Bab 09

1K 93 4
                                    

Kafe Belle Ame hari ini lengang tanpa pelanggan. Atit mengelap meja, Kak Lia mengira duit di kaunter dan Adam pula membasuh pinggan mangkuk di dapur. Hari ini merupakan hari yang tenang untuk mereka bertiga memandangkan mereka tak sibuk seperti biasa.

Hari minggu macam ini, kafe akan mula sibuk pada waktu makan tengahari sehingga malam. Sekarang jam baru masuk sebelas pagi, tak ramai yang datang ke kafe.

Kling!

Bunyi loceng itu menandakan ada orang yang masuk ke dalam kafe. Bila mereka menoleh, Irsyad menyapa dengan senyuman nipis. Di sebelahnya, ada seorang gadis comel. Atit segera berlari anak ke kaunter untuk melihat wajah gadis itu dengan lebih dekat.

"Encik Irsyad. Lama tak jumpa!" Kak Lia ramah menyapa.

"Mestilah lama tak jumpa, Kak Lia. Dia kan peguam. Mak saya kata, peguam ini sangat pentingkan masa. Jadi untuk mengejar masa Encik Irsyad, apa nama awek sebelah Encik ini?" Atit tayang sengihan kerang.

Kak Lia tenung Atit yang duduk tak kena gaya. Irsyad layankan saja, dia memberi ruang kepada Sofia untuk berkenalan dengan Atit.

"Hai! Saya Atit. Awak?"

Huluran salam dipandang lama. Kenapa dia nak bersalaman ini? Sofia garu batang lehernya, dia kekok. Tak biasa didekati oleh lelaki yang dia tak kenal.

Salam Atit disambut oleh Adam yang baru muncul. Hampa terus hati lelaki teruna itu.

"Sofia..." Perlahan Sofia menjawab.

"Adam." Adam ikut berkenalan.

Pendek dan ringkas. Selesai dia menatap muka gadis itu, dia bergerak semula ke dapur. Kak Lia hanya tayang senyuman manis kepada Sofia apabila mata mereka berlaga.

Adam, wataknya memang macam itu. Masa mula-mula kenal, lelaki itu nampak dingin tapi sebenarnya perangai dia sama saja macam Atit. Banyak cakap dan suka mengusik orang.

"Encik Irsyad nak pesan apa?"

"One ice americano and?"

Irsyad menoleh ke tepi melihat Sofia. Gadis itu terlihat termenung ke arah dinding batu. Apa yang dia tengah fikirkan sekarang ini? Jari dipetik di depan muka Sofia dan barulah gadis itu tersedar.

"Drinks."

"Ah, ya! Saya nak teh ais limau." Kelam-kabut Sofia memberi pesanan.

Mereka menunggu di tepi kaunter. Sementara menunggu, Sofia berjalan-jalan di dalam kafe sambil meninjau dekorasi kafe ini. Kakinya terhenti di hadapan rak gambar dan pingat yang terletak di sebelah tempat membuat air.

Lama dia menilik sijil dan gambar yang ada. Makin lama dia lihat, makin jelas raut wajah pemilik kafe ini di mindanya.

Dia ini bukan ke...

"Nurin Ardina!" Mulut ditekup selepas dia menjerit kuat.

Dia menoleh semula dan melihat kafe ini. Wajah terkejut Irsyad dan Kak Lia tak diendahkan. Dia masih tak percaya yang dia berada di kafe Belle Ame, kafe milik Nurin Ardina.

Wanita yang mengubah kehidupan Sofia. Wanita itu sangat baik. Jasa dia sangat besar dalam hidup Sofia. Ya Allah....

Sofia berlari anak ke kaunter. Tanpa dia sedar, dia meraih tangan Kak Lia.

"Cik Nurin tak datang ke hari ini? Saya nak sangat jumpa dengan dia!"

Irsyad dan Kak Lia saling berpandangan sebelum tersenyum simpul.

"Kau kenal ke?" Irsyad tanya dengan muka seposen.

"Saya kenal Nurin Ardina itu! Encik Irsyad mesti tak kenal kan? Sebab Encik bukannya pandai guna Instagram."

NURIN | 2 [c]Where stories live. Discover now