Bab 03

1.2K 107 1
                                    

Keriuhan kenduri kahwin Azam dan isterinya boleh dirasai dari jauh lagi. Dengan paluan kompang dan dendangan lagu pengantin membuatkan tetamu yang hadir turut teruja melihat pasangan raja sehari itu berarak masuk ke dalam dewan.

Yana dan Nurin masing-masing sibuk mengambil gambar. Yana ke kiri, Nurin ke kanan. Yana di bawah, Nurin di atas. Tak ada orang yang lebih beria-ria berbanding mereka berdua. Aksi menangkap gambar pengantin tamat apabila Mak Jah mula menarik dua anak dara itu untuk duduk di meja berdekatan dengan pelamin.

"Duduk sini diam-diam!"

"Alaa, mak. Yana nak tangkap gambar lagi, nak update dekat Instagram Story." Yana muncungkan bibirnya tanpa melihat mata helang Mak Jah.

Nurin ketawa nipis melihat muka masam Yana. Mereka berdua sebenarnya yang paling teruja melihat Azam dan isterinya sejak pagi tadi sedangkan hampir setiap hari mereka sentiasa berjumpa.

Dari meja keluarga mereka, Nurin melihat raut wajah abang susuannya. Sangat bahagia dan senang hati. Bila mata lelaki itu bertentang dengan mata si isteri, lelaki itu akan tertunduk malu. 

"Tak sangka Ijam dah kahwin. Rasa macam baru semalam dia back-up kita sebab main baju kurung Mak Jah dulu."

Yana ketawa mengingati semula memori lama mereka bertiga. Dialah ketua segala rancangan nakal dan jahat mereka manakala Nurin pula menjadi pengikut setianya. 

Pernah sekali, mereka bermain di dalam kebun getah. Tak pasal-pasal kena kejar dengan babi hutan. Nasib baik Azam ada, laju saja lelaki itu menjerit suruh panjat pokok tinggi dan kemudian lari ke rumah memanggil Mak Jah.

Sudahnya, Mak Jah dan arwah suaminya datang selamatkan mereka. Itu pun selepas babi hutan sudah tiada di kawasan tersebut. Malam itu, mereka berdua kena kurung dalam bilik di belakang rumah. Azam jugalah yang bawakan makanan dan ubat nyamuk untuk adik-adiknya.

"Kau nak makan apa-apa tak? Aku nak ambilkan." Yana bangun dari tempatnya.

Dia tak mahu perasaan sebak menguasai dirinya. Melihat abangnya tersenyum bahagia di sebelah orang yang menjadi penyebab senyuman itu, dia tak mahu rosakkan mood sedia ada sekarang ini. Yana dah cukup bersyukur kerana mendapar kakak ipar yang baik luar dan dalam.

"Tembikai." Nurin menjawab.

Yana membuat gerakan tangan 'okay' dan bergerak ke khemah lain. Tinggallah Nurin sendirian di meja, termenung melihat para tetamu yang hadir. Orang kampung tak sama dengan orang bandar.

Di sini, orang kampung hanya kenal Nurin sebagai anak angkat Mak Jah, kawan Yana dan Azam. Mereka tak tahu tentang status Nurin yang sebenar dan dia pun tak mahu dikenali kerana status keluarganya itu.

Baru minda teringat tentang Dato Isma, telefonnya terus bergetar menandakan ada panggilan masuk. Ayah, Dato Isma menelefon.

"Helo, ayah. Kenapa ayah telefon Nurin? Dada ayah sakit lagi ke?" Nurin tanya dengan nada cemas. 

Kesihatan Dato Isma kebelakangan ini tak berapa baik, Nurin selalu luangkan masa di rumah ayahnya untuk memantau kesihatan Dato Isma.

"Taklah! Ayah takut kamu lupa, sampaikan salam ayah dekat Mak Jah. Tapi kamu jangan bagitahu dia yang ayah tak sihat. Nanti dia nak melawat ayah pula." Dato Isma ketawa di hujung katanya.

Nurin ikut ketawa. Ayahnya lagi takutkan bebelan Mak Jah daripada bebelan Nurin. Pantang Mak Jah buka mulut nak membebel, Dato Isma pasti akan cari alasan untuk larikan diri.

Kali ini, dia tak dapat hadir ke kenduri kahwin Azam. Awal-awal Nurin tiba di rumah Mak Jah, dia dah sampaikan salam Dato Isma kepada Mak Jah. Kalau bukan kerana kenduri anak terunanya, mungkin sekarang dia dah dalam perjalanan ke rumah Dato Isma dengan Mak Jah sebagai penumpang di sebelahnya.

NURIN | 2 [c]Where stories live. Discover now