Bab 07

1K 94 0
                                    

Matahari pada pagi ini bagai berpihak dengan Nurin. Ah, tenang saja paginya hari ini apabila dia melihat sinaran kuning di langit. Tak terlampau panas dan tak juga terlampau sejuk. Sedang-sedang.

Pagi tadi, selepas solat Subuh, Nurin mendapat mesej daripada Irsyad. Lelaki itu mengajak dia untuk makan sarapan bersama. Terketar-ketar juga tangannya mahu membalas pelawaan Irsyad memandangkan ini kali pertama lelaki itu mengajaknya keluar.

Hanya sarapan. Apalah sangat...

"Aku pelik dengan hubungan kau dan Irsyad. Kau kata kau tak bercinta tapi korang selalu mesej. Korang tak bercinta tapi bila jumpa, malu-malu singa. Haa, macam mana itu?"

Terngiang-ngiang suara Yana bertanya. Nurin tak ada jawapan untuk soalan itu. Lagipun, bab-bab begini memerlukan keputusan daripada dua pihak. Nurin tak mahu perasan sendiri, jadi dia ikutkan saja apa yang akan berlaku.

Kalau jodoh dia adalah Irsyad, dia terima seadanya. Andai Irsyad bukan yang terbaik, dia akan terima takdir itu dengan hati dan minda yang terbuka. Mereka pun bukannya muda lagi nak bercouple macam orang muda sekarang ini.

Lampu trafik bertukar merah. Nurin ambil kesempatan untuk melihat telefonnya, mungkin ada mesej yang dia tak baca lagi memandangkan dia tengah memandu sekarang ini.

Nurin, I am so sorry. Klien aku nak jumpa aku pagi ini. Urgent. Next time, the treats is on me. - Irsyad

Hampa. Dia hanya membalas okay dan emoji peace di akhir ayat. Jangan tunjuk sangat yang dia kecewa sebab tak dapat bersarapan dengan Irsyad. Dia sendiri tahu kerja Irsyad memerlukan banyak kesabaran.

Lampu trafik kembali berwarna hijau. Nurin mengambil laluan ke syarikat Isma Holding. Kalau tak dapat bersarapan dengan Irsyad, dia boleh pergi bersarapan dengan Dato Isma.

******

Sejak Nurin menjejakkan kaki di lobi syarikat Isma Holding, tak ada satu pun mata yang tidak memberikan pandangan sinis kepadanya. Ke mana saja dia melangkah di dalam bangunan itu, pasti akan ada bisikan yang menyapa telinga dia.

Kenapa dengan semua orang? Pertama kali nampak aku dekat sini ke?

Nurin tak kerap datang ke syarikat ayahnya melainkan dia ada urusan penting atau Dato Isma sendiri mahu berjumpa dengannya. Inikan syarikat Dato Isma, lelaki itu pula ayah Nurin. Jadi dia tak nampak sebarang masalah sekiranya dia datang ke sini.

Sampai saja di hadapan meja setiausaha Dato Isma, Nurin menyapa dengan mesra.

"Selamat pagi, Aidil!"

"Eh, Cik Nurin! Bila Cik sampai? Kalau saya tahu Cik nak datang tadi, saya dah sambut Cik dekat ruangan lobi lagi." Aidil mengambil bungkusan nasi lemak yang Nurin belikan untuknya.

"Tak apa. Saya datang sini nak ajak Dato sarapan. Dato ada?"

"Ada. Dia tengah menikmati air kopi buatan saya." Aidil tayang muka bangga.

Dengan Nurin, dia rasa sangat selesa memandangkan Nurin melayan dia seperti ahli keluarga. Walaupun dia adalah anak ketua syarikat, Nurin tak pernah sombong dan bermegah dengan statusnya.

Dek kerana mulut dan hati busuk orang, nama Nurin diburuk-burukkan. Dalam syarikat ini, sepuluh jari tangan tak cukup untuk mengira manusia yang talam dua muka dengan keluarga Dato Isma.

Di depan ketua mereka, Dato Isma disanjung-sanjungkan. Bila ketua mereka berpaling ke arah lain, mulut automatik mengutuk dan menghina orang yang memberi peluang untuk mereka mencari rezeki halal.

NURIN | 2 [c]Where stories live. Discover now