15 : N

207 41 17
                                    




+

Nafas aku terasa seakan-akan tersekat di kerongkong. Mahu menjerit meminta tolong tetapi tak mampu bersuara.

"Noona! Kenapa ni?"

Heeseung menggoncang bahu aku dengan panik dan dia berhasil mengembalikan aku ke dunia nyata. Aku bersyukur mampu bernafas semula.

"Noona?"

Aku mencari kelibat gadis tadi, dia sudah tiada.

Kami bertiga masih berdiri di tepi jalan menunggu lampu isyarat berubah warna. Rupanya semua kejadian tadi adalah akibat kesan trauma dan perasaan terlalu serba salah aku.

"Kau okey ke?" Minho bertanya risau.

Aku sekadar menganggukkan kepala sebagai jawapan.

"Ha risau aku tengok kau berkeringat macam ni, sorry lah aku tak ada tisu" Ujar Heeseung pula.

Aku kekal diam. Masih dalam keadaan terkejut. Jantung aku juga tidak berhenti berdegup pantas.

"Ha jum lah, lampu isyarat dah bertukar warna tu" Heeseung mengajak sebelum mendahului kami berdua.

Tapak kasut aku mula menyentuh jalan. Aku berhenti kerana terfikirkan hal tadi. Takut jika benda tadi akan menjadi kenyataan.

Aku agak tersentak ketika tangan aku terasa digenggam lembut oleh seseorang. Aku melihat gerangan tersebut. Lee Minho, dia tersenyum hangat memandang aku.

"Jangan takut, aku ada dengan kau"

Jujur aku lega, tangannya mendarat di atas permukaan dahi aku, menyeka keringat aku dengan tangannya. "Selagi aku ada dengan kau, semuanya akan baik-baik je. Jum"

Dia faham perasaan aku.

Aku mengikuti setiap langkahnya tanpa keraguan. Memang benar, tiada apa-apa yg terjadi. Kami berjaya melintas dengan selamat.

"Thank you"
Ucapku dengan ikhlas.

Aku cuba melepaskan tangan dari genggamannya tapi dia masih berkeras untuk terus berpimpinan tangan. Ibu jarinya menggosok lembut permukaan depan tangan aku. Perut aku memberi tidak balas berasa tidak selesa.

"Apa pun yg terjadi aku akan sentiasa melindungi kau" Bilangnya sambil menatap ke dalam iris mata aku.

Aku tak cukup bodoh untuk menafikan apakah penyebab lain jantung aku berdegup kencang seperti ini. Tapi tak mungkin aku jatuh cinta dekat seekor hantu. Aku manusia. Tak boleh macam ni.

"A-ku rasa bos aku calling lah" Boleh pula suara aku retak, nampak sangat aku menipu. Aku melepaskan tangan aku lalu mengambil telefon walaupun tiada panggilan masuk.

+

"Kenapa kau tak nak aku tolong kau buat kerja ni?" Entah ini kali yg ke berapa dia tanya soalan yg sama.

Aku cuma memekakkan telinga sambil mengelap meja. "Kau masih tak selesa sebab aku masuk bilik kau ke?"

Aku menghentikan gerak geri aku. "Bukan lah gila!" Aku separa menjerit.

Dia menyentuh pipinya beberapa kali dengan jari telunjuk sambil berfikir. "Habis tu? Ada sebab lain ke?"

"Aku just tak perlukan bantuan kau hari ni, puas hati?" Aku cuba sebaik mungkin untuk mengawal ekpresi muka,

"Laa ingatkan.."

"Ha iya lah, kau fikir apa?" Aku menolaknya yg sejak tadi berdiri di sisi. Kemudian, aku menghampiri singki untuk membasuh pinggan dan cawan yg kotor.

"Kau buat macam ni tak ada gunanya sebab lepas ni kita kena ambil kucing kesayangan aku juga. Jalan sama-sama lagi"

Ya, mahu tahu mahu aku tetap hadap muka kau tiap-tiap hari.

"Tahu"

+

Heeseung ni sengaja ke apa ni? Budak tu tiba-tiba balik awal dengan alasan ada perkara penting yg dia harus selesaikan. Kenapa dia perlu tinggalkan aku waktu aku nak jauhkan diri daripada abang dia?

Kami berdua berdiri tegak seperti tiang tak berbayar sementara menunggu lampu isyarat bertukar warna.

"Kalau kita ditakdirkan untuk jatuh cinta kau suka tak?"

Mata aku sedikit membulat mendengar soalan yg tiada kena mengena dengan situasi sekarang. Apa masalah hantu ni sebenarnya? "No comment"

"Tapi bayangkan, kita kena jatuh cinta tapi untuk menghukum kita?"

Kali ini aku memandang wajahnya. Soalan jenis apa pula ni? "Kau cakap apa ni? Aku tak faham"

Minho menggelengkan kepalanya. "Kalau aku, aku akan terus ada dengan kau untuk melindungi kau. Oh tengok tu masa untuk melintas" Dia memuncungkan mulutnya menunjuk ke arah lampu isyarat buatkan aku turut melihat ke tempat yg sama.

Jantung aku berdebar debar di saat merasakan sentuhannya. Dia memimpin tangan aku lembut.  "Aku tak nak kau jadi macam pagi tadi" Katanya dengan nada risau.

"Tapi sekarang aku okey je" Aku menjawab perlahan.

Walaupun kami berdua sudah selesai melintas jalan dia masih lagi memimpin tangan aku. Apa masalah dia ni?

"Izinkan aku terus memimpin tangan kau boleh? Tolong jangan lepas"

Aku diam. Cuba menghadam dan memahami situasi sekarang. Mulut aku tertangkup sebelum aku sempat bersuara.

"Aku tak kisah. Aku tak perlu keizinan kau. Jum!"

Tanpa izin dia berlari meskipun tangan kami berdua masih berpegangan satu sama lain. Disebabkan itu, aku terpaksa mengikuti setiap gerak gerinya.

"Aku tak nak lari lah! Kau ni pun, aku belum balas apa-apa lagi"

Minho masih lagi berdegil justeru tertawa gembira sambil menarik aku berlari bersamanya. Niat aku ingin memarahinya terbatal tatkala melihat senyuman manisnya itu.

Aku menarik senyuman lebar.

Kami berlari ditemani cahaya matahari terbenam. Aku memejamkan mata ketika angin menyapa wajah aku. Percuma saja aku menerima pandangan pelik daripada orang-orang awam. Aku tak kisah.

Perkara sekecil ini saja sudah cukup menggembirakan aku. Jadi tak mustahil jika aku memulakan hidup semula dan berbahagia, kan?

Tak sangka dunia ni indah.

+

Tbc

❝Beautiful Destiny❞ + Lee KnowTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang