20 : K

178 42 9
                                    




+

Heeseung tersembur air ketika aku memberitahunya aku sudah berhenti kerja. Dia meletakkan gelas ke atas meja lalu mengelap meja yg sudah basah. "Kejap kejap, kau dah berhenti kerja?"

Aku menganggukkan kepala memberi respon.

"Alaa noona, aku ni introvert and ada social anxiety tau kalau kau tak ada dekat sana macam mana aku nak sambung kerja?"

"Selama ni pun syif kita selalu berbeza macam mana kau boleh kerja?" Aku membalas, menjongket sebelah kening meragui alasannya.

"Sebab, sekurang-kurangnya kau pun ada kerja dekat situ juga. Ee noona dah tua, tak faham" Heeseung menjeling ke atas, sengaja menguji kesabaran aku lah tu.

Kurang ajar, dah terbiasa dia ni. Aku menampar belakangnya kuat. "Aduh!"

"Kau ni, jaga mulut kau sikit eh. Kalau bukan sebab abang kau dah lama aku buang kau dekat tepi jalan tu ha"

"Nyenyenye, ya lah ya lah sorry aku salah aku adik derhaka"

"Sedar diri pun"

Heeseung mengetap gigi. Tangannya hampir terlepas menjambak rambut aku tapi dia tahan. "Kau kena belajar berdikari, kau tu dah 16 bukannya 12. Lagipun aku tak lama dah ni"

"Ha? Tak lama lagi? HAHAHAH ayat kau macam nak pergi mati pula" Budak tu ketawa mengejek, terhibur dengar ayat terakhir aku tadi.

Aku diam, tiada niat memarahinya ataupun membalas apa-apa memandangkan perkataannya itu benar. Dia berhenti ketawa, wajahnya berubah menjadi serius melihatkan aku tidak memberi reaksi. "Wait- jangan cakap kau-"

Aku memotong percakapannya sengaja menukar topik. "Cepat lah makan, aku nak keluar dulu"

"Kau nak pergi mana?"

Tiba-tiba dada aku terasa seolah-olah dicucuk oleh jarum dan dalam masa yg sama kerongkong aku gatal. Aku tahu ini merupakan gejala-gejala 'penyakit' tu. Aku bergegas naik ke atas bumbung. Setibanya di sana aku terus menekup mulut dan batuk sesenyap yg mungkin.

Aku melihat telapak tangan aku. Ada darah. Aku tak sangka aku akan batuk darah macam ni aku ingatkan cuma batuk biasa. Sebelah tangan aku pula menggosok dada aku yg terasa semakin pedih. Aku tak sangka penyakit ni akan sesakiti ini.

"Kau dekat sini rupanya, penat aku cari"

Aku menyorokkkan tangan ke belakang dengan cuak sebelum memutarkan tubuh menghadap Minho. Aku memaksa diri untuk tersenyum palsu. "Apa kau ni, kau yg menghilang. Aku ada je dekat sini"

Dia tersenyum dan membuka langkah membuatkan aku automatik mengundurkan diri satu langkah ke belakang. Dia memandang aku pelik. "Kenapa ni?"

Aku menggelengkan kepala. "Sorry, aku rasa tak sedap badan. Aku masuk dulu" Aku cuba untuk melangkah tapi dia menghentikan aku terlebih dahulu.

"Hea, aku dah tahu semuanya"

"Ha?" Jangan cakap, dia tahu semuanya? Dia tahu aku akan mati secara perlahan-lahan untuk dia?

"Kita sama-sama dihukum Hea. Christopher bagitahu semuanya dekat aku kelmarin. Kau akan mati secara perlahan-lahan sebagai gantinya, aku hidup jadi manusia biasa. Ataupun, aku.. Aku nak cakap pasal ni pun tak sanggup, Hea jangan cakap kau cuba untuk rahsiakan semua ni daripada aku?"

Aku tak tahu kenapa aku menangis sekarang. Air mata aku mengalir tidak sesuai dengan keinginan aku. "Sebenarnya, aku takut. Aku takut mati, aku dah mula hargai hidup aku, aku dah mula bersyukur. Tapi tak sangka takdir aku berubah macam ni. Aku takut"

Dia menarik aku ke dalam pelukan hangatnya sebaik sahaja mendengar luahan hati aku tadi. Tangannya menggosok belakang aku lembut. "Aku minta maaf sebab muncul dalam hidup kau, kalau aku tak ada mesti semua ni takkan terjadi"

"Tak, jangan cakap macam tu. Aku tak pernah menyesal jumpa kau jadi tolong lah"

Dia menganggukkan kepalanya laju sebelum memeluk aku semula. "Aku takut kehilangan kau, Hea"

"Aku pun.. Minho, p-penyakit ni sakit sangat. A-ku takut" Perkataan aku mula tersangkut sangkut kerana sakit di dada semakin teruk.

Minho meleraikan pelukan ketika perasan aku berhenti membalas pelukannya. Kedua tangannya memegang bahuku. Dia menggoncang tubuh aku selembut yg mungkin memaksa aku untuk melihatnya. Tapi untuk beberapa alasan aku rasa sangat lemah dan tak ada tenaga untuk berdiri sekarang.

"Hea, kau tak okey sangat ni! Macam mana ni, apa yg aku perlu buat Hea. Please, kau pucat teruk ni"

Kali ini dia memapah aku. Tiada tenaga melawan, aku membiarkan saja Minho memeriksa telapak tangan aku. "Kau batuk darah ke?! Hea, kuatkan diri kau. Kita pergi hospital tau?"

Aku menggelengkan kepala tanda tak mahu. "P-penyakit ni, kekal. Tak ada cara lain untuk pulihkan.." Aku berbisik di hujung ayat kerana tidak bermaya. Mata aku terasa sangat layu dan berat.

Akhirnya aku memejamkan mata perlahan.

Hea's pov end  ━━

+

Christopher kelihatan sedang berbaris di tepi jalan bersama 6 malaikat maut yg lain. Mereka dikhabarkan bahawa sebentar lagi akan ada terjadinya kemalangan jalan raya yg akan meragut sekurang-kurangnya 7 nyawa.

Matanya menangkap sebuah figura yg sangat familiar baginya. Gadis itu sedang melintas jalan raya sedangkan sekarang lampu isyarat menunjukkan warna hijau. Wajah Christopher kelihatan sangat gusar. Tanpa berfikir panjang dia terus berlari cuba untuk menyelamatkan gadis itu dari dilanggar kereta.

Semua malaikat maut disitu keliru melihat tindakan Christopher yg di luar dugaan itu. Padahal dia dikenali sebagai malaikat maut yg benar-benar tiada emosi dan tidak pernah melalukan kesalahan. Tapi kenapa dia cuba selamatkan perempuan tu?

Padahal nama gadis itu termasuk antara salah seorang yg akan tercatat di atas kertas hitam sekejap lagi.

Mujur malaikat maut bernama Felix itu sempat menghalangnya sebelum dia bertindak lebih jauh lagi. Dia menumbuk wajah Christopher untuk memberinya kesedaran. "Kau dah kenapa?! Christopher! Sedarkan diri kau!" Dia berkata tegas.

Namun, Christopher tidak membalas sepatah perkataan pun sebaliknya dia bangun dan cuba untuk menyelamatkan gadis itu lagi. Tapi, dia terhenti saat perempuan yg dia cuba selamatkan tadi sudah dilanggar oleh sebuah lori yg kehilangan kawalan.

Dia terpegun di tempat yg sama. Mengabaikan kemalangan besar yg sedang berlaku di hadapannya. Matanya tetap terkunci pada tubuh gadis yg sudah tidak bernyawa itu.

+

Tbc

❝Beautiful Destiny❞ + Lee KnowTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang