Bunyi deringan telefon pejabat diangkat dengan pantas. Sebelah tangan menyemak isi dokumen yang akan diberikan kepada Nurin, sebelah tangan lagi mencatat tarikh untuk mesyuarat bersama syarikat lain. Aidil tak sempat duduk, dia ke hulu kemudian ke hilir.
Sangat sibuk sampaikan dia termengah-mengah. Memandangkan majlis perasmian untuk pembukaan cawangan baru di Johor Bahru semakin dekat, dia serta staf lain semakin sibuk dan kerja makin bertimbun.
Tengah dia ralit menjawab panggilan orang, Dato Ishak menerpa masuk ke dalam pejabat dengan muka garang. Lelaki itu nampak serabut dan tak terurus.
"Dato! Dato tak boleh masuk ke pejabat Cik Nurin." Aidil menghalang.
"Kenapa pula aku tak boleh masuk?! Kau siapa nak halang aku?!" Dato Ishak jerkah.
Beberapa orang staf yang ada di situ laju membantu Aidil menghalang Dato Ishak daripada berjumpa dengan Nurin. Walaupun dia dihalang, Dato Ishak tetap berkeras mahu berjumpa dengan Nurin.
"Kau suruh perempuan tu keluar sekarang! Kurang ajar! Berani dia masuk campur dalam urusan rumahtangga aku! Nurin, kau keluar sekarang!" Dato Ishak mula menjerit.
Pintu pejabat dibuka dan Nurin berdiri di depan lelaki itu dengan muka kosong. Belum sempat mulut berkata apa-apa, Dato Ishak menarik Nurin masuk ke dalam dan mengunci pintu pejabatnya dari dalam.
Jujur, Nurin rasa gugup apabila dia melihat muka Dato Ishak. Dah macam orang gila! Tapi dia kena kekal tenang dan bijak mengendalikan situasi sekarang.
"Apa tujuan Dato datang ke sini?"
"Apa tujuan aku? Kau cakap dengan aku sekarang, apa sebenarnya tujuan kau tunjuk semua gambar-gambar itu dekat isteri aku?!"
Nurin tersenyum sumbing. Bingit telinga dia mendengar Dato Ishak menjerit-jerit sedangkan dalam pejabat ini, hanya ada mereka berdua sahaja. Tangan diletakkan ke belakang dan Nurin berjalan perlahan-lahan ke arah Dato Ishak.
"Dato sepatutnya bersyukur, saya tak dedahkan gambar-gambar itu dekat media."
Dato Ishak terdiam. Mata Nurin dipandang dalam-dalam. Betullah kata isteri dia, wanita di depannya ini tak gentar dengan Dato Ishak. Dia tak sama seperti Isma yang sentiasa mengalah dengannya.
"Saya buat semua itu sebab saya fikir Puan Latifah adalah orang yang paling berhak tahu benda ini melainkan orang lain. Saya cuba selamatkan dia daripada lelaki macam Dato."
"Kau..." Dato Ishak mula naik tangan tapi Nurin langsung tak berganjak dari tempatnya. Senyuman sumbing yang menghiasi wajah kecil Nurin berubah menjadi serius.
"Saya dah bagitahu Dato dulu, jangan sesekali cabar saya. Saya tak teragak-agak untuk balas balik apa yang Dato dah buat. Dato burukkan nama saya, buat cerita yang menjatuhkan nama saya dan Dato Isma tapi pernah tak Dato terfikir? Orang awam akan percaya ke apa yang Dato kata?"
Nurin ketawa pendek. Dia dekatkan mukanya ke tepi telinga lelaki itu.
"I hope they do believe your rumours but it turns out... they don't."
Nurin menghantarkan isyarat kepada Aidil yang sedang memerhati mereka berdua dari luar. Muka Aidil jelas menunjukkan dia bimbang dengan keselamatan Nurin.
Call him. Itu isyarat yang Nurin berikan di belakang Dato Ishak dan Aidil menganggukkan kepala. Dia segera menelefon Dato Isma.
"Ha.. haha... hahahaha!" Dato Ishak tiba-tiba ketawa dengan kuat.
Tangannya mula terketar-ketar, nafas lelaki itu mula terdengar kasar dan mata lelaki itu merah dan hilang fokus.
"Sekarang aku tahu, kenapa Salina nak kau mati, Nurin."
YOU ARE READING
NURIN | 2 [c]
Short StoryNurin - Tak perlu diceritakan lagi tentang dirinya. Pada mata orang luar, mereka mencemburui kehidupan Nurin yang serba mewah tetapi itu semua hanyalah taktik untuk mengaburi orang luar. Selepas Datin Salina dipenjarakan, kehidupan Nurin menjadi b...