ㅤ
ㅤ
ㅤ+
"Hea kau okey tak? Kau tak makan apa-apa sejak semalam. Tak lapar ke?" Soal Minho sebaik sahaja Hea keluar dari biliknya.
Risau. Sudah semestinya, semalam Hea asyik menangis ketakutan, trauma melihat semua kejadian tu di depan matanya sendiri.
Hea tidak membalas sebaliknya dia bertanya.
"Macam mana kau boleh masuk sini?"
Minho mengeluh, dah kenapa perempuan ni lupa ke yg dia tu hantu?
"Oh iya kau hantu" Sambungnya sendiri.
Minho hanya mampu menggelengkan kepalanya. Dia membuka tudung saji yg berada dia atas meja menampakkan nasi goreng kimchi yg baru selesai dimasak tadi.
"Aku masak untuk kau. Kau makan lah"
Hea memandang Minho dan nasi goreng kimchi silih berganti, teragak-agak nak makan mungkin. "Aku, makan masakan- hantu?"
"Kau tak nak, tak payah makan. Aku boleh buang. Tak ada guna aku masak pagi pagi buta tadi. Tak reti appreciate betul" Kata Minho bertele-tele, mengambil mangkuk itu dan mula melangkah berniat ingin membuangnya. Mulut dimuncungkan sebagai tanda merajuk.
Hea ketawa perlahan sembari menghalang tindakan Minho dengan memegang tangannya. "Aku tanya je pun, kau ni sensitif betul"
Dia merampas mangkuk yg dibawa olehnya tadi dan langsung melahap nasi goreng kimchi tersebut. Minho tersenyum gembira. Dia melabuhkan punggung disebelah kerusi Hea disertakan reaksi teruja.
"Macam mana, sedap tak?"
Hea menganggukkan kepalanya pantas. "Sedap sangat. Tapi pelik. Sepatutnya aku tak ada selera or muntah disebabkan hal semalam. Tapi makanan kau buat aku berselera. Thank you" Dia menarik senyuman manis.
"Hehe sama sama" Minho mula tersipu malu,
"Hari ni aku ambil cuti sebab tak sedap badan so kita boleh jumpa Heeseung"
"Eh, kau kan tak sedap badan. Duduk rumah je lah"
"Tak nak, aku nak tolong kau juga"
+
Mereka berdua tiba di perkarangan rumah Heeseung, lebih tepat lagi rumah ibu saudara Minho. Belum bertindak apa-apa lagi, sudah kedengaran suara beberapa orang sedang bertekak dari dalam.
"Kau ni menyusahkan aku je! Semua dah mati kenapa kau tak mati lagi?! Biar aku bunuh kau sini!"
Hea terkesima.
Jujur Minho sakit hati mendengar adiknya dilayan seperti itu. Tanpa berfikir panjang dia segera melangkah tapi Hea terlebih dahulu mencapai hujung tangannya. "Jangan, biar aku bertindak"
Minho menggenggam penumbuk menahan sakit di hati, Hea mula memukul pagar rumah. "Helo! Heeseung? Heeseung kamu ada dekat dalam ke?"
Tak lama selepas itu seorang wanita berumur sekitar 40an keluar dari rumah itu dan menghampiri Hea sambil memasang wajah bengisnya.
"Kau siapa?"
"Saya cari Heeseung ahjumma"
"Noona buat apa dekat sini?" Heeseung muncul dari belakang. Tidak membuat kesalahan apa pun dia tetap menerima pandangan maut daripada makcik itu.
"Aku dah kata jangan keluar kan?!" Puan Lee memukul belakang kepala Heeseung kuat.
Hea yg tidak tahan melihat budak itu mendapat layanan teruk sebegitu rupa terus membuat keputusan untuk menarik tangan Heeseung dan dibawanya melarikan diri bersama-sama.
"Woi berhenti dekat sana! Kau nak bawa lari ke mana budak tak guna tu?!"
+
Hea's pov ━━
Tanpa berlengah lagi, aku lekas mengunci pintu manakala Heeseung sudah selesa merehatkan diri di sofa. Seterusnya, aku mengambil air putih dan menuangkannya ke dalam gelas. Aku membawa gelas tersebut ke arah Heeseung.
"Nah minum ni dulu"
Dia minum macam tu saja tanpa teragak-agak, gelas yg sudah kosong itu diletakkan ke atas meja.
Pelik betul kenapa dia tak tanya apa-apa? Aku mula bermain jari. "Ah jadi.."
"Tak apa, aku dah tahu semuanya" Dia memintas percakapan aku dan berjaya membuatkan mulut aku menelopong terkejut, macam mana dia boleh tahu?
"T-tahu apa ni?" Aku menanyakan soalan bodoh.
"Aku tahu yg kau ni bukan kawan abang aku, abang aku tak ada kawan"
Sesungguhnya aku putus kata-kata sekarang, tak sangka pula Minho tak ada kawan. Aku memandang Minho di belakang dia sekadar menjongketkan bahunya. Kenapa lah jantan ni tak bagitahu aku awal-awal?
"So noona, aku dah fikir lama baru sekarang sedar. Noona suka aku eh?"
Refleks aku menayangkan riak jijik sementara Minho dibelakang mengacukan penumbuk ke arah adiknya itu daripada jauh. Jijik mungkin. Iya sama macam aku.
"Jangan salah faham lah budak, aku ada sebab sendiri bukan lah sampai suka. Kau kecil lagi"
"Alaa noona ni orang gurau je pun"
"Tapi apa sebab noona yg sebenarnya? Kenapa tiba-tiba selamatkan aku?"
Aku diam seketika.
"Apa yg aku akan bagitahu kejap lagi memang macam tak logik tapi inu fakta dan sedang terjadi"
Heeseung masih setia menantikan penerangan daripada aku. Akhirnya aku memberanikan diri untuk menerangkan segala yg terjeda tadi, termasuk lah yg aku berkemampuan untuk melihat makhluk-makhluk ghaib.
"Noona boleh nampak? Serius lah? Mana bukti?"
Aku bangun untuk mengambil sehelai kertas dan pen di atas meja. Selepas itu aku kembali melabuhkan punggung ke tempat duduk yg asal.
Aku belum mengatakan apa-apa lagi Minho sudah mengeluh seakan-akan tahu yg aku akan memaksanya untuk melakukan sesuatu. Tanpa arahan, dia mengambil pen yg berada di tangan aku dan mula menulis nama Heeseung di atas kertas.
Heeseung terlalu terkejut melihat pen itu bergerak dengan sendiri hingga menyebabkan dia berdiri bersama telapak tangan yg melekat di mulut.
"Kau tak percaya lagi ke?"
"A-aku tak sangka situasi macam ni boleh terjadi di kehidupan nyata"
Minho sambung menulis 'Heeseung, ini Minho' di atas kertas putih itu. Dengan tangan terketar terketar itu dia mencapai kertas tersebut dengan perlahan.
Rasa rindu lebih kuat berbanding takut. Heeseung memeluk kertas itu lembut.
"Aku rindu kau"
Dia mula menangis teresak-esak rindukan abang kesayangannya. Aku menoleh ingin memastikan keadaan Minho, rupa-rupanya dia lagi teruk menangis. Aku menggaru kepala.
+
Tbc
KAMU SEDANG MEMBACA
❝Beautiful Destiny❞ + Lee Know
Fanfiction15+ Agak agaknya, apa yg akan terjadi apabila seekor hantu yg terdesak ingin hidup semula terserempak dengan seorang manusia yg sedang cuba membunuh diri? ❝Kalau kau nak mati sangat bagi dulu nyawa kau dekat aku. Aku terdesak nak hidup balik❞ 【 Insp...