Bab 22

1.2K 101 0
                                    

Pagi-pagi lagi Nurin sudah berada di depan pejabat guaman Irsyad. Dia tahu lelaki itu akan datang ke tempat kerjanya walaupun dia mempunyai masalah sendiri. Dia tak akan abaikan pekerjaannya semata-mata kerana diganggu oleh orang lain.

Dari pukul enam pagi, Nurin menunggu di dalam kereta. Apabila dia melihat guard membuka kunci pintu depan pejabat, Nurin keluar dari kereta dan menunggu lelaki itu tiba.

Tepat jam tujuh pagi, Irsyad tiba bersama dengan seorang wanita muda. Mereka berbual macam biasa dan nampak rapat di mata Nurin. Tak, ini bukan masanya untuk kau tanya siapa wanita itu dan apa hubungannya dengan Irsyad.

Bukan waktu yang sesuai, Nurin!

"Encik Irsyad, cuba tengok itu! Mata saya tak tipu saya kan?! Betul ke apa yang saya nampak itu?" Sofia menjerit-jerit di tepi Irsyad sambil tangan ditunjukkan ke arah Nurin yang sedang menunggu di tangga.

Wajah Irsyad berubah keruh apabila dia bertentang mata dengan Nurin. Dia perlukan masa untuk bersendiri dan memberi kata noktah kepada perasaannya yang masih bercelaru.

"Cik Nurin Ardina, kan? Saya peminat nombor satu Cik! Nama saya, Sofia. Ini peguam rujukan saya, Encik Irsyad." Sofia menghulurkan salam kepada Nurin dan wanita itu menyambut salam dengan senyuman manis.

Irsyad berjalan terus dan tak endahkan Nurin di sisinya. Sofia juga ditinggalkan bersama Nurin. Dia naik ke pejabatnya dahulu. Di dalam lif, dia berperang dengan keinginan hati.

Kenapa Nurin datang ke sini? Dia pun dah tahu ke tentang video yang Irsyad dapat? Atau mungkin, Nurin nak cakap tentang benda lain? Argh, hati! Apa kena dengan kau ini?

Mana satu yang kau nak sebenarnya?!

Briefcase diletakkan ke atas meja dengan perasaan geram. Tali leher yang dililit kemas dilonggarkan semula. Serabut Irsyad dibuatnya macam ini.

Ketukan dari pintu kaca dipandang tajam. Wajah kecut Sofia menjengah pandangannya.

"Yes, Sofia. Awak nak apa?" Irsyad bertanya dengan malas. Dia duduk bersandar di kerusi sambil jari memicit ubun dahi.

"Err... Cik Nurin nak jumpa dengan Encik Irsyad. Dia kata, ada benda penting yang dia nak bincang dengan Encik Irsyad." Sofia sampaikan pesanan Nurin kepada peguam dingin itu.

Keluhan dilepaskan sebelum Irsyad bangun untuk berjumpa dengan Nurin. Di lobi, dia mengajak Nurin untuk berbincang di tempat yang lebih tertutup yakni bilik mesyuarat peguam yang kosong, tak digunakan untuk hari ini.

Mereka berdua senyap, melayan perasaan masing-masing. Nurin tertanya-tanya, kenapa Irsyad bersikap dingin dengannya? Irsyad pula, masih melawan perasaan di dalam hati.

"Make it fast. Aku ada banyak kerja." Irsyad berkata, langsung tak memandang wajah Nurin.

Hati Nurin terguris apabila dia dilayan begini. Dia datang ke sini untuk bagitahu perkara penting kepada lelaki itu, bukannya saja-saja nak berbual kosong. Ada sesuatu yang dia sembunyikan daripada Nurin.

"Kenapa dengan awak ini, Irsyad? Saya call awak, tak dapat. Saya datang berjumpa dengan awak, awak layan saya macam ini. Kalau ada masalah, awak boleh bagitahu saya."

Irsyad berpeluk tubuh. Dan kalau masalah itu berkait dengan Nurin, macam mana wanita itu akan membantu dia? Macam mana?

"Cuba awak bagitahu saya. Kenapa awak layan saya macam ini? Apa salah saya sampai awak jadi dingin dengan saya?" Nurin tanya lagi.

"Kau datang sini bersebab kan? Now, tell me. Jangan bazirkan masa aku." Irsyad mengelak. Dia masih tak bersedia untuk berbincang tentang video itu. Hatinya masih berbolak-balik.

Nurin mengetap bibirnya. Dia renung mata Irsyad, lelaki itu betul-betul tak suka dia ada di sini. Mata yang selalunya memandang Nurin sekarang ini beralih ke sana sini untuk menghindari pandangan Nurin.

"Macam mana saya nak bagitahu awak benda ini kalau awak sendiri nak, tak nak saja layan saya? Saya tak faham kenapa awak jauhkan diri daripada saya, Haris dan Puan Mawar. Diorang call awak pun tak dapat."

"Telefon aku rosak. Puas hati?"

Nurin tergamam. Sungguh dia tak tahu siapa lelaki yang ada di depannya sekarang ini. Dingin, tak berperasaan. Apa sebenarnya yang dah berlaku?

"Irsyad.."

Irsyad mula rasa rimas. Dia tak suka bila didesak begini saat fikirannya masih terbeban dan tak menjumpai jalan penyelesaian. Hati dan perasaannya bagai tsunami yang membadai jiwa lelaki itu.

"Look, Nurin. Kalau kau dah habis bercakap, aku rasa kau boleh balik. Aku dah bazirkan masa dengar kau tanya aku macam-macam soalan."

"Irsyad!" Nurin marah.

Kalau Irsyad keras kepala, Nurin lagi keras kepala. Dia tak akan beralah selagi dia tak mengetahui punca lelaki itu berubah sebegini. Irsyad ikut terkejut apabila dia dimarahi oleh Nurin.

"Fine! Kau nak tahu sangat kan?"

Tangan diselukkan ke dalam poket. pendrive yang dia terima dulu diserahkan ke dalam tangan Nurin.

"Dalam pendrive ini, ada jawapan untuk soalan kau. Bila kau tengok isi dalam pendrive ini, kau sendiri akan tahu kenapa aku layan kau macam ini, Nurin."

Suara Irsyad terketar-ketar. Nurin memandang wajah lelaki itu. Banyak soalan yang dia mahu tanyakan tapi mulutnya seakan-akan terkunci.

"Irsyad..."

"Dalam pendrive itu, ada video insiden kau dengan Dahlia dulu."

Nurin memandang pendrive di tangannya. Video insiden? Memori pahit itu bagai diputar semula di dalam kotak ingatan Nurin.

Tapi... Azam sendiri kata yang pihak polis tak jumpa dashcam dari kedua-dua kereta. Macam mana pula Irsyad boleh ada video itu?

"Kalau kau ada dekat tempat aku, perasaan kau pun akan mula bercelaru. Kau akan tertanya-tanya, kenapa? Bila hati dah mula sayang, kenapa benda ini timbul semula?"

Irsyad mengetap bibirnya, cuba menahan perasaan kecewa yang bersarang di hati.

"Sekarang, aku tak tahu samada aku tak layak untuk kau atau kau yang tak layak untuk aku, Nurin."

Luahan perasaan Irsyad menyentap hati Nurin. Dia datang ke sini dengan niat untuk memberitahu Irsyad tentang apa yang Adel bagitahu dia semalam tapi lain pula yang jadi.

"Sebab itu, aku jauhkan diri daripada kau. Aku nak tahu, perasaan yang aku ada untuk kau ini atas dasar cinta atau hanya simpati, Nurin." Irsyad mengeluh.

Nurin cuba menahan air matanya daripada keluar. Dia tak mahu nampak lemah di depan lelaki itu untuk kali ini. Apa yang Irsyad kata, lelaki itu maksudkan yang dia perlukan masa.

Kalau itu yang dia minta, Nurin akan bagi dengan hati yang terbuka.

"Ambillah sebanyak mana masa yang awak perlukan, Irsyad. Apa pun keputusan yang awak buat nanti, tolong bagitahu saya. Saya tak nak tunggu awak macam orang bodoh sedangkan awak dah teruskan kehidupan awak."

Nurin berlalu pergi dari situ. Berat hatinya meninggalkan Irsyad sendirian sedangkan dia mahu membantu lelaki itu menyelesaikan misteri yang sedang berlaku.

Mungkin ini yang terbaik, Nurin. Kau tak perlu sibukkan diri kau dalam masalah dia, kau cuma perlu cari siapa pemilik video rakaman ini.

Pendrive di tangan digenggam erat. Sampai di dalam kereta, Nurin menelefon Yana dan Azam serentak.

"Aku nak minta tolong korang." 

NURIN | 2 [c]Where stories live. Discover now