19 : E

188 42 13
                                    




+

Hea's pov  ━━

Aku membuka mata perlahan, dapat aku lihat dengan jelas seorang lelaki sedang membelakangi aku. Bahunya yg lebar itu aku tatap dengan pandangan kosong.

"Kau dah bangun?" Soalnya perlahan.

Mata aku sedikit membesar. Aku baru perasan lelaki yg aku sebut tadi itu ialah Christopher. Macam mana dia boleh tahu aku dah bangun sedangkan dia tengah membelakang? Aku memejamkan mata semula, berpura pura pengsan.

"Bangun. Kau tahu ke kenapa kau tiba-tiba sakit sampai pengsan macam ni?" Soalnya sekali lagi.

Aku membuat keputusan untuk berhenti berlakon. Aku memberanikan diri untuk membuka mata dan menggelengkan kepala sebagai jawapan.

"Kau dapat penyakit kekal secara ringkasnya kau tak boleh sembuh. Kau akan mati secara perlahan-lahan."

Aku bangun dari pembaringan. Kerana terlalu terkejut dengan berita mendadak ini aku hanya mampu memandangnya tak percaya. Aku terkesima.

"Aku nak kau tau yg masa kau ada tak banyak lagi. Takdir kau telah berubah" Sambungnya lagi.

"B-berubah? Aku tak faham"

Dia ketawa sinis. "Kau memang tak tahu apa-apa ya? Kau tak pernah bersyukur, selalu merungut nak mati. Minho pula hantu yg tak sedar diri, dah meninggal tapi nak jadi manusia semula. Disebabkan kamu berdua tak tahu erti bersyukur kamu akan dijatuhkan hukuman. Takdir kamu berubah"

Aku mati kata.

"Tapi jangan risau, Minho akan jadi manusia semula macam yg dia inginkan"

Aku mengangkat muka memandangnya penuh harapan. "Betul ke? Maksud kau takdir berubah tu dia jadi manusia semula ke? Aku ingatkan apa lah" Aku ketawa perlahan cuba membuang rasa tak sedap hati.

Dia tersenyum. "Iya. Tapi syaratnya, kau kena mati untuk dia. Cuma ada dua pilihan, kau mati secara perlahan lahan ataupun Minho bunuh kau sendiri"

Aku rasa seolah olah jantung aku berhenti berdetak buat sementara. Aku tak boleh bersuara lagi. Air mata aku mula bertakung. Aku takut.

"Kenapa buat muka macam tu? Semua ni salah korang sendiri juga. Sebenarnya, kalau kamu berdua tak jatuh cinta sesama sendiri semua ni tak akan terjadi"

"Tapi tu lah, takdir kau berubah dan dalam masa yg sama hukuman akan datang. Ingat, kau cuma ada dua pilihan. Ini baru permulaannya, Yoon Hea" Pesannya lagi.

Dia mengibaskan kertas hitam kosong. "Aku tunggu nama kau tertulis di atas kertas ni" Selepas mengatakan itu dia terus lenyap daripada pandangan aku.

Air mata yg aku tahan sejak tadi akhirnya gugur mengalir. Aku tak sangka takdir hidup aku akan berubah sampai macam ni sekali. Semuanya terjadi secara drastik membuatkan aku rasa buntu.

Walaupun begitu, aku tak boleh cakap yg aku menyesal jatuh cinta.

+

Disebabkan cafe masih ditutup aku membuat keputusan untuk menyelitkan surat perletakan jawatan di celah pintu saja. Aku tersenyum tipis sebelum membongkok hormat. "Yeji tolong maafkan saya sebab berhenti tanpa beritahu awak"

Aku merenung cafe dengan sayu, entah lah untuk beberapa alasan aku rasa sangat berat hati untuk berhenti tapi apa boleh buat. Tak lama lagi aku akan mati jadi aku rasa semua ni tak penting lagi.

+

Disini lah aku duduk menyendiri di atas bangku tempat aku meluahkan perasaan pada Minho kelmarin. Aku mendongak melihat dedaun pohon yg berada di atas. Sehelai daun mendarat di atas dahi aku. Aku ketawa perlahan sebelum mengambilnya lalu aku meletakkannya ke dalam telapak tangan kiri aku.

"Aku baru faham, jadi itu lah sebab perangai dia macam sampah masa tu kan?"

Air mata aku menitis tepat di atas permukaan daun tersebut. Rupanya Minho dah tahu selama ni dan sebab itu lah dia menghilang.

"Tapi aku perlukan kau dekat sini walaupun itu bermakna aku akan mati. Aku cuma perlukan dia, tapi kenapa dia boleh tinggalkan aku tanpa ucap selamat tinggal? Dia nak aku mati dengan sia-sia ke?" Aku menggenggam daun itu sebelum aku memijaknya dengan geram.

"Yoon Hea"

Jantung aku berdegup sangat pantas saat mendengar suara yg memanggil nama aku tadi. Lee Minho. Dia dah pulang. Aku menghampirinya dengan air matanya yg sedang mengalir.

Aku memeluknya erat tanpa berkata-kata. Jujur aku fikir dia akan tinggalkan aku buat selama-lamanya.

"I'm sorry" Lafaznya perlahan, dia membalas pelukan serta mengusap lembut belakang aku.

"Kau pergi mana je selama ni ha? Sampai hati kau"

"Aku memang menghilang sehari sebab aku tak nak buat kau jatuh cinta dengan aku lebih lagi. Kau ibarat membunuh diri kau sendiri, Hea."

Aku meleraikan pelukan kemudian aku memandangnya dengan marah. "Kalau ya pun bagitahu lah aku dulu, perlu ke kau tinggalkan aku macam tu?! Aku tak kisah, tanpa kau pun aku akan rasa mati jadi tolong buat lagi"

Kedua-dua tangannya menangkup lembut wajah aku. Memaksa aku untuk memandangnya. Sorot matanya sudah cukup mengatakan segala-galanya. Dia rindu dan merasa bersalah.

"Okey aku salah, so please stop nangis" Minho cuba memujuk dengan menyeka air mata yg membasahi pipi aku tadi.

"Don't worry aku datang bukan untuk bermain-main tapi aku akan stay di sisi kau sampai mati"

Dia menatap ke dalam iris mata milik aku. Tapi, kau tahu ke yg aku ni akan mati secara perlahan-lahan oleh disebabkan penyakit tu?

Tak apa, aku akan rahsiakan semua tu daripada kau sampai aku mati. Selepas tu kau akan jadi manusia semula dan hidup bahagia. Aku tak kisah mati untuk orang yg aku cintai.

Dia menyambung ayatnya tadi.

"I am here for you, always. I love you, Hea"

Seluruh tubuh aku membeku di saat dia mempertemukan bibir kami berdua tanpa sebarang amaran. Sebelah tangannya ditempatkan pada pinggang aku. Kadang-kala tubuh aku terasa ditarik olehnya.

Aku menggenggam tangannya yg sedang memegang pinggang aku. Kemudian, aku memejamkan mata dengan rapat sebelum membalas ciumannya.

+

Tbc

❝Beautiful Destiny❞ + Lee KnowTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang