ㅤ
ㅤ
ㅤ
+Minho's pov ━━
Aku berhenti menikam ketika Hea tidak bersuara lagi, pisau dibaling dengan jauh. Tubuh Hea yg berlumuran dengan darah itu aku peluk. "Hea.. Aku tau kau yg nakkan semua ni tapi aku tetap tak sanggup tengok kau terseksa macam ni"
"K-kau buat.. keputusan yg betul" Suaranya kedengaran sangat perlahan.
"Hea, maafkan aku"
Mulut Hea terbuka cuba untuk mengatakan sesuatu tapi selepas beberapa saat mulutnya kembali tertutup. Dia memejamkan mata dan tubuhnya terasa sudah tidak bergerak lagi.
"H-hea? Hea? Yoon Hea?!"
Aku tetap tidak dapat menerima kenyataan walaupun aku sudah tahu dia akan pergi macam ni. Aku membiarkan air mata aku mengalir dengan deras.
Sebak. Aku diam dan mula menangis teresak-esak di hadapan tubuh Hea yg tidak bernyawa itu. Dada aku terasa sangat berat. Aku tak mampu mengeluarkan suara lagi.
Aku tak percaya dia dah pergi tinggalkan aku.
+
Aku membuka mata secara perlahan lahan. Pandangan aku masih kabur. Dalam masa sedetik aku terus teringat kejadian tadi. Aku bingkas bangun berlari keluar mencari Hea.
Langkah aku terhenti ketika perasan sekeliling aku agak berbeza, semuanya kelihatan sangat kosong. Rumah ni kemas sangat. Macam mana aku boleh tertidur dalam bilik tadi?
Aku berlari naik ke atas bumbung untuk mencari kelibat Hea tapi betapa peliknya, kesan darah pun tiada. Bersih.
Aku meraup wajah. "Ahh! Apa yg jadi ni? Aku dah jadi manusia ke? Hea ada dekat mana?"
Aku baru teringat. Aku sendiri tikam dia dekat sini sampai mati tapi sekurang-kurangnya mayat dia mesti ada di sini.
"Tch tch tch, Hyung ke yg menjerit tadi?"
Aku menoleh saat mendengar suara Heeseung dari belakang. Mata aku terbeliak terkejut. "Kau dengar aku? Kau nampak aku ke?"
Dia ketawa. "Soalan jenis apa ni? Jum lah turun makan, aku dah penat masak tu. Bukan macam kau kerja asyik nak tidur je"
Perasaan gembira yg aku rasa sekarang ni tuhan saja yg tahu. Aku memeluk adik kesayangan aku dengan erat. "Kau tak rindu aku ke?" Aku bertanya lalu menyerabaikan rambutnya.
Dia menyepak kaki aku dengan kuat membuatkan aku melepaskan pelukan. "Auch!"
"Geli lah. Kau dah kenapa? Buat apa nak rindu bila aku tinggal dengan kau sejak lahir?" Dahinya berkerut geram.
Aku melihatnya tak percaya, apa maksud dia? "Kau tak terkejut nampak aku ke?"
"Terkejut. Sebab muka hodoh kau tu. Ish kau dah kenapa perangai macam baru bangun koma padahal tidur satu malam je?" Dia pergi macam tu saja meninggalkan aku yg masih terpinga pinga.
Ada sesuatu tak kena. Aku berlari turun kemudian menuju ke dalam bilik semula. Telefon pintar yg memang terbaring di atas katil itu aku capai. "Telefon siapa ni?" Aku bertanya pada diri sendiri sebelum menekan kunci.
Mata aku membulat ketika melihat lockscreen, ini telefon aku. Macam mana boleh ada dekat sini? Aku melihat tarikh yg terpapar di bawah jam. "1 Julai 2021. Tarikh tak berubah tapi kenapa semuanya berbeza macam ni? Apa yg jadi ni?"
"Aku dah jadi manusia ke? Hea ada dekat mana sekarang?"
Aku memegang kepala aku yg terasa sakit. Aku tak faham semua ni. Ada satu cara saja untuk pastikan aku ni manusia ataupun tidak,
Cederakan diri.
Aku menuju ke dapur untuk mengambil pisau. Pisau buah itu aku pandang sebentar sebelum aku mengelar tangan aku tanpa teragak agak. "Akh.." Darah mula mengalir perlahan.
"Kau bodoh ke?" Satu suara datang dari belakang.
Aku tak tahu apa yg terjadi tapi tangan aku seolah-olah dikawal untuk melepaskan pisau tersebut. Luka di tangan aku hilang dalam sekelip mata. Aku menoleh dengan terkejut.
"Kau siapa?"
"Felix"
"Kau nak sia-sia kan hidup kau macam tu je ke? Macam mana dengan pengorbanan Hea?" Sambungnya.
"Hea? Dia ada dekat mana?" Aku memberikannya pandangan penuh harapan.
"Dia dah tak ada. Kau sendiri dah bunuh dia dan yes sekarang kau dah jadi manusia semula. Sekeliling kau berubah, Heeseung tak pernah tahu pasal hal sebelum ni tapi dia ada memori baru yg dibuat oleh Tuan K"
Tak ada masa untuk menangis sebab aku terlalu keliru. "Tuan K?"
"Dia ketua malaikat maut yg uruskan semua hal penting. Christopher pula sedang dihukum. Dia diseksa selama 2 tahun sebelum mati. Jadi, kau mesti sabar tunggu 2 tahun dan jangan buat benda gila macam ni"
"Tunggu? Maksudnya?"
"Kau tahu, kau takkan jadi manusia semula kalau bukan sebab Hea mati untuk kau. Dan macam tu lah sebaliknya, orang yg mati tak boleh hidup semula kecuali ada orang lain mati sebagai ganti"
Aku mula berharap mendengar berita baik seterusnya.
"Jadi Hea akan dihidupkan semula saat kematian Christopher nanti. Jadi jangan sia-sia kan pengorbanan Hea macam tu je. Kau dan dia akan hidup bahagia lepas ni sebab dia memang jodoh kau yg sebenar"
Aku terdiam tak percaya. Betul ke semua yg aku dengar ni?
"Aku pergi dulu"
Malaikat maut yg bernama Felix tadi hilang macam tu saja. Aku masih cuba untuk mempercayai semua ni. Terlalu banyak hal yg terjadi hingga aku sulit mempercayai fakta yg aku dapat menjalani hidup bahagia selepas ini.
"Patut lah selama ni aku percaya yg Hea tu jodoh aku" Senyuman tipis terukir di hujung bibir.
Aku akan tunggu kau dekat sini walaupun aku mesti menunggu selama 100 tahun sekalipun.
"Hea, aku tunggu kau"
Minho's pov end ━━
+
Tbc
KAMU SEDANG MEMBACA
❝Beautiful Destiny❞ + Lee Know
Fanfiction15+ Agak agaknya, apa yg akan terjadi apabila seekor hantu yg terdesak ingin hidup semula terserempak dengan seorang manusia yg sedang cuba membunuh diri? ❝Kalau kau nak mati sangat bagi dulu nyawa kau dekat aku. Aku terdesak nak hidup balik❞ 【 Insp...