syarikat dan penyalahgunaan kuasa. Rumahtangga lelaki itu dengan Puan Latifah juga sudah tamat, mereka bercerai sebelum Dato Ishak dimasukkan ke penjara.

Baguslah... semua sudah kembali seperti biasa. Dato Isma semakin sihat dan mula fokus melakukan aktiviti kerohanian bersama Mak Jah dan Puan Mawar di kampung.

"Cik Nurin!" Atit menjerit gembira, menyambut ketibaan bos besar. Nurin melambaikan tangan kepada Atit. Dia labuhkan punggung di depan kaunter bersama Atit dan Adam yang menyambut kedatangannya dengan senang.

Kak Lia yang muncul dari dapur terus memeluk Nurin. Rindu yang teramat kepada wanita itu. Matanya memeriksa seluruh badan dan muka Nurin. Nurin ketawa melihat wajah kerisauan Kak Lia.

"Saya okay, Kak."

Jawapan tenang Nurin membuatkan Kak Lia memeluknya sekali lagi. Lemah jantung mereka bertiga apabila berita tentang Nurin beredar di dalam Facebook. Bila tengok depan-depan, barulah rasa lega sedikit.

"So... sepanjang saya tak ada dekat kafe ini, ada apa-apa perubahan ke?" Nurin menongkat dagu sambil memandang muka tiga pekerja kesayangannya.

"Sama aje,Cik Nurin. Kalau ada pun, untung rugi setiap bulan. Oh, satu lagi!" Atit muncungkan mulut ke arah Adam yang sedang mengelap gelas dengan tuala kering di depan mereka.

Tangan cekap membuat kerja, telinga pula fokus mendengar perbualan mereka.

"Kenapa dengan Adam?" Nurin pelik. Kak Lia dan Atit tersengih-sengih mengalahkan kerang. Kerang pun tak sengih macam mereka berdua.

"Adam sekarang dah ada..."

"Assalamualaikum."

Salam yang diberi dari belakang membuatkan mereka berpaling. Seorang wanita muda berdiri gementar. Kepalanya tertunduk memandang lantai kayu. Jenuh terteleng kepala mereka nak melihat wajah wanita tersebut.

"Cik ini... Cik Nurin Ardina kan?" Berhati-hati wanita itu mengajukan soalan.

"Ya, saya. Kita pernah berjumpa ke sebelum ini?"

Nurin cuba mengingati semula wajah wanita di depannya. Berlesung pipit, alis kening yang terbentuk elok, bertubuh kecil. Hm... rasanya dia pernah nampak wanita ini tapi dia tak ingat bila dan di mana.

"Cik Nurin." Atit memanggil. Dia bisikkan sesuatu kepada Nurin dan masa itu, Nurin teringat akan sesuatu.

Dialah wanita yang bergaduh dengan suaminya dulu sehingga Nurin terpaksa campur tangan untuk meleraikan pertikaman lidah suami isteri itu.

"Saya orangnya, Adel." Adel jawab ringkas apabila Nurin menoleh ke arahnya.

"Saya minta maaf, saya tak ingat. Awak nak beli apa-apa ke?" Nurin bertanya tapi Adel menggelengkan kepala.

"Sebenarnya, saya ada benda nak cakap dengan Cik Nurin. Berdua saja."

Kak Lia, Atit dan Adam terus mengundurkan diri apabila mereka mendengar hujung ayat itu. Tahulah mereka yang wanita itu mahukan privasi. Adam ke dapur bersama Kak Lia, manakala Atit pula pergi mengelap cermin di luar kafe.

Nurin pelawa Adel duduk di hujung kafe, tempat kegemaran pelanggan yang mahukan masa berseorangan. Suasana menjadi agak serius apabila Adel masih diam dan teragak-agak untuk menceritakan sesuatu kepada Nurin.

"Saya... saya dah bercerai dengan bekas suami saya."

Nurin anggukkan kepala. "Okay, saya tak tahu samada saya patut ucapkan tahniah atau..."

Adel ketawa pendek. Hatinya berdebar-debar. Berdepan dengan Nurin untuk menceritakan hal yang lebih serius bukan salah satu dari keinginan dia tapi dia terpaksa juga.

"Peguam yang bantu saya adalah Encik Irsyad." Adel curi pandang ke arah Nurin. Dia mahu melihat reaksi muka wanita itu tapi Nurin kekal tenang dan sedia mendengar.

"Sejak minggu lepas, saya tak dapat menghubungi Encik Irsyad. Mungkin sebab dia dah block saya."

Nurin berpeluk tubuh. Dua hari lepas, dia cuba menghubungi Irsyad tetapi panggilannya tak berjawab. Dia tanya Haris, Haris pun tak dapat hubungi Irsyad sekarang ini.

"Puan Adel, awak boleh berterus-terang dengan saya. Apa sebenarnya yang awak nak bagitahu saya?" Nurin tanya. Tangan sudah turun ke meja, mungkin Adel takut dengan postur tubuh Nurin yang tampak dingin dan garang.

"Sebenarnya, saya tahu hubungan Encik Irsyad dan Cik Nurin. Tujuan saya berjumpa dengan Cik Nurin bukan kerana saya nakkan Encik Irsyad. Tak, bukan itu niat saya."

Kepala Nurin anggukkan saja. Dia masih tak faham, apa sebenarnya isi utama Adel mahu katakan. Soal hubungan mereka berdua, memang tak ada sesiapa pun yang tahu. Bercinta ke berkawan ke, itu hanya Nurin dan Irsyad yang tentukan.

"Saya rasa, ada orang cuba apa-apakan Encik Irsyad."

"Maksud awak?"

Adel menghelakan nafas panjang sebelum dia menceritakan dari A sampai Z kepada Nurin. Air yang dihidangkan daripada penuh, kini tinggal suku saja. Nurin mendengar dengan serius.

"Masa saya pergi ke pejabat dia, saya tengok kereta Encik Irsyad penuh dengan lumpur. Saya terkejut dan saya nak bagitahu Encik Irsyad tapi dia tak benarkan saya masuk ke dalam pejabat. Saya sendiri tak tahu kenapa."

Sampai sekarang, Adel masih tak tahu apa salah dia sehingga dia tak dibenarkan langsung untuk berjumpa dengan Irsyad. Jangankan Irsyad, Sofia pun dia tak boleh jumpa. Mulanya, dia berfikiran positif.

Mungkin kerana insiden yang berlaku bulan lepas, mereka berdua menjadi lebih berhati-hati tapi Adel perasan sesuatu yang aneh. Abangnya sentiasa mengarahkan dia untuk mendekati Irsyad.

Bila Adel tanya, abang dia kenal ke dengan Irsyad? Jawapan dingin yang dia terima. Abang Adel pula memang seorang yang perahsia. Adel buat tak endah saja dengan abangnya. Mungkin lelaki itu rasa Irsyad calon yang sesuai sebagai pengganti Hadi tapi Adel tak pula fikir macam itu.

Dia sudah serik berada di sisi lelaki. Biarlah dia menikmati hidup bujangnya sehingga dia puas. Kalau hati mendambakan kasih sayang seorang lelaki, barulah dia buka hatinya untuk mana-mana lelaki yang layak.

"Saya risau dengan keselamatan Encik Irsyad."

"Kenapa awak bagitahu semua ini dekat saya?" Nurin tanya.

Soalan itu membuatkan Adel tersedak ketika dia sedang menghirup airnya. Tisu diberikan kepada Adel. Mata wanita itu terus menggelabah, terkelip-kelip dengan laju.

Setakat ini, apa yang Nurin faham adalah keadaan Irsyad yang bagai dipantau oleh seseorang yang mereka tak kenali. Tapi apa pula kaitannya dengan Nurin? Macam mana Adel tahu tentang hubungan Nurin dan Irsyad? Kenalan rapat saja yang tahu tentang hubungan mereka.

"Saya duduk serumah dengan abang saya buat masa sekarang. Tiga hari lepas, saya terdetik nak kemas bilik kerja dia dan bila saya masuk..."

Adel menelan air liurnya. Bulu romanya meremang apabila dia teringat semula keadaan bilik kerja abangnya.

"Gambar Cik Nurin dengan Encik Irsyad tergantung di papan kerja dia."

Badan Nurin terus keras di depan Adel. Jantungnya berdegup kencang. Ada sesuatu yang tak kena sekarang ini. Kenapa abang Adel boleh tahu tentang mereka berdua?

"Si... Siapa nama abang awak, Adel?" 

NURIN | 2 [c]Where stories live. Discover now