Bab 02

1.5K 107 1
                                    

"Nurin Ardina!"

Nurin yang berehat di katilnya terus duduk tegak apabila mendengar suara nyaring memanggil nama penuhnya. Siapa saja yang akan memanggil dia begitu melainkan...

"Yana!" Nurin menyambut ketibaan Yana di depan pintu bilik dengan muka penuh gembira. Yana memandang dia dengan geram.

Jangan ingat dia tak tahu insiden yang berlaku di kafe semalam. Baru tiga hari dia tak ada di kafe, macam-macam benda berlaku. Kalau dia ada penyakit darah tinggi, dah lama dia dimasukkan ke hospital.

Yana bercekak pinggang di hujung katil. Mahu saja dia mencubit Nurin sekarang ini. Geram bila dia teringat semula rakaman CCTV kafe yang dia lihat sebelum dia datang ke rumah Nurin.

Selamba saja rakannya itu hunuskan pisau ke muka pelanggan. Nasib baik tak ada sesiapa yang merakam adegan berbahaya itu dan masukkan ke mana-mana laman sosial.

"Kau tahu tak, tindakan kau itu bahaya?" Yana tanya.

"Tahu."

"Kalau kau tahu, kenapa kau buat juga? Kalau pisau itu tertusuk masuk dalam biji mata dia, macam mana? Siapa yang nak tanggung?"

Nurin mengusap hujung dagunya.

"Aku lah, siapa lagi?"

Yana ketawa tak bernyawa mendengar jawapan Nurin. Ya... kau yang tanggung tapi siapa yang akan terkena tempiasnya kalau bukan aku?! Ugh, Nurin!!

Nurin perhatikan muka stress Yana. Gadis itu terlampau fikirkan sangat dengan insiden lepas.

Nama pun insiden lepas, dah tak ada makna untuk mereka bincangkan lagi. Apa yang Nurin tahu, lelaki itu tak akan muncul semula ke kafenya dan wanita itu juga rasanya dah buat laporan polis dan failkan penceraian.

"Rilekslah, weh. Benda dah lepas. Sebab aku tahu pisau itu takkan tertusuk dalam mata dialah, aku buat. Unless aku sendiri yang sengaja nak biarkan pisau itu masuk dalam mata dia. Lagipun dia itu kurang ajar sangat, tak ada respect dekat isteri dia dan aku sebagai tuan kafe itu."

Yana angguk kepala mendengar Nurin ceritakan apa yang berlaku. Dalam rakaman CCTV itu tak ada suara, Yana hanya boleh melihat saja. Sekarang dia tahulah kenapa rakan baiknya itu bertindak macam itu.

"Apa-apa pun, jangan cuba buat benda macam itu lagi. Jantung aku ini hampir gugur bila aku tengok kau main dengan pisau macam itu! Kalau ayah kau tahu.."

Papp! Nurin menampar lengan Yana.

Laju dia menoleh ke arah pintu biliknya yang terbuka luas. Risau kalau Dato Isma mendengar perbualan mereka berdua. Yana mencebik apabila melihat Nurin menggelabah.

Dengan ayah sendiri, tahu pula takut. Dengan orang lain, sedap hati saja nak tusuk biji mata orang.

"Dato Isma tak ada dekat rumah. Dia pergi buat lawatan tapak dekat Selayang."

Nurin tarik nafas lega. Dia tak mahu Dato Isma dengar atau tahu tentang insiden lepas. Nanti lelaki itu akan mencari pasangan suami isteri itu kerana mengganggu ketenteraman kafe anaknya.

Badan dibaringkan semula ke katil. Sejak dua tiga hari ini, badannya letih kerana urusan kafenya. Ada yang mahu gunakan servis katering, ada yang mahu menempah kafe untuk menyambut ulangtahun. Dan semua itu berlaku dalam minggu yang sama.

"Yana, aku bosanlah. Aku nak keluar tapi aku letih. Aku nak makan sedap-sedap tapi aku tak ada selera. Aku nak tengok drama tapi aku tak tahu nak tengok drama apa."

Yana ikut berbaring di sisi Nurin. Dia juga melepaskan keluhan panjang.

Apa lagi cadangan yang sesuai sekarang ini buat mereka? Seorang letih kerana kafe, seorang lagi letih kerana baru balik dari business trip.

NURIN | 2 [c]Where stories live. Discover now