Kafe Belle Ame.
Dari luar nampak tenang dan penuh dengan pelanggan tapi sebenarnya, jangan disangka kafe yang tenang itu tak mempunyai paparazzi. Nurin merengus geram apabila membaca mesej yang pekerjanya hantar tadi.
Cik Nurin, diorang ada lagi dekat kafe... - Atit
Selepas kejadian minggu lepas, hampir setiap hari kafe mereka dihuni dengan paparazzi dan media. Mereka datang ke kafe ini semata-mata kerana mahu berjumpa dengan Nurin dan menyerang Nurin dengan soalan mengenai keluarganya dan kejadian di kafe yang tersebar di dalam media sosial.
Walaupun tanpa bukti kukuh, mereka tetap datang ke sini untuk mendapatkan kenyataan daripada tuan empunya badan.
Tak ada kerja betul diorang ini! Nurin menggelengkan kepala.
Ikutkan hati, dia mahu balik ke rumah semula tapi dia masih mempunyai banyak kerja melibatkan kafe ini, dia tak boleh balik. Boleh saja dia suruh pekerjanya hantarkan segala dokumen dan fail yang dia perlu semak tapi mereka tak pernah dipanggil masuk ke dalam bilik kerjanya di tingkat atas.
"Masuk sajalah, Nurin. Bukannya kau tak biasa dengan semua ini."
Kaca mata hitam disarungkan. Enjin kereta dimatikan. Tas tangan diselitkan di bawah ketiak. Nurin melangkah masuk ke dalam kafe miliknya dengan penuh yakin dan seperti yang dia jangkakan, baru selangkah kakinya menjejak lantai kafe, dia terus dikerumuni dengan media dan paparazzi.
"Cik Nurin, boleh bagi komen tentang kejadian yang berlaku minggu lepas?"
"Macam mana dengan keadaan Datin Salina sekarang?"
"Hubungan Cik dan Datin Salina masih keruh?"
"Cik, betul ke gosip mengenai hubungan Cik Nurin dengan Rayyan, artis baru yang sedang meningkat naik sekarang ini?"
Nurin menghela nafas kasar. Dia menanggalkan kaca matanya dan meniliti setiap muka yang berada di depannya sekarang ini. Jari runcing itu mengira berapa ramai orang yang sedang berada di depannya. Tangan disuakan kepada pihak media bagai meminta sesuatu.
"Pass card."
Pihak media memandang pelik ke arah Nurin. Pass card? Apa benda itu? Mereka saling berpandangan sambil menggaru kepala.
"I mean... surat kebenaran. Ada tak?" Nurin tanya lagi.
Mereka semua tidak menjawab. Nurin menggelengkan kepala sebelum dia selamba mengeluarkan telefonnya dan mula menekan sesuatu di skrin. Ramai yang beria-ria mahu melihat apa yang dia lakukan. Jurukamera mengambil peluang untuk menangkap gambar Nurin dikerumuni pihak media.
"Saya bagi masa selama lima minit untuk keluar dari sini. You guys are disturbing my customers here." arah Nurin.
"Ala, cik Nurin. Kami susah-payah datang sini, bagilah kerjasama sikit."
"Betul! Bukannya senang kami nak jumpa dengan cik Nurin. Asyik tak ada dekat kafe. Tiga hari team saya datang sini tau!"
Pihak media merungut, tak puas hati dengan layanan yang Nurin berikan. Walaupun ada yang mengutuknya dengan nada perlahan tapi Nurin dengar.
Sombong. Berlagak. Bajet bagus.
Apa lagi? Semua jenis ayat carutan dia dengar tapi wanita itu kekal dengan postur muka tenang. Sepatutnya orang yang mencarut sekarang ini adalah Nurin selaku tuan kafe ini.
Datang sesuka hati ke kafe orang, buat bising, menganggu orang lain yang datang ke sini untuk makan dan minum. Inilah yang orang panggil, tak beradab.
YOU ARE READING
NURIN | 2 [c]
Short StoryNurin - Tak perlu diceritakan lagi tentang dirinya. Pada mata orang luar, mereka mencemburui kehidupan Nurin yang serba mewah tetapi itu semua hanyalah taktik untuk mengaburi orang luar. Selepas Datin Salina dipenjarakan, kehidupan Nurin menjadi b...