ㅤ
ㅤ
ㅤ
+Hari ini Minho akan memulakan permintaan gila aku tempoh hari. Tiada lain tiada bukan, rancangan untuk memberikan pengajaran kepada musuh utama aku. Karina dan Winter. Tapi hari ini giliran Karina seorang saja dahulu.
Aku dan Minho khusyuk berbincang tentang perancangan untuk mengenakan Karina sebentar lagi.
"Okey pertama sekali, kita beli fake blood"
Dahi aku berkerut seribu tak faham, apa pula yg dia rancangkan ni. "Kau nak buat apa dengan fake blood?"
"Ada lah, untuk menakutkan dia"
"Kenapa kau tak bunuh dia je terus?"
Minho diam, mengerjapkan matanya sebanyak dua kali. Tak berani mungkin. Aku terhibur melihat reaksinya. "Gurau, kau sangka aku ni kejam sangat ke?"
"Hambar gila"
Aku menampar bahunya tapi dia sekadar tertawa kecil. Seolah terpana, mata aku terus terkunci mengamati wajahnya yg sedang tersenyum. Macam kucing.
"Comel" Pantas aku menekup mulut apabila perkataan itu tidak sengaja meluncur keluar daripada mulut aku,
"Siapa comel, aku ke?"
Dia bertanya lalu mendekatkan wajahnya dengan cara mengusik, aku mengundur beberapa langkah ke belakang. "K-kau dekat sangat ni" Aku menolak dahinya menjauh menggunakan jari telunjuk.
"Biasa je tu, kalau aku kiss nanti mesti lagi dekat"
Agak geli tapi tipu lah kalau aku cakap aku tak berdebar debar sekarang ni. "Jangan cium bagai lah, nanti nyawa aku juga yg berpindah dekat kau"
"Memang itu yg aku maksudkan pun"
Tch, ingatkan dia maksudkan benda lain. Kau pun satu Hea, dah kenapa.
Aku membuang pandangan ke tempat lain cuba menyembunyikan rasa malu yg terlakar di wajah.
"Kau buat apa dekat situ, pergi lah beli fake blood sana"
Aku membuat muka sebelum mencebik mengejeknya. Suka-suki dia saja mengarah aku. "Nyenyenye"
"Ingat eh aku ni hantu yg boleh sentuh manusia, aku tumbuk nanti"
Aku masih lagi mengejeknya sambil berlari meninggalkan dia. "Nyenyenyenyenye"
+
Aku segera mencapai darah palsu lalu membuat pembayaran, tak mahu membuang masa. Sementara menunggu juruwang memberi baki duit, aku memerhatikan sekeliling.
Bahu aku terhinjut. Tersentak ketika tidak sengaja melihat seorang wanita sebaya aku dilanggar sewaktu cuba melintas jalan tadi. Kereta yg melanggarnya pergi macam tu saja. Dalam masa yg sama mata aku menangkap figura seorang lelaki berpakaian serba hitam. Ini bukan malaikat maut yg sering memerhatikan kami beberapa hari lalu.
Aku mengerutkan dahi.
"Cik, ini dia"
Aku tersedar pada tugas yg asal di saat ditegur oleh juruwang. Pantas aku mencapai duit baki yg terhulur itu. Kemudian, kami berdua keluar bersama-sama menuju ke tempat kejadian.
Masing-masing terkejut, juruwang tadi segera memanggil ambulans.
Aku pula menghampiri malaikat maut tersebut. Dia kelihatan sedang menarik nyawa wanita tersebut.
Aku berhenti melangkah tanpa bersuara. Sesuai jangkaan aku, dia menoleh seakan-akan mengetahui kehadiran aku di belakangnya. Dia meletakkan pennya setelah selesai mencatat nama wanita yg sudah tidak bernyawa itu. Pandangannya ditepatkan pada aku.
"Yoon Hea?"
Sebutnya. Mata aku membulat. "Macam mana kau tahu nama penuh aku?" Aku bertanya tak percaya.
Dia memasukkan kertas hitam yg dipenuhi dengan nama-nama orang mati itu ke dalam poket kot hitamnya. "Entah lah, sebab kau satu-satunya orang yg ada deria ke enam dalam bandar ni"
"Siapa kau?" Aku memberanikan diri untuk bertanya.
"Lee Felix"
"Aku sibuk ni, kalau kau perlukan bantuan jangan malu-malu nak cari aku"
Selepas mengatakan itu dia menghilang macam tu saja. Bayangannya lesap ditelan angin. "Jadi macam mana aku nak minta bantuan dekat dia kalau dia boleh hilangkan diri bila-bila masa je? Pelik but tak apa lah"
+
Aku memerhatikan Minho yg sedang ralit menulis amaran di kertas putih besar menggunakan darah palsu yg aku beli tadi. "Datang melutut meminta maaf dekat Hea ataupun mati" Bacaku perlahan, aku menekup mulut.
"Tak cukup seram ke?" Tanya Minho sambil menggaru kepala. Suci sungguh mukanya semasa melepaskan soalan itu.
"Seram sangat ni woi"
Ini bukan macam yg kami berdua bincangkan tadi. Aku cadangkan dia takutkan dengan cara lain tapi tidak lah sampai melibatkan 'mati' macam ni.
Tapi tak apa, yg penting Karina datang minta maaf dekat aku sendiri.
+
Usai memakai pakaian yg disediakan untuk menyamar sebagai penghantar barang tadi aku terus menapak masuk ke dalam pejabat. Aku menarik perlahan topi untuk menutupi setengah muka.
"Tinggalkan barang dekat sini" Tegur seorang penjaga disitu, aku menganggukkan kepala lalu meletakkan kotak yg aku bawa tadi ke atas meja.
Aku keluar sambil menahan senyum, Minho yg sedang berdiri menunggu aku di luar sambil memeluk tubuh itu bersuara.
"Excited betul kau"
Aku cuma ketawa kecil lalu mengorak langkah menghampirinya. Baru saja kami membuka beberapa langkah ke depan, tiba-tiba tubuh seseorang jatuh dari tingkat atas. Ia jatuh betul-betul tepat dihadapan kami.
Langkah kami berdua terhenti secara serentak. Aku terpegun melihat pemandangan yg sangat mengerikan di depan mata aku sekarang. Darah mula mengalir di atas permukaan jalan dan aku dapat lihat dengan jelas sebelah kaki orang itu sudah patah.
Badan aku mula menggigil ketakutan. Mata aku ditutup perlahan oleh Minho dari belakang. Seperti beberapa hari lepas dia menarik aku ke dalam pelukannya.
Aku menangis ketakutan di dalam pelukannya, takut aku bertambah 2 kali ganda ketika melihat wajah si mati.
Dia, Karina.
Hea's pov end ━━
+
Tbc
KAMU SEDANG MEMBACA
❝Beautiful Destiny❞ + Lee Know
Fanfiction15+ Agak agaknya, apa yg akan terjadi apabila seekor hantu yg terdesak ingin hidup semula terserempak dengan seorang manusia yg sedang cuba membunuh diri? ❝Kalau kau nak mati sangat bagi dulu nyawa kau dekat aku. Aku terdesak nak hidup balik❞ 【 Insp...