22 : O

189 41 18
                                    




+

Hea's pov ━━

"Saya nak balas dendam, sepatutnya orang yg mati hari itu awak bukannya saya!"

Aku rebah selepas ditolak oleh budak perempuan itu. Sebuah lori menuju ke arah aku dan masa ni lah kaki terasa sangat berat. Aku cuba untuk lari tapi usaha aku hanya menjadi sia-sia. Aku memandang Minho yg berada diseberang jalan. Dia cuma melihat aku langsung tak membantu.

Lori tersebut semakin mendekat namun aku masih terduduk di tempat yg sama sehingga lori itu menghempas tubuh aku.

"AHHH!" Aku menjerit dan tersedar dari mimpi ngeri tadi. Minho yg memang berada di sisi segera menggenggam tangan aku risau.

"Hea, kenapa ni?" Dia bertanya sambil mengelap peluh di dahi aku.

Aku tidak mahu membalas tapi aku memilih untuk memeluknya. Dia tidak mengajukan soalan lagi. Sekarang, dia mengusap lembut belakang aku tanpa bersuara. Aku memejamkan mata sebentar, aku rasa selamat bila berada di dalam pelukannya.

"Dah berapa lama aku tidur?" Aku meleraikan pelukan.

"Kau tak tidur, tapi pengsan dalam 3 jam macam tu? Ni ada bubur Heeseung masakkan untuk kau tadi." Dia membalas, mangkuk yg berisi bubur diatas meja itu dicapainya.

Minho cuba menyuap aku tapi aku cuma memberikannya pandangan pelik. "Say aaaa, kau kena makan sayang"

Perkataan 'sayang' itu berjaya membuatkan aku berdebar debar dan pipi aku mula membahang. "Sayang apa pula ni" Aku menumbuk perlahan bahunya. Dia tersengih.

Aku tersenyum sebelum membuka mulut seperti yg dia pinta tadi. Dia menyuapkan bubur ke dalam mulut aku. Matanya fokus mengamati wajah aku yg sedang mengunyah. Aku duduk tak senang.

Dia ketawa. "Kau boleh telan tak?"

Aku menganggukkan kepala perlahan. Bila fikir-fikir balik, kami sekarang dah rasmi kan? Maksud aku.. Dia pun rasa benda yg sama dekat aku, kan? Cinta aku bukan bertepuk sebelah tangan. Makin tak senang duduk aku dibuatnya. Aku menyentuh muka yg terasa semakin panas.

"Thank you"

Aku mengangkat wajah untuk melihatnya. "Hm? Untuk apa?"

"Thank you for loving me"

Sambungnya lagi. Aku sekadar membalas pandangannya dengan senyuman. Aku tak tahu lah aku gila ke apa tapi pandangan aku jatuh pada bibirnya yg memerah itu. Otak aku automatik mengimbas kembali kejadian kelmarin,

Ciuman pertama aku..

Dalam sekelip mata saja reaksi aku berubah tatkala teringat satu hal yg aneh.

"Minho, kau tahu kan aku tak sepatutnya balas ciuman kau semalam?"

Minho memandang aku keliru buat seketika namun tak lama selepas itu dia pun tersedar. "Bila manusia mencium seekor hantu, nyawanya akan berpindah ke badan hantu tu kan? Maksudnya, manusia tu mati dan hantu tu jadi manusia semula. Tapi kenapa, kita.." Dia melihat aku penuh tanda tanya.

Aku memetikkan jari. "Itu lah yg aku nak sampaikan. Persoalannya, kenapa kita masih boleh hidup macam ni?"

"Ah, aku tahu. Sebab hukuman tu" Balas Minho,

Hea's pov end  ━━

+

Felix mengerling ke arah rakannya itu sekilas, sejak mereka berdua balik dari tempat kejadian tadi dia cuma berdiam diri dan tampak murung. Dia menepuk bahunya. "Chris, kau okey ke?"

Christopher menggelengkan kepalanya perlahan, jelas sekali fikirannya berada di tempat lain. "Kenapa kau cuba selamatkan perempuan tu?" Soal Felix sekali lagi.

"Aku tak tahu. Aku tak tahu kenapa aku bertindak macam tu. Aku salah tengok, aku ingatkan dia.." Dia berhenti. Tak mahu meneruskan perkataannya.

"Hwang Minyoung?" Sambung Felix. Christopher akhirnya membalas pandangannya dengan terkejut. "Macam mana kau tahu? Aku tak pernah bagitahu sesiapa pun pasal ni"

"Well. Sejak dari dulu lagi benda ni memang selalu jadi bahan mulut di kalangan malaikat maut. Kau je tak tahu. Sebab kau sombong cih, tak nak bergaul dan tak kisah apa pun"

Christopher menjeling lalu mengawal riak mukanya menjadi serius untuk menutupi reaksinya yg sebenar. "Jangan ambil tahu"

"Dah terlanjur tahu, jadi itu ke sebabnya kau bagi Hea penyakit tu?"

Christopher tidak membalas sebaliknya dia melangkah cuba mengelak soalan itu tapi Felix terlebih dahulu menahannya. "Jangan mengelak, Chris"

Dia mendengus geram sebelum memusingkan tubuhnya menghadap Felix semula. "Sebab aku benci semua ni! Aku nampak kisah hidup aku di dalam kisah diorang. Tak adil, tak adil macam mana Minyoung mati dan kami tak dapat bersama sedangkan kami tak berbuat dosa pun. Tapi diorang berdua?" Luahnya, lebih kepada marah.

"Sepatutnya kau tak bagi Hea penyakit kekal tu. Kalau Tuan K tahu macam mana?"

"Ini bukan pertama kali aku buat macam ni. Aku takkan biarkan diorang bahagia, diorang kena rasa apa yg aku rasa" Balas Christopher tak puas hati.

"Tolong lah berhenti, Chris. Ini pun untuk kebaikan kau juga!"

Christopher memekakkan telinga dan beredar meninggalkan Felix sendirian begitu sahaja. Dia mengeluh, memang susah menghentikan Christopher sebab dia dikenali sebagai seorang yg keras kepala.

Lain pula dengan Felix, dia sangat baik dan berhati lembut walaupun malaikat maut sepatutnya mesti berperwatakan hati batu. Tapi itu bukan bermakna dia tidak kejam, dia baik untuk orang yg baik sahaja. Dia cuma melakukan tugasan yg diberi, salah satu tugasan yg dia terima 'mengawasi gerak geri Christopher'

"Chris, kau mesti hentikan semua ni. Jangan gali kubur sendiri"

+

Sudah hampir sejam Minho berdiri tanpa bergerak di hadapan Hea. Berkedip pun tidak. Nasib baik dia hantu, tak ada lah dia sakit belakang ataupun kebas kaki. Dia tersenyum memehatikan Hea yg sedang sibuk melukisnya.

Hea melepaskan pensil kemudian menekup mulutnya. Minho mula cuak melihatkan gadis itu terbatuk-batuk. "Kau okey? Penyakit tu ke?" Soal Minho risau. Hea menganggukkan kepalanya kerana tak mampu untuk bersuara.

Belum cukup 5 jam dia sedarkan diri tetapi gejala lain datang menyerangnya. Penyakit itu tidak membiarkan dia rehat walaupun cuma sehari. Kali ini dia tidak batuk lagi sebaliknya memuntahkan darah. Minho terkejut melihat darah yg berlumuran di atas lantai sekarang.

Sebelah tangannya memukul dadanya yg tak mahu berhenti batuk seperti ada sesuatu yg ingin keluar dari situ.

"H-hea, apa yg aku patut buat ni" Minho semakin panik tidak tahu harus berbuat apa.

Akhirnya, Hea berjaya memuntahkan 'sesuatu' yg ingin keluar dari dadanya sejak tadi. 5 ekor kala jengking keluar dari mulutnya satu persatu. Minho tergamam, perasaannya bercampur baur.

Sekejam ini kah hukuman yg mereka patut tanggung? Matanya mulai berkaca-kaca.

Hea muntah darah buat kali terakhirnya. Justeru lebih pekat berbanding yg tadi. Dia terasa sangat tidak bermaya dan membiarkan dirinya jatuh terbaring. Mata dipejamkan rapat.

"Yoon Hea!"

+

Tbc

❝Beautiful Destiny❞ + Lee KnowTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang