Bab 18

1K 99 5
                                    

Ketukan dari pintu kaca mengganggu fokus Dato Ishak kepada kertas kerjanya. Mila masuk ke dalam pejabat dengan muka pucat. Saat gadis itu tanpa kata menghulurkan tablet kepadanya, isteri Dato Ishak pula masuk.

Latifah...

Muka Puan Latifah tampak serius. Jarang wanita itu datang ke tempat kerjanya memandangkan dia selalunya sibuk dengan kempen NGO. Mesti ada apa-apa benda yang dia mahu bincangkan sampai tak boleh tunggu lelaki itu di rumah.

Surat khabar yang dibawa bersama dicampak ke atas meja kerja suaminya. Puan Latifah tak dapat menahan rasa amarahnya lagi. Sudah lama dia pendam tetapi dia dah tak mampu berdiam diri dan melihat lelaki itu cari masalah dengan Nurin.

Dia malu apabila nama Dato Ishak dipandang buruk oleh orang. Dah tua pun, masih nak berebut kuasa dengan orang yang sememangnya layak. Nurin itu anak Dato Isma, kalau ada apa-apa masalah sekalipun, Dato Isma akan pantau dan bantu dia walaupun lelaki itu sudah berhenti kerja.

Masalah yang timbul dalam syarikat sekarang ini angkara Dato Ishak sendiri. Orang luar yang tak bekerja di dalam syarikat mungkin tak tahu apa-apa tetapi orang dalam? Banyak mata yang melihat kelakuan tak matang suaminya tetapi tak berani bersuara saja.

"Apa semua ini, Ishak?"

Dato Ishak melihat muka depan surat khabar tersebut. Terpampang mukanya ketika dia merasmikan bangunan baru semalam. Laju pihak media buat kerja ya? Dia tayang muka kosong ke arah isterinya.

"Saya tengok, tak ada apa-apa masalah pun?"

Puan Latifah picit kepala. Jari telunjuk ditekan ke arah topik yang tertulis di surat khabar tersebut.

DATO ISHAK SAMAN ISMA HOLDING, MINTA NURIN DIPECAT SERTA-MERTA

"Awak tahu tak, awak sedang bercakap pasal siapa? Pasal Nurin Ardina! Budak itu tak akan duduk diam bila awak dah mula cari pasal dengan dia. Awak ingat dia itu macam Isma ke? Awak buat macam-macam tapi dia biarkan saja. We are talking about Nurin Ardina!"

Dato Ishak buat tak endah saja mendengar Puan Latifah membebel. Telinganya naik muak mendengar orang-orang yang dekat dengan dia menasihati dan mengingatkan dia tentang gadis itu.

Ya, dia tahulah wanita itu Nurin Ardina. Dia tak buta dan tak pekak.

So? Apa masalahnya kalau dia itu Nurin Ardina? Apa saja yang dia boleh buat ke atas Dato Ishak?

"Jangan duduk senang sangat, Ishak. Masa Datin Salina ada pun, Nurin boleh tewaskan dia. Inikan pula..."

"Argh! Diamlah!" Dato Ishak mencampak surat khabar ke arah Puan Latifah. Hampir-hampir saja surat khabar itu terkena muka isterinya. Puan Latifah terdiam, dia tak menyangka Dato Ishak berani membaling barang ke arahnya.

"Kedudukan aku ini lagi tinggi dari Salina dan Isma. Kalau nak bandingkan aku dengan diorang berdua, diorang itu macam kacang hijau bila berada di sebelah aku, tahu?! Setakat Nurin... huh, aku boleh jatuhkan dia sekelip mata saja!" Angkuh Dato Ishak berkata.

Puan Latifah mengepal buku limanya. Dia dah serik berbincang dan menasihati suaminya. Ikut kaulah! Apa yang kau nak buat, kau tanggung seorang diri!

"Ishak, saya rasa awak ini terlampau taksub dengan kuasa. Saya nak ingatkan awak, gelaran Dato yang awak gunakan sampai sekarang ini disebabkan status keluarga saya. Kalau bukan kerana bapa saya, awak itu cuma lelaki biasa saja. Ingat itu!"

Puan Latifah mengutip semula surat khabar yang dibaling tadi. Dato Ishak bagai tertelan batu apabila dia melihat muka tak puas hati isterinya.

"Lagi satu..."

NURIN | 2 [c]Where stories live. Discover now