Bab 26 [Fin.]

2.5K 157 15
                                    

Setahun kemudian...

Lautan yang terbentang luas menjadi salah satu pemandangan kegemaran Nurin. Cuaca yang redup ditemani dengan bunyi ombak yang menyegarkan deria pendengarannya. Ah, tenangnya dia rasakan sekarang ini.

Bila duduk bersendirian, Nurin mula mengimbas kembali detik-detik sukar yang dia pernah lalui dahulu. Daripada dia keluar dari rumah keluarganya, susah-payah membina kafe Belle Ame, bergaduh dengan keluarga tirinya dan saudaranya, hampir mati sebanyak dua kali.

Dia masih bersyukur kerana Tuhan masih berikan dia peluang untuk hidup dan berbakti buat keluarga. Dato Isma sekarang makin sihat, dulu dia perlu membawa tongkat. In case, dia rasa penat dan tak larat berjalan, dia beli tongkat siap-siap sebagai pembantu sokongannya.

Dato Ishak dan Aiman... Nurin mengeluh.

Sudah setahun lebih mereka dimasukkan ke penjara. Aiman disahkan menghidap depresi yang sangat teruk dan memerlukan masa yang lama untuk pulih. Dato Ishak pula masih ada sepuluh tahun lagi sebelum dia dibenarkan keluar dari penjara.

Siapa sangka, dia mampu bertahan sehingga sekarang? Dia sendiri kagum dengan kesabaran dirinya yang selama ini dia tak pernah tahu. Namanya, Nurin Ardina tak lagi menjadi buah mulut orang ramai.

Nurin kini hanyalah orang biasa yang sedang menikmati kehidupannya bersama orang tersayang. Bahu Nurin sengaja dilanggar oleh seseorang. Sirap ais yang dibawa dari dalam hotel diberikan kepada Nurin.

"Tengah melayan perasaan ke?" Irsyad bertanya.

Nurin ketawa nipis. Kening dijongketkan tinggi.

"Awak rasa?"

"Hm... kalau awak tak melayan perasaan, mungkin awak tengah fikirkan pasal saya?" Irsyad tersenyum sambil mendabik dada. Nurin ketawa sambil gelengkan kepala.

Mereka berdua bersama-sama menikmati pemandangan yang jarang dapat dilihat di bandar Kuala Lumpur. Perlahan-lahan Nurin melentokkan kepalanya di bahu Irsyad. Irsyad juga merehatkan kepalanya di atas kepala Nurin.

Lama mereka melayan perasaan masing-masing, suara bingit Yana merosakkan mood mereka. Dari jauh, mereka boleh dengar Yana menjerit sakan di dalam hotel.

"Kadang-kadang saya tak nak mengaku Yana itu kawan saya."

"Sebab itu saya selalu layan dia macam stranger." Irsyad sambung.

Mereka berdua ketawa. Sebelum Nurin sempat bangun, Irsyad menghulurkan tangannya kepada Nurin. Nurin tersenyum malu. Sikap gentleman itu masih tak berubah walaupun mereka berdua sudah bertukar status.

"Oh, saya ada benda nak bagi dekat awak." Nurin mengeluarkan sesuatu daripada beg tangannya. Sepucuk surat dan sebuah kotak diberikan kepada Irsyad sebelum dia berjalan menuju masuk ke dalam hotel.

Irsyad membuka dan membaca surat yang Nurin bagi.

Roses are red,

Violet are blue,

I am having a baby,

And the father is YOU!

Mata Irsyad terbeliak luas apabila dia membaca surat itu. Kotak yang belum dibuka, dia buka dengan pantas. Ini... po.. positif? Dou... double line?! Maksudnya... Irsyad menekup mulutnya.

Allahuakbar, biar betul?! Dia berlari masuk ke dalam dewan hotel dan mencari kelibat Nurin. Ramai tetamu yang sudah balik ke bilik masing-masing dan yang ada di dewan sekarang ini adalah kenalan rapat mereka sekeluarga.

Nurin yang berada di sebelah Dato Isma mengemam bibirnya. Dia rasa kelakar melihat muka terkejut Irsyad.

"Irsyad, kau ini dah kenapa? Macam cacing kepanasan aje, aku tengok." Haris menegur. Irsyad meminta izin untuk menyeberangi ke sebelah sana dimana Nurin berada.

Tangan Nurin diraih dan digenggam erat. Nurin anggukkan kepala, memberi kebenaran kepada Irsyad untuk mengumumkan berita yang bakal mengejutkan semua orang.

"Dengar sini, semua. Saya pula yang berdebar." Irsyad berdehem beberapa kali. Tekak terasa kering apabila dia mahu beritahu perkara gembira ini.

"Apa dia, Irsyad? Duk ehem, ehem daripada tadi. Mak Jah ini bukannya penyabar orangnya. Jangan sampai Mak Jah kena angin kus-kus! Haaa, nanti tak pasal-pasal kena pergi hospital." Mak Jah buat loyar buruk.

Nurin ketawa. Tangan yang digenggam Irsyad dileraikan dan dia mengusap belakang badan Irsyad untuk mengurangkan rasa gemuruh.

"Untuk pengetahuan semua, isteri saya, Nurin Ardina disahkan hamil! Nurin is pregnant!"

Mereka diam sesaat sebelum dewan mula menjadi riuh-rendah. Orang yang ada hanya sepuluh ke dua belas orang saja tapi riuhnya macam sekampung! Siapa saja yang tak gembira apabila mendengar berita kehamilan Nurin?

Dato Isma gembira sampai menitis air mata. Mak Jah pula teruja nak sambut cucu kedua. Puan Mawar tak sabar nak jaga Nurin dalam pantang. Haris dan Azam sudah berebut gelaran 'Uncle paling sempoi dan kacak'.

Nurin ketawa senang hati melihat orang yang dia sayang gembira.

Dalam kegembiraan dan keriuhan itu, ada seorang manusia yang sebak dan sedih. Nurin terkejut melihat Yana menangis dengan tangan menutup mukanya.

"Yana, kenapa kau sedih ini?" Nurin mendekati rakannya.

"Aku..."

Nurin mengusap bahu rakannya. Dia sedia mendengar luahan hati Yana.

"Aku pun... aku pun nak ada anak juga!" Yana meraung. Nurin pandang ke arah Haris. Lelaki itu tercengang mendengar apa yang Yana katakan.

"Haris, saya pun nak ada anak juga. Nurin dah on the way, saya tak nak bersalin sorang-sorang. Kalau boleh, saya nak baby kita lahir dekat dengan baby Nurin."

Macam mana daripada pengumuman tentang kehamilan Nurin boleh bertukar menjadi luahan hati Yana yang baru dua hari sah menjadi isteri kepada Haris ini?

Haris mengelap air mata isterinya. "Okay, okay. Err... saya akan cuba. Okay?"

Azam ketawa terbahak-bahak di depan Yana.

Adoi, ting-tong betullah si Yana ini! Dah kahwin pun, masih buat perangai macam ini.

"So, Mr. Lawyer. Are you ready to change the title into Super Daddy after this?"

Ubun-ubun dahi Nurin dikucup lama. Badan Nurin dipeluk mesra walaupun mereka berada di depan orang.

"I am more than ready, sweetheart. I love you, sayang."

Nurin memberikan ciuman di tapak tangan Irsyad.

"I love you more..."

-TAMAT-

NURIN | 2 [c]Where stories live. Discover now