Sampai saja mereka di depan rumah abang Adel, Irsyad mula rasa tak sedap hati. Rumah ini... dia pernah datang ke sini dulu tapi dia tak ingat, dia datang untuk tujuan apa. Ingatannya menjadi samar-samar.
Adel menunjukkan bilik kerja abangnya yang terletak berdekatan dengan dapur. Bilik kerja yang sepatutnya menjadi bilik tetamu. Pintu bilik tersebut dibuka dan semerbak bau wangian yang Irsyad biasa bau singgah ke hidung mereka.
Minyak wangi Dahlia. Baunya lembut, bau bunga sakura.
"Encik Irsyad, cuba tengok ini! Masya Allah..."
Tergamam Sofia melihat ruangan bilik itu yang penuh dengan gambar Irsyad dan Dahlia semasa belajar. Ada juga gambar Nurin dipinkan ke papan kerja.
Almari baju Adel buka. Irsyad terkedu melihat baju kurung yang tergantung di dalamnya. Baju kurung yang arwah Dahlia pakai pada hari kemalangan itu berlaku. Bahagian bahu terkoyak, kain juga berlubang besar.
Sofia membelek buku nota yang ada di atas meja kerja. Matanya bagai tak mahu percaya dengan apa yang tercatat di dalam isi buku itu. Dia menyerahkan buku tersebut kepada Irsyad dan mula menangkap gambar seluruh bilik itu.
'Hari ini hari pertunangan Dahlia dengan Irsyad.. Haa, aku tak sangka Dahlia buat keputusan untuk bertunang dengan lelaki itu. Apa kurangnya aku?'
'Aku cuba berbincang dengan Dahlia. Aku boleh bahagiakan dia lebih daripada Irsyad mampu tapi dia tetap degil. Dia kata, hanya Irsyad yang boleh bahagiakan dia.'
'Aku tak boleh terima semua ini! Aku yang berkenalan dulu dengan Dahlia tapi kenapa Irsyad yang dapat dia? Apa kurangnya aku, Dahlia? Aku suka, sayang, cintakan kau seikhlas hati! Kenapa kau buat aku macam ini?'
'Hari ini hari yang paling... menyedihkan... Dahlia dah tak ada... Dia dah pergi buat selama-lamanya. Ini semua salah Irsyad dan perempuan kaya itu! Aku akan pastikan diorang dapat balasannya. Aku akan tebus semua ini untuk Dahlia. Kau, Irsyad... kau tak layak untuk Dahlia. Kalau bukan sebab kau, Dahlia masih hidup! Ini semua disebabkan jantan bodoh itu!'
Tulisan tangan ini... Dia sangat kenal dengan tulisan tangan yang ada dalam buku itu. Jantung Irsyad berdegup kencang, peluh sejuk mula keluar di bahagian dahinya.
"Adel, siapa nama abang kau?"
Adel dan Sofia jadi takut melihat perubahan Irsyad. Lelaki itu menjadi dingin dan matanya bagai mengeluarkan laser apabila memandang mereka berdua.
"Ha.. Hakim. Abang saya, Hakim."
Hakim? Irsyad mengepal penumbuknya. Bodoh. Aku memang bodoh!
"Sofia, telefon polis sekarang. Awak temankan Adel dekat sini sampai polis datang." Irsyad menekan nombor telefon Haris.
"Encik Irsyad, malam semalam saya terdengar abang saya sebut nama Cik Nurin. Suara dia macam marah-marah, saya tak pasti. Saya dah cakap dengan Cik Nurin sebelum ini, hati-hati dan terus bagitahu Encik Irsyad."
Wajah Irsyad berubah pucat. Shit!
Penumbuk dilepaskan ke dinding sehingga terbentuk lekukan dalam. Sofia dan Adel sama-sama terdiam melihat lelaki itu naik angin.
Damn it, Irsyad!
Nurin datang tempoh hari sebab nak bagitahu tentang lelaki itu tapi kau pula...
Dia terus mendail nombor Nurin. Tolong angkat telefon ini, Nurin! Jawab panggilan aku ini!
*******
"Nurin, kau sure ke orang yang hantar mesej itu akan muncul dekat sini? Kau tahu tak, bulu roma aku ini terpacak macam aku sapu gel rambut abang aku dekat tangan dah ini." Yana memeluk erat lengan Nurin.
Hampir sejam mereka menunggu dari dalam kereta, Nurin mengambil keputusan untuk turun dan masuk ke dalam gudang tersebut. Gudang itu tak mempunyai dinding, hanya tinggal rangka saja. Jadi mereka boleh melihat andai betul ada manusia yang menunggu mereka di sini.
"Entah-entah scammer!" Yana tak berhenti bercakap. Nurin julingkan matanya ke atas. Payah betul kalau bawa orang penakut macam Yana ini. Banyak betul celoteh dia!
"Kau tak pelik ke? Macam mana video dashcam itu boleh ada di tangan orang yang aku tak kenal? Orang yang belum tentu ada kaitan dengan Irsyad dan arwah Dahlia."
"Sebab itulah aku kata... mesti scammer ini! Kalau kau tak nak aku post benda ini dekat media, bagi aku duit berjuta-juta." Yana siap mengajuk dialog yang sering digunakan dalam cerita CSI dan Gerak Khas.
"Entah-entah dia tengah perhatikan daripada luar."
Yana menggeletar ketakutan. "Ish, mulut kau ini, Nurin! Capoi tau!"
Crack!
Langkah mereka berdua terhenti apabila mereka mendengar bunyi picu pistol ditarik dari arah belakang. Kaku mereka berdiri, takut untuk menoleh dan takut untuk lari daripada situ.
"Angkat tangan anda dan pusing ke belakang perlahan-lahan." Arah seorang lelaki dengan tegas.
Bagai patung, mereka mengikut arahan tersebut. Apabila badan pusing ke belakang, muka takut berubah menjadi bingung.
"Aiman?"
"Nurin, Yana? Korang buat apa dekat sini?" Aiman menurunkan pistolnya.
Yana tarik nafas lega apabila orang yang menyergah mereka tadi adalah orang yang mereka kenal. Badan yang kejung terasa ringan semula. Haih, buat takut ajelah!
"Kitorang... err..."
Aiman jongketkan keningnya. "Korang tahu kan, tempat ini kawasan larangan? Tak ingat insiden yang berlaku dulu?"
Nurin dan Yana sama-sama tersengih apabila Aiman menegur cara bapa-bapa. Hati mereka terasa lega apabila Aiman ada bersama. Nampaknya, orang yang menghantar mesej itu tak munculkan diri.
Telefon Nurin berdering kuat. Nurin melihat nama di skrin telefon. Haris?
Dia bergerak jauh sedikit dan meninggalkan Yana bersama Aiman. Yana tengah seronok berbual dengan Aiman sampai tak perasan Nurin ke mana.
"Helo, Haris. Kenapa call..."
"Kau dekat mana sekarang?" Suara yang dia selalu dengar bertanya.
Irsyad? Kenapa dia call guna nombor Haris?
"Saya ada dekat gudang."
Gudang? Irsyad duduk tak senang.
"Gudang mana? Kau ada dengan siapa? Kau buat apa dekat sana?" Tiga soalan ditanyakan dalam satu nafas.
Nurin mula rasa pelik. Kenapa dengan dia ini?
"Gudang lama. Yana ada, Aiman pun..." Nurin menoleh dan melihat kawasan itu kosong tanpa Yana dan Aiman. Hanya dia seorang diri di situ. Takkan diorang pergi tinggalkan dia seorang diri dekat sini?
Aiman? Irsyad terus berdiri. Haris yang menjadi pendengar sudah mula tak keruan. Betullah sangkaan mereka, tak syak lagi dah! Enjin kereta terus dihidupkan.
"Nurin, aku nak kau keluar daripada situ secepat yang mungkin. Faham?"
"Kenapa ini, Irsyad? Ada apa-apa yang... umph! Umph!"
Suara Nurin meronta, Irsyad dengar dengan jelas. Dia menjerit memanggil nama Nurin tapi tak berbalas.
"Sekarang, kita tunggu samada hero kau datang selamatkan kau atau dia akan biarkan kekasih hati dia mati sama macam Dahlia dulu." Suara Aiman menyapa telinga Irsyad.
"Aku tunggu kau, Irsyad."
YOU ARE READING
NURIN | 2 [c]
Short StoryNurin - Tak perlu diceritakan lagi tentang dirinya. Pada mata orang luar, mereka mencemburui kehidupan Nurin yang serba mewah tetapi itu semua hanyalah taktik untuk mengaburi orang luar. Selepas Datin Salina dipenjarakan, kehidupan Nurin menjadi b...