✿
Yoon Hea. Gadis ini memiliki deria ke enam di mana dirinya mampu melihat benda ghaib yg tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Sejak lahir lagi dia sudah memiliki kekurangan itu. Disebabkan itu juga lah dia tidak pernah merasa mempunyai kawan baik, orang orang menganggapnya pelik dan menakutkan. Namun, ada juga yg tidak mempercayainya justeru meremehkannya.
Ibu bapanya pula sudah meninggal dunia akibat kemalangan sewaktu dia masih berumur 18 tahun. Oleh itu, orang orang mempercayai bahawa dia seorang pembawa nasib malang dan menjadi penyebab kematian kedua orang tuanya.
Hea hidup seorang sendiri ditemani kesepian membuatkan dia berputus asa untuk menjalani kehidupan. Baginya, tiada makna lagi untuk dia terus bernafas di muka bumi yg kejam ini.
"Aku nak mati!!"
"Kalau kau nak mati sangat bagi dulu nyawa kau dekat aku. Aku terdesak nak hidup balik" Sambung satu suara.
"Eh kau tu dah mati, mati je lah alamak"
Berborak dengan hantu sudah menjadi perkara biasa bagi Hea tapi seumur hidupnya dia tidak pernah menjangka jika seekor hantu akan meminta pertolongan daripadanya. Pertolongan dan permintaan yg sangat berat tanggungjawabnya.
"Kenapa kau masih berkeliaran dekat sini?"
"Aku tak boleh bersemadi dengan aman bila terfikir adik aku. Dia kecil lagi, macam mana dia nak hidup seorang diri? Tolong lah aku Hea, jaga dia"
"Bagi aku masa untuk fikirkan"
Sejak kemunculan hantu itu dia tidak merasa kosong dan kesepian lagi malah perlahan-lahan belajar untuk menghargai dirinya. Siapa sangka lama kelamaan dia mulai menyanyangi hantu lelaki itu.
Mungkin kisah hidupnya agak cliché namun satu fakta mengejutkan dirinya. Semuanya tidak seindah seperti yg dia fikirkan.
"Aku nak kau tau yg masa kau ada tak banyak lagi. Takdir kau telah berubah"
"B-berubah?"
✿
[#] Inspired by Goblin
[A/n] Cerita ini hanya lah rekaan semata mata tiada kaitan dengan yg hidup ataupun mati, semua kejadian di dalam cerita ini tiada kaitan dengan kehidupan di dunia nyata.
(EDITED)
Had umur :
15+ ke atasGenre/category :
Fanfiction, romance, fantasyTw :
- Mentioning about suicide/self harm
- Blood [?]
- Murder/violence
- Disturbing details
- Bully
- Ghost [?]
- Swearing/Cursing[Read at your own risk]
KAMU SEDANG MEMBACA
❝Beautiful Destiny❞ + Lee Know
Fanfiction15+ Agak agaknya, apa yg akan terjadi apabila seekor hantu yg terdesak ingin hidup semula terserempak dengan seorang manusia yg sedang cuba membunuh diri? ❝Kalau kau nak mati sangat bagi dulu nyawa kau dekat aku. Aku terdesak nak hidup balik❞ 【 Insp...