25 : E

186 42 12
                                    




+

"Hyung! Aku nak pergi sekolah dulu, bye!" Pamit Heeseung sebelum berlari ke luar.

Minho sekadar menganggukkan kepalanya tak kisah. Sempat dia membelai tiga ekor kucing kesayangannya itu sebelum mencapai jaket miliknya. Disebabkan terlalu rindukan Hea dia membuat keputusan untuk bekerja di cafe yg sama.

+

Setibanya di hadapan cafe milik Yeji itu dia segera menapak masuk tanpa membuang masa. Seluruh cafe masih kosong, tiada pelanggan lagi mungkin sebab sekarang masih terlalu awal.

Tapi ada seorang wanita sedang duduk di kerusi sambil bermain telefon pintar. Yeji.

Minho menunduk hormat lalu memperkenalkan dirinya. "Selamat pagi! Saya Minho. Ada jawatan kosong dekat sini tak?"

Yeji meletakkan telefon ke atas meja kemudian dia memberikan pandangan pelik kepada Minho. Kedua-dua hampir bertaut. Minho membetulkan rambutnya berasa tidak selesa. "Kenapa? Ada sesuatu dekat rambut saya ke?"

"Apa masalah kau ni?" Soal Yeji kasar.

Disebabkan terlalu keliru Minho hanya membalas dengan 'ha?'

"Awak saya konon. Kau dah kenapa tanya soalan macam tu? Kau salah makan ke?"

Minho menggaru kepalanya.

"Kau dah bertahun-tahun kerja dengan aku tak pernah pula bersaya awak. Kau ni, pelik aku. Pergi sana buat kerja!"

Bahunya terhinjut saat nada suara bosnya itu tiba-tiba meninggi. Tak mahu banyak cakap lagi dia terus berlari mengambil apron di atas meja.

Sekarang dia tidak mampu berhenti berfikir. Apa yg terjadi ni? Riak mukanya berubah ketika teringat satu nama. Tuan K. "Oh mungkin dia yg buat semua ni. Yeji cakap aku dah kerja bertahun-tahun dekat sini? Nampaknya hidup aku semuanya baik-baik je"

+

Pejam celik pejam celik, sudah cukup 9 jam dia bekerja di cafe itu. Sekarang jarum jam menunding ke arah angka 5 bermaksud waktu syifnya sudah tamat. Dia segera menanggalkan apron yg melekat kemas di tubuhnya.

"Y-yeji, aku balik dulu" Tersangkut sangkut pula suaranya sewaktu menyebut nama Yeji. Maklum lah, dia masih tidak berani memanggil nama bosnya begitu.

"Okey" Yeji membalas singkat.

Minho menunduk hormat sebelum melangkah ke luar cafe. Dia memicit bahunya yg sakit itu sambil berjalan. Tidak sabar mahu balik ke rumah dan berehat nanti.

Malam ni terasa sangat dingin dan sunyi sepi yg luar biasa.

Minho mungkin sudah mendapat keinginannya tapi sesungguhnya dia tidak bahagia. Dia rasa kosong tanpa Hea. Dia tak gembira dan kadang-kala dia menyalahkan dirinya sendiri kerana membunuh Hea dengan telapak tangannya sendiri bahkan dia hidup semula berkat pemergian orang yg dia sayang sendiri.

"Macam mana aku boleh gembira dengan semua ni?"

Dia memberhentikan langkahnya di hadapan jalan sementara menunggu lampu isyarat bertukar warna. Dia melihat sekeliling. Memori bersama Hea bermain difikirannya.

Air matanya menitis ke atas jalan saat melihat telapak tangannya sendiri. "Dulu aku selalu pimpin tangan dia dekat sini. Tapi sekarang dia dah tak ada" Dia tersenyum perit.

"Minho. Aku ada berita buruk" Tiba-tiba suara itu muncul dari belakang membuatkan dia berhenti menangis.

Air mata dilap kemudian memalingkan muka. "Felix?" Perasaan risau mula hadir di dalam diri.

"Aku minta maaf sebab datang waktu yg tak sesuai tapi kau mesti tahu pasal ni. Penting"

"Apa dia?"

"Christopher. Dia dapat larikan diri sebelum dihukum. Chris hilang dan kami semua dah cuba cari tapi tak jumpa sebab dia hilang tanpa jejak. Lenyap macam tu je" Jelas Felix.

Minho cuba mengawal dirinya untuk bertenang. Tak mahu berfikir yg bukan-bukan tentang Hea. "Jadi macam mana dengan Hea?"

"Dia mungkin takkan dihidupkan semula sebab Chris dah hilang" Jawapan daripada Felix membuatkan Minho menahan air matanya.

"Maksud kau, Hea akan pergi untuk selamanya dan aku kekal hidup lepas bunuh dia?"

"Aku akan cuba sebaik mungkin untuk tolong kau. Sekarang, aku kena pergi. Emergency. I'm sorry" Sempat dia menepuk bahu Minho sebelum menghilang.

"..kau cakap dia jodoh aku?" Gumamnya perlahan.

Berderai air matanya. Dia masih tak percaya dengan informasi yg dia baru terima tadi. Mungkin lebih baik kalau Minho tak pernah menyapa Hea dulu. Mungkin lebih baik kalau dia tak merayu meminta pertolongan Hea. Mungkin lebih baik kalau dia putus asa dan terima nasibnya.

"Sepatutnya aku terima kenyataan yg aku dah mati. Sepatutnya aku tak cuba buat apa-apa. Sepatutnya aku tak ganggu hidup Hea. Semua ni salah aku" Kedua tangannya memegang kepala kemudian dia melepaskan air mata sebanyak mungkin.

"Semua ni salah aku. Sepatutnya orang yg mati tu aku"

"Hea, kau tak layak dapat nasib macam ni. Kau tak buat apa-apa untuk terima semua ni. Tapi, kenapa?"

Rasa-rasanya bagaimana pengakhiran kisah mereka? Bahagia ataupun menyedihkan?

+

Tbc

❝Beautiful Destiny❞ + Lee KnowTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang