18 : E

206 43 22
                                    




+

Bunyi loceng sekolah bergema di seluruh sekolah menandakan waktu rehat sudah tiba. Seorang gadis kecil bergegas menuju ke padang sekolah mencari duitnya yg tercicir pagi tadi. Yoon Hea, namanya tertulis kemas di tanda namanya.

"Hai?" Seorang budak lelaki yg hampir sebaya dengannya datang menyapa.

Hea mendongak melihat empunya suara tersebut. Sudut bibirnya terangkat mengukir senyuman dan tanpa berfikir panjang dia kembali menyapa budak lelaki itu. "Hai!"

"Oh, kau boleh nampak aku?" Soal lelaki itu atau lebih tepat lagi, hantu itu berkata dengan kagum.

Hea terkesima. Menyesali perbuatannya tadi. Belum biasa membezakan hantu dan manusia. Dia segera bangun lalu mengelap tangannya di hujung baju. Kakinya laju berlari meninggalkan kawasan itu.

"Tunggu!"

Hea tidak pasti mengapa dia menghentikan langkahnya. Hantu tadi menghampirinya. "Aku tak jahat, aku cuma nak berkawan dengan kau. Aku kesunyian"

"Kawan?" Rasa takut terus berkurangan setelah mendengar perkataan itu.

Pertama kali ada orang yg mahu berkawan dengannya, selama ini orang-orang membenci dan menakutinya jadi memang berbohong lah jika dirinya mengaku tidak gembira sekarang ni.

"Iya, kawan"

"..okey" Dia membalas dengan ragu-ragu tapi tetap saja hantu itu tersenyum gembira.

"Tapi sebagai tanda kau terima aku jadi kawan kau, boleh tolong aku tak?"

"Apa dia?"

"Tolong tuliskan apa yg aku sampaikan selepas ni, aku nak bagi surat ni dekat ibu bapa aku. Aku tak nak diorang risaukan aku"

❝Beautiful Destiny❞ + Lee KnowTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang