03 : A

322 57 36
                                    




+

"Heish semak betul lah hantu tu, orang nak bunuh diri pun susah" Hea mendengus geram, pintu rumahnya dihempas kasar.

Dia melemparkan tubuh ke atas sofa yg berada di tengah tengah rumah itu. Mata dipejamkan rapat cuba untuk menenangkan dirinya.

Beberapa minit kemudian, Hea membuka mata ketika tersedar yg dia bukan lah berada didalam bilik tidurnya. Nyaris saja dia terlelap disitu. Matanya membuntang luas melihatkan hantu yg dia jumpa di jambatan tadi berada tepat-tepat di hadapan mukanya sekarang.

"Ah! Sial!" Pekik Hea, dia bingkas bangun lalu mengambil pasu bunga yg berada di atas meja.

"Kau dekat sikit aku takkan teragak agak baling pasu ni dekat kau, nak ke?"

Minho cuma mengedipkan matanya sebanyak dua kali setelah itu dia tidak bergeming sama sekali, seperti sebuah patung.

"Aku hantu jadi tak rasa sakit. Yg akan rugi tu kau, pasu kau ni akan pecah tapi aku tak rasa sakit"

"Wah tak ada adab langsung hantu zaman sekarang ni" Hea mencekak pinggang sambil memandang Minho tak percaya.

"Kau nak apa pecah masuk rumah aku pastu kurang ajar macam ni?"

"Aku cakap benda betul. Aku datang sini sebab nak mintak pertolongan kau. Selagi kau tak tolong aku, aku takkan pergi"

Hea tergelak kecil menahan amarahnya, belakang leher ditepuk tepukkan beberapa kali. "Wahh! Boleh gila aku layan hantu ni"

"Kau seorang je boleh nampak aku, tolong lah aku. Takkan itu pun tak boleh?" Minho mula melutut di hadapannya, merayu.

"Ei apa kena mengena aku dengan kau ha? Aku pun tak kenal kau lagi. Ni lah hantu, tahu aku boleh nampak diorang terus nak pergunakan aku. Shuh! Shuh!"

Minho bangun daripada melutut, perempuan itu dia pandang lama.

"Ha kau tunggu apa lagi? Keluar lah" Halau Hea lagi. Kedua-dua tangannya disilangkan ke atas dada.

"Maafkan aku dah ganggu kau, tidur lah. Aku keluar dulu" Tiba-tiba saja Minho berkelakuan baik begitu. Agak mengejutkan dia benar benar keluar.

"Wah macam tu je? Ha bagus lah aku nak sambung tidur" Dia berlari masuk ke dalam bilik seakan-akan tiada apa-apa yg baru berlaku tadi.

Minho memukul kepalanya sendiri. "Kau kena bagi dia masa selesa dengan kau dulu, jangan terus paksa dia" Pesannya kepada diri sendiri. Dia terlalu teruja ketika menemukan seorang manusia yg mampu melihatnya. Jadi agak sulit untuk mengawal diri.

"Tak, aku kena terus paksa dia sampai dia setuju" Dia tersenyum yakin.

+

Cahaya matahari pagi mendarat tepat diwajah Hea membuatkan tidurnya yg lena terganggu. Selimut dibuka dengan kasar. Seperti biasa, dia akan bangun sambil mengamuk.

"Ish! Aku nak tidur lagi dah ganggu orang!" Macam ni lah hidupnya setiap pagi, gaduh dengan matahari.

Dia mula mandi dan bersiap siap untuk mencari kerja. Duit hasil curian daripada hantu kembar semalam dia masukkan ke dalam poketnya.

"Aku bergantung dekat duit ni je. Berguna juga dua ekor tu ya?"

Sempat Hea menarik senyuman nakal sebelum keluar dan berjalan kaki menuju ke perhentian bas. Nasib baik tak jauh mana, cuma mengambil masa 6 minit saja.

Setelah beberapa minit menunggu akhirnya tiba juga bas yg dinanti-nantikan sejak tadi. Tanpa membuang masa lagi dia segera masuk ke dalam dan mula memilih tempat duduk. Kerusi terakhir sentiasa menjadi pilihan.

Earphone yg memang melekat pada telinganya itu dibetulkan sebelum memutarkan lagu yg bertajuk Neverending Story daripada Stray Kids.

Niatnya untuk tidur terbantut ketika penumpang di sebelah terasa begitu rapat dengannya. Ibarat sengaja membuatkan dia tersempit dan tidak selesa.

"Ah encik, boleh tolong jarakkan diri sikit tak?" Hea cuba selembut yg mungkin untuk menegur penumpang tersebut.

"Tolong aku dulu baru aku jarakkan diri"

Suara itu berjaya melunturkan senyuman gadis itu, dia menangkup mulut terkejut. "Jangan cakap kau hantu tu-"

Tepat sekali tekaannya, Minho tersenyum manis manakala Hea masih dalam keadaan terkejut. "T-tapi macam mana kau dengan aku boleh bersentuhan macam ni?"

Minho mengerutkan dahinya tak faham. "Apasal? Kenapa kau terkejut sangat?"

"Setahu aku dan semua hantu yg aku kenal, manusia dan hantu tak boleh bersentuhan. Tapi kenapa kau-"

Hea mendaratkan jari telunjuknya di pipi lelaki itu. Dia cuba untuk memastikan sekali lagi tapi semakin terkejut pula jadinya. "Kau manusia ke hantu sebenarnya?"

"Aku haiwan kot"

Hea menjeling ke atas, orang tanya serius boleh pula dia jawab main-main. Bas berhenti menandakan Hea sudah sampai ke destinasi yg dia tuju. "Apa-apa je lah, bukan ada kena mengena dengan aku pun"

Hea bangun. "Tapi disebabkan kau ni bukan setakat boleh dilihat bahkan boleh disentuh. Aku akan jauhkan diri daripada kau 2 kali ganda daripada sebelum ni. Sebab, kau mungkin berbahaya"

"Eh tapi aku-"

Perkataan Minho dipintas tanpa ragu-ragu. "Aku nak cari kerja ni. Jangan kacau aku, okey? Selamat tinggal" Hea sempat menunduk hormat sebelum turun.

Minho membuang pandangan ke luar jendela. Dia sendiri tidak faham mengapa dia berbeza dengan hantu yg lain.

Mereka berdua seolah-olah berada di dunia yg lain, semua penumpang di dalam bas itu merasa takut dan pelik melihat Hea yg sibuk berborak seorang diri tadi.

Itu lah Hea, tidak kisah bagaimana pandangan orang lain terhadap dirinya.

+

Tbc

❝Beautiful Destiny❞ + Lee KnowTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang