13 : T

206 41 50
                                    




+

Minho's pov  ━━

Sebaik sahaja Hea terlelap aku terus membetulkan selimutnya. Wajah cantiknya yg sedang dibuai mimpi itu aku tatap buat beberapa saat.

Sebenarnya aku makin tak sedap hati dengan semua yg terjadi kebelakangan ni. Sebenarnya apa maksud semua ni?

Aku melepaskan keluhan berat sebelum bangun dan mula melangkah cuba meninggalkan Hea. Tapi tak sangka dia berpura-pura tidur. Tangan aku sempat dicapai olehnya membuatkan langkah aku automatik terhenti.

Aku memalingkan muka. Hea tersenyum tipis. "Teman aku lagi, please..?" Pintanya lembut.

Macam mana aku boleh tolak bila kau berlembut macam ni? Sempat aku mengusap pelan tangannya yg sedang menggenggam tangan aku itu. "Okey, aku temankan kau"

Aku meletakkan tangannya ke dalam selimut dengan saksama sebelum duduk di sampingnya semula.

Hea membuka perbicaraan. "Kau rasa semua ni salah aku ke?"

Aku mengerutkan dahi tak faham. "Maksud kau?"

"Karina meninggal lepas aku hantar kotak tu. Mustahil hanya kebetulan" Dia membalas, tapi memang mustahil semua ni cuma satu kebetulan. Sudah 3 orang meninggal dihadapan mata Hea, termasuk Karina.

"Mana ada, entah-entah dia buka kotak tu pun tak sempat. Kau jangan fikir sangat" Aku cuba untuk menenangkannya walaupun aku sendiri rasa tak sedap hati.

"Lepas ni aku tak nak kacau Winter. Aku tak nak benda macam-macam jadi lagi"

Aku sekadar menganggukkan kepala mengiyakan segala keinginannya. Aku tahu, dia masih ketakutan disebabkan kejadian tadi.

"Minho, aku nak tanya sesuatu boleh?"

Aku menjongket kedua-dua kening sejurus bertanya. "Hm? Apa tu?"

"Dulu kau cakap, kau masih berkeliaran didunia ni sebab kau ada keinginan yg masih tak tercapai kan?"

Aku menganggukkan kepala sekali lagi.

"Apa keinginan kau?"

Tanpa terbata-bata, aku membalas dengan penuh yakin. "Aku nak someone jaga adik aku"

Tiba-tiba Hea bangun dengan teruja semata-mata mendekatkan jarak wajah kami berdua membuatkan aku agak terkebil-kebil.

"Ha! Itu yg pelik tu, aku dah jaga adik kau tapi kenapa kau masih ada dekat sini?"

Aku diam sebentar.
"Mungkin.. aku tak percayakan kau?"

Bibir atasnya sedikit terangkat tanda ingin memaki aku, dia berbaring semula. "Kau pun tak tahu kan apa sebenarnya keinginan kau?"

Aku tidak membalas lagi.

Sekarang keadaan Heeseung baik-baik saja. Dia pun tinggal dan dijaga oleh seseorang yg aku percaya. Tapi kenapa aku masih ada di sini? Aku ada keinginan lain?

"Kau nak hidup balik ke?"

Perhatian aku tertumpu pada Hea semula. Pembohongan yg besar jika aku mengatakan 'tidak' . Aku tidak menjawab sebaliknya aku mengucapkan selamat malam sebelum meninggalkannya seorang diri.

"Good night"

+

Seperti biasa, suasana di atas bumbung pada waktu malam seperti ini sangat hening dan dingin. Aku berbaring di atas meja yg tersedia di situ. Aku mendongak, langit yg gelap itu aku tatap lama. Tiada bintang kelihatan, mungkin mendung?

"Aku rasa betul lah apa yg Hea cakapkan"

"Setakat ni semua orang yg mati cuma perempuan, Hea pun perempuan. Jadi maknanya dia akan mati?" Sambungku lagi, aku menutup mata dengan rapat bila terbayang betapa kejamnya jika dia mati.

"50℅ betul tu" Sambung satu suara dari belakang, suaranya terdengar sangat familiar bagi aku.

Aku membuka mata perlahan dan seperti jangkaan aku suara itu milik malaikat maut yg sering menganggu kami. Secara ringkasnya, dia Christopher.

Dia duduk di sebelah aku sambil memegang kertas hitam. Aku bangun daripada perbaringan lalu membalas.

"Jadi selama ni kau ganggu kami hanya sebab nak bagitahu yg Hea akan mati? Seronok ke buat teka teki soal kematian seseorang?" Aku menunjukkan riak muka yg tak puas hati.

Dia ketawa perlahan. "Kau ni memang berbeza, hantu lain kalau nampak aku semua berlari lintang putang sebab takut aku halau balik ke tempat yg sepatutnya. Tapi kau tenang sangat, siap marah marah lagi. Memang tak mengecewakan"

Aku menjeling ke atas. "Kenapa kau perlu buat sampai sejauh ni?"

Dia tersenyum sinis. "Hukuman untuk kamu berdua"

Dahi aku berkerut seribu, hukuman apa pula ni?

"Kau nak hidup semula dan Hea pula tak nak teruskan hidup. Seorang tak bersyukur seorang pulak tak sedar diri. Jadi korang berdua mesti terima hukuman" Sambungnya lagi, aku diam membatu.

Perasaan takut mula muncul, apa yg akan terjadi selepas ni?

"Tapi jangan risau, nanti bila tiba saatnya aku akan reveal hukuman tu. Tapi, kau dan Hea jangan buang masa sangat. Masa kamu tak banyak"

"Masa apa? Kau tak boleh ke cakap dengan jelas?" Kali ini aku menjawab, menahan bengang.

"Masa untuk jatuh cinta. Kau dah jatuh cinta dengan dia, tapi dia masih ragu dengan perasaan sendiri. Bila dia dah yakin, masa tu aku akan reveal hukumannya. Jadi cepat lah buat dia jatuh cinta dengan kau, okey?"

Aku menggenggam penumbuk, teruk sekali dia permainkan kami.

"Disebabkan kesalahan kamu berdua sendiri takdir berubah. Nama siapa agaknya yg akan tertulis di sini nanti?" Dia mengelus kertas hitam sambil ketawa sinis.

Belum sempat aku membalas, dia sudah menghilangkan diri.

Maksudnya, takdir kami berdua berubah? Dan ini salah aku dan Hea sendiri? Aku cuma nak hidup semula untuk jaga adik aku dan Hea nak mati sebab hidup terseksa tapi kenapa kami harus dikenakan hukuman seberat ini?

Takdir?

Kenapa kejam sangat?

Minho's pov end  ━━

+

Tbc

❝Beautiful Destiny❞ + Lee KnowTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang