06 : I

259 49 14
                                    



+

"Helo? Ada orang tak?"

Seorang budak lelaki keluar dari rumah kecil itu. Aku mengimbasnya dari atas ke bawah. Mungkin dia berumur dalam lingkungan 13 - 16 tahun.

"Ini ke adik kau?" Bisik aku kepada Minho di sebelah. Dia menganggukkan kepala.

Tanpa berlengah, aku segera menghampiri adik Minho untuk memperkenalkan diri.

"Hai, saya Yoon Hea. Saya tinggal tak jauh dekat sana, saya pun tak tahu nak cakap apa tapi ambil lah" Aku menghulurkan tapau ke arahnya, dia mengambilnya dengan raut wajah tanpa emosi.

Aku menggaru kepala yg tidak gatal, apa yg aku tengah buat ni? "Okey lah selamat malam"

Aku mula berlari meninggalkan budak tu sambil mengetuk kepala sendiri. Rasa bodoh tiba-tiba pergi tanpa menunggu balasan daripadanya.

"Dia tak sempat kenalkan diri lagi kau dah lari" Ujar Minho, dia menghadiahkan aku jelingan maut.

Aku menghentikan larian dan cuba mengatur pernafasan.

"Sabar lah, sebab aku tengok adik kau tu pemalu. Ada ke dia balas apa-apa masa aku bercakap tadi? Tak ada weh, syok sendiri" Walaupun aku yg terus larikan diri.

Minho cuma diam tidak bergeming sama sekali.

"Tu lah nak bising lagi" Aku menyindir perlahan.

"Weh anyway, kenapa hantu-hantu masih stuck dekat dunia? Mesti ada sebab kan? Sepatutnya dah mati tu hilang je lah kan"

Dia pandang aku tajam mungkin disebabkan ayat terakhir aku agak kasar. Aku menggigit bibir bawah berpura pura merasa bersalah.

"Diorang masih ada keinginan yg belum tercapai dan tak boleh bersemadi dengan aman. Macam aku lah"

Aku berhenti melangkah buatkan dia turut berhenti, dia menoleh memandang aku yg berada di belakang.

"Kalau macam tu, apa keinginan kau. Kenapa kau masih berkeliaran dekat sini?"

Dia mengeluh sebelum menjawab. "Aku tak boleh bersemadi dengan aman bila terfikir adik aku. Dia kecil lagi, macam mana dia nak hidup seorang diri? Tolong lah aku Hea, jaga dia"

Aku sedikit terkejut, semua ni berat tanggung jawabnya. Jaga diri sendiri pun tak reti apa lagi nak jaga adik orang.

"Bagi aku masa untuk fikirkan"

Aku mula mengorak langkah tapi Minho terlebih dahulu menghalang jalan aku dengan mendepakan kedua-dua tangannya.

"Apa maksud kau? Kau dah janji akan tolong aku balik kan?"

Aku membuang pandangan ke tempat lain, enggan bertentangan mata dengannya. Dalam hati aku mula menyesali segala-galanya. Kenapa lah aku terima tawaran dia?

"Mana lah aku tau ini yg kau nak sebagai balasannya. Kau nampak tak diri aku ni macam mana? Masuk penjara tak kisah, duit tak ada. Macam mana nak jaga adik kau?"

"Tapi, kau seorang je yg boleh nampak aku. Aku tak tau nak mintak tolong dekat siapa lagi" Nada suaranya berubah, kedengaran sangat menyedihkan manakala mata sayunya itu merenung ke dalam iris mata aku.

Matanya yg sayu itu seolah olah merayu aku untuk membantunya. Aku mengeluh. "Macam mana aku boleh tolak permintaan kau kalau macam ni? Ish"

Kali ni aku betul-betul melangkah, tangannya aku tempuh saja.

"Ha?! Maksud kau, kau nak tolong aku ke?!" Dia melompat gembira buatkan bibir aku bergerak mengukir senyuman kecil.

"Ya. Okey lah, dah sampai dah ni. Aku masuk dulu. Esok kita kena kerja"

Dia menganggukkan kepalanya laju sambil tersenyum gembira, sumpah tak tipu dia memang comel. Aku menahan senyuman sebelum masuk ke dalam rumah.

Aku mengunci pintu utama kemudian mengintipnya melalui tingkap. Dia masih berdiri dihadapan pagar sambil tersengih penuh bahagia.

Aku terkekeh.

Aku tertanya tanya, dia tak kesejukan ke dekat luar?

"Oh iya, dia hantu"

Aku mencampakkan kunci rumah ke atas katil selepas itu giliran tubuh aku pula untuk mendarat, nasib baik katil ni empuk.

+

"Aku nak mati!! Sesiapa tolong lah!!"

Air mata aku menitis seiringan dengan jeritan yg memenuhi malam sepi itu.

"Lee Minho, ini lah kesempatan kau" Sambung satu suara yg berada di sebalik kegelapan.

Aku cuba memastikan dia siapa tapi terlalu gelap. "Kau siapa? Macam mana kau kenal Minho?"

"Aku? Aku lah 'sesiapa' yg kau cari tadi. Sekarang aku akan serahkan semuanya pada kau, Lee Minho"

"Apa kau mengarut ni?! Mana Minho?! Cakap elok-elok lah bagi aku faham sikit!" Dada aku mulai turun naik disebabkan nafas tak teratur, marah melampau tanpa sebab.

Tanpa berfikir panjang, aku memasuki kawasan gelap itu semata-mata mencari lelaki tadi.

"Tunjukkan lah diri kau bodoh! Ah!" Aku ditolak oleh seseorang sehingga terjatuh. Aku memegang lutut aku yg terasa sangat sakit.

"Kau ke orang yg tolak aku?! Kau nak apa sebenarnya!" Aku semakin marah, aku memaksa diri untuk berdiri mencari lelaki itu didalam kegelapan.

Tiba-tiba aku terlanggar tubuh seseorang, tapi yg pasti ini bukan lelaki tadi. Aku menolaknya menjauh, aku cuba melihat wajahnya tapi gagal kerana terlalu gelap.

"Kau siapa?"

"Aku Minho, terima kasih Hea dan maafkan aku"

"Ha? Apa maksud kau- Ah!" Perut aku jelas terasa ditikam menggunakan sebilah pisau, aku jatuh terbaring.

Itu bukan kau kan Minho?

"M-minho, tolong keluarkan aku dari semua ni. Sakit, kau ada dekat mana.."

Aku mula menangis, tangan aku pula masih memegang luka diperut menahan darah daripada terus mengalir.

"I'm sorry"

Aku ditikam sekali lagi, lagi dan lagi. Tanpa mengenal erti henti, aku terus ditikam seperti seekor haiwan. Tenaga untuk menjerit meminta tolong pun sudah tiada.

+

Tbc

❝Beautiful Destiny❞ + Lee KnowTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang