Bab 20

1.2K 102 6
                                    

Jari mengurut alis kening untuk menghilangkan rasa mengantuk yang bertandang di mata. Meja yang berselerak dikemaskan dengan cepat dan bilik kerja dikunci dari luar. Jam di tangan Irsyad pandang sekilas.

Tepat pukul sembilan malam, dia baru dapat pulang ke rumah. Hari ini merupakan antara hari-hari yang sibuk untuk dia. Esok merupakan hari perbicaraan kes bagi kliennya. Kali ini kes tentang hak penjagaan anak pula.

"Encik Irsyad, tunggu saya!" Sofia berlari anak untuk masuk ke dalam lif.

Kalau dia tak memanggil peguam itu, terpaksalah dia menunggu seorang diri di depan lif. Malam-malam begini, hanya dia dan Irsyad saja yang masih bekerja dan balik lambat. Walaupun tak selalu balik lambat, bila hari perbicaraan semakin dekat, mereka berdua akan bertapa di dalam pejabat sehingga langit berubah gelap.

Butang nombor di tepi pintu lif ditekan ke tingkat G.

"Encik Irsyad dah tahu pasal Nurin Ardina dengan Dato Ishak itu?" Sofia bertanya. Irsyad anggukkan kepala.

Semasa dia dapat tahu berita itu, jantung dia hampir berhenti berdegup apabila Dato Isma bagitahu tentang keadaan Nurin. Nasib baik, Nurin tak cedera teruk. Dia pengsan di pejabat dan terus dibawa ke hospital.

Lebam di leher Nurin saat dia datang melawat wanita itu di rumah Dato Isma juga semakin pulih. Masa dia melawat, Nurin masih sama seperti Nurin yang biasa dia lihat. Sakit-sakit pun, masih bertenaga dan tersenyum lebar.

"Saya kesian dekat Cik Nurin itu. Dia itu baik tapi ramai orang tak suka dia. Kalau saya ada dekat tempat Cik Nurin itu, saya rasa saya dah putus asa. Apa guna hidup mewah-mewah tapi tak bahagia? Betul tak, Encik?"

Irsyad angguk lagi. Dia suka mendengar Sofia bercerita tentang Nurin. Dia rasa kagum dan bangga apabila orang memuji wanita itu. Dulu, dia menyampah dan meluat apabila nama Nurin muncul di laman media kerana aktiviti charity yang dibuat. Tapi sekarang, dia sangat suka.

Mahu saja dia jerit pada dunia, siapa dia dalam hidup Nurin dan siapa Nurin dalam hidup dia.

"Bila kita berbuat baik, mesti akan ada orang yang tak suka. Ada tiga sebab kenapa orang bencikan kita. Pertama, dia nampak kita ni sebagai ancaman. Kedua, sebab dia benci dengan diri dia sendiri. Dia tak dapat apa yang orang lain dapat. Last but not least, it is because they want to be you." Aura abang terserlah apabila Irsyad berkata.

Kepala Sofia terangguk-angguk mendengar Irsyad berkata. Bukan selalu peguam rujukannya mahu bercakap panjang dengan dia. Mungkin kerana Nurin Ardina, mulut Irsyad terus ringan nak berbual.

Oh, Cik Nurin! Disebabkan Cik Nurin, peguam dingin ini bersembang dengan saya macam abang dan adik. Terima kasih!

Sampai di tempat parkir kereta, Sofia dan Irsyad sama-sama terkejut melihat kereta Irsyad yang dipenuhi dengan lumpur kotor. Di atas bonet depan kereta, nama Dahlia ditulis sebesar alam. Meremang bulu roma Sofia apabila melihat tulisan nama itu.

Bukan hanya nama, satu kotak kecil juga ada di bahagian wiper. Kotak itu terus dibuka. Satu pendrive berwarna hitam dibelek depan belakang. Apa yang ada di dalam pendrive ini?

The real Nurin Ardina.

Sofia menekup mulutnya diam-diam. Kenapa dengan Nurin Ardina? Apa kaitan peguam rujukan dia dengan Nurin Ardina? Jangan-jangan...

"Encik Irsyad ada skandal dengan Cik Nurin ke?"

Soalan Sofia dibalas dengan pandangan mata yang dikecilkan. Masa-masa ini, boleh pula si Sofia fikir macam itu. Memo itu direnyukkan dan dibuang ke dalam tong sampah berdekatan.

NURIN | 2 [c]Where stories live. Discover now