Bab 14

1K 101 9
                                    

Kereta diparkir di bawah pokok. Tangan kanan menutup enjin kereta manakala tangan kiri mencapai briefcase dan blazer hitamnya. Tali leher yang senget dibetulkan.

"Morning, Encik Irsyad!" Sofia menyapa dengan ceria.

Kebetulan dia pun baru sampai pada masa yang sama Irsyad sampai. Irsyad membalas sapaan itu dengan bahasa mata. Hari ini akan menjadi hari yang sibuk buat Irsyad dan Sofia memandangkan janji temu bersama klien akan berlangsung sehingga petang nanti.

Mereka berjalan beriringan menuju ke pejabat. Mata Irsyad cepat saja menangkap perkataan yang ada pada sticker di cawan plastik yang ada di tangan Sofia.

Belle Ame. Kafe Nurin.

"Belle Ame?" Irsyad bertanya.

Sofia blur sekejap sebelum dia menangkap maksud pertanyaan Irsyad. Cawan plastik dipusingkan ke arahnya dan tertera nama kafe di situ.

"Saya singgah kejap dekat kafe itu. Air yang diorang buat sedap!" Sofia memuji.

Senyuman lebar tak lekang dari muka kecil itu. Nampak sangat dia gembira hanya dengan minuman kopi itu. Irsyad senyum sumbing.

"Sebab air yang dibuat atau sebab orang yang buat air, Sofia?" Irsyad sengaja serkap jarang. Terbatuk gadis itu apabila lelaki serius seperti Irsyad bergurau dengannya di pagi hari. Takuttt!

"Eh, mana ada! Saya pergi sana sebab air diorang saja, mana ada sebab orang lain. Encik Irsyad pun selalu pergi sana kan?" Sofia laju saja pusingkan fokus kepada Irsyad.

Irsyad selamba anggukkan kepala. Suis ingin tahu Sofia bagai dipetik sendiri. Sofia mencuri pandang wajah Irsyad, nak tahu samada mood lelaki itu baik atau tidak hari ini.

"Encik Irsyad pergi sana mesti sebab seseorang kan?"

"Seseorang? Siapa?" Irsyad berhenti berjalan.

Sofia jongketkan bahu. "Nurin Ardina?"

Mata Irsyad terkebil-kebil memandang gadis di depannya. Dia berdehem kecil sebelum berjalan ke dalam lobi syarikat guaman. Sofia menekup mulutnya.

Oh. My. God!

"Encik Irsyad pun peminat Nurin Ardina ke?! Saya pun!" jerit Sofia dengan riang. Dia berlari anak mengejar Irsyad yang sudah jauh beberapa langkah daripadanya.

Makin bersemangat Sofia nak mulakan kerjanya apabila dia tahu yang peguam sedingin Irsyad juga suka pada orang yang sama. Memang famous betul Nurin Ardina ini!

*******

Kegembiraan Sofia tak kekal lama. Dia memandang ke arah Irsyad dan kemudian ke arah Adel. Ya, Puan Adelin yang menerima simpati dari Sofia dulu sedang meluahkan perasaannya kepada Irsyad dan Sofia.

"Bekas suami saya itu dah gila! Dua hari yang lepas, dia ceroboh masuk rumah saya macam penyamun. Nasib baik abang saya ada dengan saya masa itu, kalau tak... saya sendiri tak dapat bayangkan apa yang akan terjadi."

Adel menggumpal tisu di tangan. Dia ketakutan dan trauma setiap kali dia teringat tentang Hadi. Keputusan dia untuk berpindah ke dalam rumah abangnya adalah pilihan yang tepat.

Bekas suaminya tak akan berani lakukan apa-apa jika abang Adel ada. Adel berniat untuk tinggal di rumah keluarganya tapi dia tak rasa selamat memandangkan di sana, tak ada sesiapa yang kuat dan boleh melindungi mereka sekeluarga.

"Saya faham, puan. Err... kalau saya tanya ini, jangan marah ya?" Sofia berhati-hati ingin mengajukan soalan memandangkan emosi wanita itu sedikit goyah sekarang ini.

"Kenapa puan tak buat laporan polis saja? Bukan apa, kalau puan perlukan pertolongan dari kami, ini bukan bidang kuasa kami. Saya sarankan puan buat laporan polis. Itu lebih selamat."

Adel terdiam. Betul apa yang Sofia kata tetapi dia tak berani untuk pergi ke balai seorang diri. Dia takut andai Hadi ada di kawasan berdekatan. Lelaki itu gila, psiko!

"Saya takut." Ada getaran di sebalik suara perlahan itu.

"Saya dan Sofia akan temankan puan ke balai."

Irsyad mengambil kunci keretanya, bersiap-sedia mahu ke balai polis. Lagi cepat laporan dibuat, lagi cepat kes rumahtangga Adel selesai.

"Se... sekarang ke?" Adel bertanya.

"Ya, sekarang."

******

Selama dua jam mereka berurusan di balai polis dan baru sekarang, mereka bertiga dapat menghirup udara di luar. Adel menarik nafas lega apabila melihat salinan laporan polis yang telah dibuatnya tadi.

Dia berdoa agar Hadi akan berjaya diberkas polis. Dia tak mahu lagi hidup dalam ketakutan. Dia tak mahu Qaleesya rasa tak selamat untuk keluar bermain dengan rakan-rakannya. Dia mahu hidup bebas dari Hadi.

"Terima kasih banyak-banyak, Encik Irsyad. Cik Sofia."

"Sama-sama." Sofia membalas.

Sebagai pembantu kepada Irsyad, dia pun rasa lega apabila melihat wajah klien mereka disinari dengan senyuman. Jauh lebih baik berbanding murung sepanjang hari.

Bagai ada sixth sense, Irsyad tak sedap hati. Dia rasa bagai diperhati oleh seseorang tetapi dia tak jumpa sesiapa yang mencurigakan. Mungkin perasaan hati saja.

Orang kata, bila hati tak sedap, pasti akan ada benda buruk yang terjadi. Dari jauh, sepasang mata sedang tajam perhatikan dua manusia yang berada dekat dengan isterinya. Nafas Hadi makin berat. Dadanya berombak marah apabila melihat Adel bergelak ketawa dengan orang sedangkan dia pula sengsara sendirian.

"Adel... kau tak layak hidup bahagia. Kau ambil Qaleesya daripada aku, kau curang dengan aku, kau... kau failkan perceraian tanpa pengetahuan aku!"

Tangan menumbuk pokok di tepinya. Hadi melihat kawasan balai yang legang tanpa manusia. Hanya mereka bertiga yang masih berdiri dan berbual di tempat letak kereta.

Inilah masanya! Hadi berjalan dengan laju ke arah mereka bertiga. Makin dekat jaraknya, makin laju kaki itu melangkah. Pisau yang tersembunyi di dalam lengan bajunya digenggam erat.

Aku akan ambil semula hak aku. Qaleesya. Perkahwinan kita.. Aku akan selamatkan perkahwinan kita yang bahagia. Aku akan selamatkan kau daripada orang yang cuba rampas kau daripada aku, Adel.

Aku... aku akan bunuh sesiapa saja yang cuba ambil kau daripada aku! Pisau yang ada di tangannya terus dihunus ke arah Irsyad.

"Encik Irsyad!!!" Sofia menjerit kuat. Jeritannya itu membuatkan polis di dalam balai segera keluar.

Badan Irsyad terasa pedih. Sakit yang dia tak mampu ungkap. Bibirnya mula berubah pucat. Dalam keadaan cemas itu, Adel hanya mampu menekup mulutnya dan terjelepuk jatuh ke tanah melihat Irsyad yang lemah di bahu Sofia.

"Encik Irsyad, jangan pejam mata! Saya ada! Encik sabar! Ingat dekat Nurin! Jangan pejam mata." Sofia mula menggelabah.

Dia tak tahu nak buat apa, dia tak tahu nak cakap apa, dia menggeletar sama seperti Adel tapi dia tak boleh biarkan peguam rujukannya rebah. Sudahnya dia menangis apabila melihat Irsyad cuba untuk bernafas seperti biasa.

Kemeja lelaki itu dipenuhi dengan darah. Tangan Sofia cuba menekan bahagian tikam itu supaya pendarahan dapat dihentikan tetapi dia juga takut kalau dia tekan dengan kuat, Irsyad akan lebih sakit.

Semuanya serba tak kena sekarang ini. Adel ketakutan, Sofia kebingungan, Hadi ditangkap, Irsyad rebah.

Nurin. Muka wanita itu menjengah di fikiran Irsyad. Dahlia. Wajah arwah tunangnya pula muncul. Ini rupanya rasa sakit saat kematian semakin menghampiri. Sakit yang membuatkan Irsyad tak mampu mengaduh sakit dan bersuara.

Ini yang mereka rasakan saat nyawa mereka berada di hujung masa. Lelaki itu tak dapat bertahan lama, kelopak matanya kian berat. Pandangannya makin kabur, suara Sofia memanggil juga semakin perlahan.

Dan tanpa keinginan Irsyad, matanya terpejam rapat. 

NURIN | 2 [c]Where stories live. Discover now