Bab 25

1.7K 104 1
                                    

Irsyad berlari tak cukup tanah apabila dia tiba di gudang lama. Matanya terbuka luas, mencari kelibat Aiman mahupun Nurin. Dia tak datang bersendirian, Haris dan pihak polis menunggu di hadapan gudang secara diam-diam.

Dalam gudang yang besar itu, dia cuba mencari Nurin tapi tak jumpa.

"Nurin! Nurin!"

Ugh... Telinganya mendengar suara seseorang di belakang gudang. Laju kakinya berlari ke sana. Dia sangka Nurin tapi yang dia jumpa adalah Yana. Yana mengerang kesakitan.

Badannya diikat dengan tali tambang. Yana bingung, tiba-tiba Irsyad ada di depannya berpeluh-peluh dan tak cukup nafas. Dia pula tersadai di gudang sendirian waktu malam begini. Apa dah jadi?

"Yana, kau tahu tak Nurin ada dekat mana?"

"Nurin? Tadi dia..." Yana cuba mengingati semula apa yang berlaku petang tadi.

Nurin terima panggilan daripada seseorang. Yana perasan, Nurin menjawab panggilan tersebut dan berjalan jauh sedikit daripada dia dan Aiman. Bila dia membelakangi Aiman untuk memanggil Nurin, mulut dan hidungnya ditekup dengan tuala kecil dan selepas itu dia tak ingat apa yang berlaku.

"Aku tak tahu, Irsyad. Apa yang dah jadi ini?"

Tak mahu berlengah lagi, Irsyad membantu Yana dengan meleraikan ikatan tali yang melilit badan wanita itu. Dia menelefon Haris untuk memapah Yana sementara dia pergi mencari Nurin.

Kawasan gudang ini sangat luas. Fikir, Irsyad! Dekat mana lagi Aiman boleh sembunyikan Nurin dalam gudang ini? Bunyi siulan seseorang dari luar menyedarkan Irsyad dari kemelut fikirannya.

Aiman dengan lagak tenang berdiri di luar gudang. Dia tersenyum lebar menyambut kedatangan Irsyad. Dengan tangan yang didepa luas, dia memberi isyarat kepada Irsyad supaya berdiri dekat dengannya.

"Aiman Hakim! Mana Nurin?" soal Irsyad, serius.

"Dia ada, dia tengah tidur sekarang ini." Aiman jawab acuh, tak acuh.

Melihat muka serius Irsyad, Aiman ketawa. Ini rupanya perasaan orang jahat apabila mereka berdepan dengan orang yang mereka benci. Seronok melihat orang di depannya terlihat kecil dan hanya mampu berunding dengan kata-kata saja.

"Jangan tipu aku, Aiman! Mana Nurin?!" Irsyad menjerkah. Hatinya gundah-gulana selagi dia tak nampak Nurin dengan matanya sendiri. Aiman pula seronok, sangat seronok melihat keadaan Irsyad sekarang ini.

"Kan aku dah kata, dia tengah tidur sekarang ini. Itu, kau nampak tak kereta dekat tepi sungai?"

Sebuah kereta Proton Inspira elok terparkir menghadap ke arah sungai. Di bahagian penumpang hadapan, Nurin diikat dengan tali. Wanita itu masih dalam keadaan tak sedarkan diri.

"Apa yang kau cuba buat dekat dia, Aiman? Kenapa kau buat semua benda ini? Apa yang kau akan dapat daripada semua ini?"

Aiman berhenti ketawa. Dia berpeluk tubuh sambil merenung muka Irsyad.

"Kenapa, kau tanya aku?"

Suasana menjadi senyap-sunyi. Hanya kedengaran bunyi air sungai saja.

"Aku buat semua ini untuk Dahlia. Aku nak buktikan dekat dia, aku ini lelaki yang menepati janji. Aku janji dengan dia, aku akan buat apa saja asalkan dia bahagia. Aku tahu Dahlia mesti sedih sebab tunang dia bercinta dengan orang lain sekarang!"

Irsyad mengetap bibirnya. Rahang muka lelaki itu tegang. Hatinya panas membara apabila Aiman menggunakan nama arwah Dahlia.

"Jangan pandang aku macam itu. Aku dah bosan dengan air muka kau itu. Selama ini, aku cuma jadi pemerhati hubungan kau dengan Dahlia. Aku hitung hari demi hari, berdoa supaya hubungan kau dengan dia putus tengah jalan. Tapi, sayang!"

NURIN | 2 [c]Where stories live. Discover now