Bab 16

1K 99 5
                                    

Bubur ayam, checked.

Baju dan barang peribadi, checked.

Phone charger, checked.

Beg pakaian Irsyad dibelek untuk kali ketiga di dalam lif. Risau juga andai dia terlupa bawa mana-mana barang keperluan untuk rakannya. Masuk hari ini, cukup seminggu Irsyad berada di hospital dan hari ini dia dibenarkan keluar.

Disebabkan kes Irsyad diserang di balai polis minggu lalu, Irsyad menerima dua puluh jahitan pada bahagian tulang rusuk kanan. Bukan itu saja, tulang rusuk Irsyad juga patah akibat dirempuh dengan kuat.

Haris duduk bersandar di hujung lif sambil memikirkan nasib rakannya. Tak pernah lagi dia lihat rakannya hidup dengan aman sejak menjadi peguam. Ini bukan kali pertama lelaki itu diserang oleh klien mahupun pihak bertentangan. Banyak kali sampaikan Haris sendiri belikan insurans untuk Irsyad.

Melalui pantulan dinding lif, Haris perbetulkan gaya rambutnya. Apalah nasib si Irsyad... Malang sungguh!

Pintu lif terbuka apabila lif tersebut sampai di tingkat lima. Irsyad menyapa jururawat dan doktor bertugas sebagai tanda hormat. Dia terus berjalan ke bilik wad rakannya berada.

"Irsyad, saya minta maaf sangat-sangat."

Suara wanita dari dalam wad tersebut membuatkan Haris tak jadi masuk ke dalam. Dia mengintai di sebalik ruang cermin pintu untuk melihat tetamu yang datang melawat.

Nurin tak bagitahu aku pun yang dia nak melawat Irsyad? Haris melihat telefonnya dan membaca semula mesejnya dengan Nurin. Seingat Haris, Nurin ada datang melawat Irsyad dua hari yang lepas.

Nurin datang dan jaga Irsyad sampai ke malam. Sedar-sedar saja dah habis waktu melawat dan memandangkan tak ada sesiapa yang menjaga lelaki itu pada waktu malam, Nurin habiskan masanya sampai pagi esok hari di dalam wad Irsyad.

"Saya tak terfikir langsung Hadi akan ikut saya sampai ke situ. Kalau saya perasan dia ada masa itu, mesti awak tak akan jadi macam ini. Disebabkan saya, awak terlantar dekat sini."

Suara ini bukan suara Nurin. Haris yakin dengan fakta itu. Dia intai sekali lagi dan matanya terus menangkap satu adegan yang tak sepatutnya terjadi. Tangan kiri Irsyad berada di dalam genggaman wanita tersebut.

Siapa dia itu? Suka-suka hati saja nak pegang tangan member aku! Aku pun tak pernah pegang tangan Irsyad macam itu. Ewah-ewah perempuan ini!

Untuk mengelakkan perkara lain berlaku, Haris menerjah masuk ke dalam wad dan tayang muka selamba di depan mereka berdua yang terkejut dengan kehadirannya.

Reaksi Irsyad nampak sangat lega apabila Haris datang. Wanita itu pula Haris lihat sedang mengelap air mata yang berguguran di pipi merahnya.

"Saya balik dulu."

Wanita itu terus meluru keluar tanpa menoleh ke belakang. Tak ada salam mahupun selamat tinggal. Berkerut dahi Haris melihat kelakuan wanita itu.

"So... boleh kau terangkan dekat aku, apa sebenarnya yang berlaku tadi? Kenapa dia pegang tangan kau macam ini?" Haris memegang tangan Irsyad sama seperti wanita itu pegang.

Irsyad berdecit. Dia sendiri tak tahu kenapa Adel tiba-tiba saja pegang tangannya. Kata-kata maaf yang keluar dari mulut wanita itu terasa tak bernilai apabila dia asyik mengucapkannya saban kali mereka berjumpa.

Irsyad faham, Adel rasa bersalah kerana bekas suami dia yang menyerang Irsyad tapi dia tak perlu melawat setiap hari dengan menggunakan alasan yang sama. Sebagai lelaki, Irsyad rasa kehadiran Adel hanya menyemakkan kepalanya saja.

NURIN | 2 [c]Where stories live. Discover now