Bab 08

1K 93 0
                                    

"Kenapa ayah tak bagitahu Nurin?"

"Kalau ayah bagitahu kamu, kamu akan setuju dengan cadangan ayah?"

"Ayah... soal setuju atau tak itu, letak tepi dulu. Nurin nak tanya ayah, kenapa ayah tiba-tiba boleh terfikir untuk lantik Nurin yang tak tahu apa-apa pasal syarikat gantikan tempat ayah?"

"Sebab ayah percayakan anak ayah."

Nurin mengeluh. Dia sendiri dah tak tahu berapa kali dia mengeluh di depan Dato Isma. Perbincangan mereka tak akan ke mana-mana selagi Dato Isma tak menjawab soalan-soalan Nurin dengan lebih serius.

Sedari tadi, Dato Isma menjawab acuh tak acuh. Nurin buntu, dia nak tahu sebab Dato Isma bertegas mahu menjadikan dia sebagai CEO sedangkan rata-rata staf di syarikat itu protes dengan cadangannya.

"Nurin tak boleh ambil jawatan itu, ayah. I am not the right person."

Surat khabar yang dibaca dilipat lambat-lambat. Dato Isma tahu Nurin tak akan semudahnya terima cadangannya dan dia juga tahu Nurin bukan seorang wanita yang tidak berpegang kepada kata-katanya.

No means no.

"Sekarang biar ayah tanya kamu. Kamu takut?"

Nurin gelengkan kepala.

"Kalau tak takut, kamu layak pegang jawatan ayah."

Nurin menguak rambut panjangnya ke belakang. Syarikat Isma Holding adalah satu-satunya harta dan aset yang penting untuk Dato Isma tapi bukan untuk Nurin. Dia boleh hidup tanpa syarikat tersebut.

"Kamu sebenarnya risau dengan staf-staf dalam syarikat itu kan?"

"Macam mana ayah tahu?"

Dato Isma ketawa nipis. Ya, dia sudah tua tapi matanya masih tajam dalam menganalisis situasi yang sedang berlaku di dalam syarikat dan dia juga peka dengan reaksi daripada orang ramai.

Dia hanya mahu menguji kekuatan 'pokok' yang utuh. Dari mata kasar, hubungan antara majikan dan staf di setiap bahagian tampak ceria dan positif tapi bila ada kemelut yang melanda, dia boleh lihat identiti sebenar setiap orang di dalam syarikatnya.

"Kamu ingat ayah akan senang-senang lepaskan jawatan ayah kepada orang lain? Syarikat itu ayah bina sejak tahun 90-an lagi. Susah-senang untuk teruskan kemajuan syarikat ini hanya ayah yang rasa. Orang lain yang ada dengan ayah hanya menumpang kegembiraan dan kesenangan ayah selepas ayah lalui detik-detik pahit sendirian sebelum ini."

"Nurin faham. Sebab itulah Nurin nak ayah cari betul-betul orang yang sememangnya layak untuk jawatan itu." Nurin masih tak mengalah.

Dia akan mendesak Dato Isma sehingga lelaki itu berputus asa dalam menjadikan dia sebagai CEO Isma Holding. Dia tak mahu terikat dengan tanggungjawab dan bebanan yang lebih berat dari apa yang dia ada sekarang.

"Kenapa ayah tak serahkan jawatan ayah dekat Dato Ishak?"

Mata Dato Isma mencerlung memandang anak perempuannya. Dia menghela nafas yang panjang dan berat.

"Dia tak layak."

Nurin bersandar di sofa. Nampaknya dia tak perlu risau tentang orang tua itu memandangkan Dato Isma juga sehaluan dengannya apabila melibatkan hal-hal berkaitan orang tua gila kuasa itu.

Mereka senyap, melayan perasaan masing-masing. Kepala Dato Isma kusut dengan situasi syarikatnya sekarang. Selepas mesyuarat diadakan tiga hari lepas, rata-rata ahli BOD membuat surat protes. Ini semua kerana Dato Ishak.

Lelaki itu secara diam-diam melancarkan perang dengan dia. Dato Isma tak ada sesiapa melainkan setiausahanya, Aidil dan Nurin. Disebabkan itu, dia perlukan kerjasama daripada Nurin.

"Baik, kalau kamu tak nak pegang jawatan itu, ayah akan tarik balik cadangan ayah tapi ayah ada satu syarat."

Senyuman penuh misteri diberikan kepada anak perempuannya. Dato Isma yakin, keputusannya kali ini adalah keputusan terbaik buat situasi sekarang.

"You have to be my bullet, Nurin Ardina."

******

Pang! Meja kerja ditampar dengan kuat.

Geram... dia betul-betul geram dengan Nurin dan Isma! Anak-beranak sama saja, berlagak macam mereka itu manusia paling hebat dalam dunia ini!

Kalau bukan kerana status keluarga antara dia dan Isma, dah lama dia musnahkan hidup lelaki itu. Nak pula status mereka sebagai adik beradik sudah lama diketahui orang. Ishak berada dalam posisi bahaya andai terjadi apa-apa kepada Isma sepanjang peralihan jawatan lelaki itu.

Hampir dua belas tahun dia menjadi kuli batak Isma tetapi lelaki itu sedikit pun tak melihat jasanya dalam membangunkan syarikat ini. Anak lebih penting daripada abang sendiri. Huh, pergi mampus!

Aku kira apa... Anak ke, anak saudara sekalipun...

Aku yang layak menggalas jawatan itu lebih dari sesiapa pun!

"Jangan ingat aku main-main, Isma. Aku tak akan mengalah selagi aku tak dapat jawatan itu. Tak ada sesiapa yang boleh halang aku untuk dapatkan apa yang sepatutnya menjadi milik aku!"

Pintu yang diketuk dari luar mengejutkan Dato Ishak. Lelaki itu menukar postur kedudukannya dan berdehem sebagai isyarat membenarkan pekerjanya masuk ke dalam pejabat.

"Dato, ini laporan mingguan yang Dato perlu semak dan tandatangan. Dokumen ini pula adalah surat pengesahan tapak di Petaling." Setiausaha menyerahkan dua dokumen sulit di atas meja kerjanya.

"Macam mana dengan situasi sekarang?"

Dato Ishak bertanya sambil menyemak helaian demi helaian surat pengesahan tapak. Mila cuba memproses semula soalan yang diajukan.

"Maaf, Dato. Saya tak berapa faham dengan soalan Dato. Situasi apa yang Dato maksudkan?" Mila bertanya kembali.

Keluhan pendek dilepaskan. Lembap!

"Pasal Isma lah! Berapa ramai ahli BOD yang dah hantar surat protes dekat dia? Takkan itu pun kau tak tahu? Otak letak dekat mana? Lembap mengalahkan siput!"

Mila menahan segala herdikan dari majikannya. Segaris senyuman tetap dilayangkan kepada Dato Ishak walaupun dalam hati, dia dah maki berbakul-bakul.

"Setakat yang saya tahu, tujuh orang ahli BOD dah menghantar surat protes kepada HQ, Dato. Dato nak saya hantarkan juga surat itu ke?"

"Tak perlu. Aku akan jadi orang terakhir yang menghantar surat itu."

With my own hands!

Dato Ishak tersenyum sinis.

Sekarang baru kau sedar, Isma. Tak semua orang sukakan kau dan akan pertahankan kau macam dulu. Kali ini, aku yakin semua orang termasuk orang yang kau paling percaya berpaling tadah daripada kau.

NURIN | 2 [c]Where stories live. Discover now